.kejayaan.


Kejayaan.
Apakah kejayaan?

Sering saya bertanya pada diri sendiri apa itu kejayaan. Acapkali jawapannya akan berubah-ubah mengikut persekitaran dan masa. Contohnya pada tahun saya menduduki PMR, kejayaan yang 'ultimate' ialah mendapat 8A kerana ramai senior yang hebat dan yang saya kagumi mendapat keputusan cemerlang juga.Alhamdulillah. Tetapi sekarang, keputusan 8A itu tidak menjanjikan apa-apa pula kerana keputusan SPM yang bakal keluar pada bulan Mac ini bakal menentukan haluan akademik saya. Mengapat 9A bagi saya sekarang merupakan kejayaan terbesar! .Saya yakin yang apa kejayaan bagi saya nanti akan berubah pula, mungkin kejayaan itu adalah dapat bergelar graduan medic.

Tanya diri anda soalan ini dan pastinya pelbagai jawapan yang mencapah keluar dari benak fikiran. Bagi sebuah pasangan yang berkahwin mungkin kejayaan bagi mereka ialah dengan lahirnya cahaya mata yang dapat mengindahkan lagi sebuah institusi perkahwinan. Pada seseorang ibu atau bapa mungkin kejayaan baginya ialah apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berjaya dalam kehidupan. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR atau SPM mungkin merupakan kejayaan yang diidamkan para pelajar.

Dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim, apakah definisi kejayaan pada diri kita?Apakah yang kita harapkan di hujung garisan kehidupan? Kita hanya mahukan kita kembali kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa ,Yang Maha Menciptakan dalam keadaan yang terbaik. Maka erti kejayaan yang 'ulltimate' ialah kita dapat mencari jalan untuk kembali kepadaNya.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang tanpa kita sendiri berusaha untuk mengubahnya.Maka perlu dan compulsary ada usaha untuk kita menempa kejayaan yang sebenar-benar kejayaan ini. Mulalah dengan menimba ilmu.Membaca.Mungkin kita boleh mulakan dengan buku-buku di Pelimamedia.



0 comments:

Post a Comment