Promo 2009 : Musim kenduri kahwin tiba lagi

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Cuti sekolah mula pun sudah, Raya Aidiladha pun sudah, rancang percutian pun sudah, kini tiba masa untuk seisi keluarga menghadiri jemputan-jemputan walimah yang bakal memenuhi hujung minggu anda. Wah, nampaknya berderet-deret jemputan saya terpaksalah susun jadual kalau tidak, keliru nanti. Cadangnya ke kenduri Maisarah tetapi ke rumah Azlina, Masya Allah, jangan begitu!

Lauk-pauk kenduri yang buat tetamu asyik menghadap hidangan - Sumber imej dari http://agarakutidaklupa.blogspot.com


Promosi!Promosi!Promosi!

Pelima Media mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan naskah Sumbu Jiwa untuk dijadikan buah tangan buat pasangan pengantin yang baru membina mahligai indah. Dalam pada menghadiri walimah mereka yang dipenuhi kemeriahan di hari yang penuh ceria, jangan lupa berikan sesuatu yang bermakna buat pasangan suami isteri sebagai tanda peringatan kita kepada mereka.


Bermula 1/12/2009 sehingga 31/12/2009, sebanyak 20% diskaun daripada harga jualan Sumbu Jiwa yang berharga RM 25 diberikan kepada anda!! Naskah Sumbu Jiwa akan dibalut kemas menggunakan pembalut yang cantik dan comel serta dikemaskan lagi dengan ikatan riben dan ia adalah percuma!!

* Tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran adalah di bawah tanggungan pembeli


Mengapa naskah ini harus menjadi pilihan anda sebagai buahtangan buat mempelai?

Sila rujuk di sini.

  1. Hadiah yang bermakna dan bermanfaat untuk kedua belah pihak
  2. Naskah yang cantik dan pengisian yang baik dijadikan amalan.
  3. Saiz kompak dan mudah dibawa (dan diletakkan di dalam beg tangan)

Begini cara untuk dapatkannya

Caranya mudah.

  1. Hubungi 016-2099454 atau email media@pelima.com.my dan buat tempahan atau sila klik di sini dan tekan butang tempah dan masukkan maklumat diri dan penghantaran.
  2. Tunggu maklum balas pihak kami.
  3. Buat pembayaran dan pengesahan oleh pihak kami.
  4. Penghantaran akan dilakukan segera.
Mudah bukan? Yuk, segera dapatkan naskah ini!!

bling,bling,bling ....



Tadaaaa..



Read more »

Ucapan Salam

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa hebat setiap hari.

Tempoh hari ramai di antara sahabat-sahabat saling menziarahi antara satu sama lain, bukan? Saya juga tidak ketinggalan dengan aktiviti menziarahi sanak saudara dan kenalan terdekat. Apa yang menjadi kegusaran saya selama ini adalah ungkapan salam dalam budaya melayu.

Ungkapan 'Assalamu'alaikum' adalah bermakna salam sejahtera ke atas kamu yang membawa maksud mendoakan kesejahteraan orang yang diberi salam tersebut. Ia juga bertujuan sebagai ucapan untuk bertegur sapa sesama manusia disamping merapatkan lagi ukhwah yang terjalin. Memberi salam adalah sunat ini bermakna pahala diperolehi setiap kali salam diberikan manakala menjawab salam seorang Muslim itu hukumnya wajib.





Kurangnya ucapan salam

Walau bagaimanapun, rata-rata manusia dalam masyarakat kita lebih senang dengan ungkapan, hai berbanding ucapan salam dalam budaya bertegur sapa.

"Hai Johan! Jom ke masjid!"
"Hai Adibah, nak kemana tu?"

Lebih mudah dan simple katanya. Lebih friendly bunyinya. Lebih moden juga. Tidak terlalu panjang nak menyebutnya.

Ucapan salam yang salah

"Assalamu'alaikoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooom!!"
Begitulah gaya sebenar masyarakat melayu memberi salam. Samada di alam realiti mahupun di kaca-kaca TV. Sehinggakan menjadi ikutan dari generasi ke generasi. Hakikatnya, salam yang diberikan tidak sampai maksudnya, justeru doa kesejahteraan tidak diiring bersama salam yang diberikan.
"Semekom"
"Askum"
"Salamz"

Ish,ish,ish. Begitulah bermacam-macam gaya salam diberikan oleh orang-orang yang hidup dalam zaman teknologi. Agaknya, ada lagi gaya salam yang akan wujud pada masa-masa akan datang. Inilah yang terjadi apabila salam diberikan sekadar bersahaja dan tanpa niat yang ikhlas.

"Akum"

Perkataan "Akum" adalah gelaran oleh orang-orang yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud "binatang" dalam bahasa Ibrani. Ia adalah singkatan Avde Kokhavim U Mazzalot yang membawa maksud hamba-hamba binatang dan orang-orang yang sesat.



Begini ucapan salam yang betul.

"Assalaamu'alaikum"

atau begini untuk ucapan salam yang lebih pendek dan mudah yang biasa digunakan dalam sms,

" Salam"
"As-Salam"

atau begini untuk ucapan salam yang lebih panjang dan mendoakan kesejahteraan, kerahmatan dan barakah Allah kepada penerima salam,

"Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"

Salam bukan sekadar ucapan

Mengapa salam diberi pada setiap kali menziarahi kenalan atau sedara mara?
Apakah itu sekadar adab? atau sekadar ikutan? atau sekadar untuk pastikan tuan rumah ada di rumah atau tidak?

Mengapakah salam diberi setiap kali memulakan bicara ketika berucap, menulis surat atau ber-sms?
Apakah itu sekadar pembuka kata? atau sekadar penyedap ucapan? atau sekadar bukti kesopanan kita?

Setiap individu memberi ucapan salam untuk tujuan yang berbeza. Kembalilah kita semua kepada tujuan sebenar salam dalam Islam.
  • Mendoakan kesejahteraan manusia
  • Sebagai pengikat ukhwah sesama Muslim
  • Sebagai tanda penghormatan sesama insan
  • Sebagai pembuka kata untuk membina ukhwah
  • Beroleh pahala memberi salam
Allah berfirman:

"Dan apabila kamu diberikan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah dia dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)

(An-Nisaa' : ayat 86)

Begitulah cantiknya Islam sehingga perkara memberi salam juga diberi perhatian di dalam al-Quran. Di sini boleh saya tekankan bahawasanya hal dalam mengucapkan salam adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main kerana salam itu adalah ungkapan doa. Jika sebutannya salah dan membawa maksud yang berbeza, dikhuatiri kita mendoakan sesuatu yang tidak elok kepada orang lain. Bukan itu sahaja, pahala sunat memberi salam pun lesap.

Ayuh, berilah peringatan sesama kita untuk sentiasa menghidupkan budaya salam sesama kita dengan ungkapan salam yang betul! Jangan pula nanti orang kafir pula yang bersungguh-sungguh memberi salam kepada kita.


Read more »

Selamat Hari Raya Aidiladha


Lihatlah disebalik lembu yang tumbang,daging yang diagih dan sup yang dihidang.
PELIMA MEDIA
mengucapkan
SELAMAT
melakukan
Ibadah
QURBAN
Read more »

Marah itu emosi yang menggila

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya adalah salah seorang moderator untuk blog Pelima Media Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, saya bukanlah seorang penulis yang baik dan masih banyak perkara perlu dipelajari. Mohon diperbetulkan pada mana-mana kesalahan yang ada. Untuk entry kali ini, satu bentuk penulisan tentang marah ingin dikongsi bersama semua.

Apakah reaksi anda ketika marah?


Begini?



Atau begini?



atau begini?


atau sekadar begini?

Jika melihatkan reaksi-reaksi di atas buruk benar wajahnya ketika marah. Apabila marah, seseorang tidak lagi dapat berfikir atau bertindak secara rasional dan ini dikenal sebagai tindakan reflaksi. Tempoh marah dianggap kritikal dan masa untuk berfikir adalah singkat. Oleh yang demikian Iman memainkan peranan penting dalam menghadapi sesuatu situasi.

Kenapa?

Marah. Itu adalah lumrah. Mengapa mesti marah? Kalau tidak marah, itu tidak normal.

Suami/isteri curang? berpengalaman ditipu atau pecah amanah yang berkali-kali? menerima kritikan (kutukan) pedas dari individu atau masyarakat? bengang dengan manusia yang semakin kurang adab?

Banyak perkara yang boleh mengundang kemarahan dan ia sering dikaitkan dengan tidak puashati. Antara satu faktor utama yang boleh menjinakkan tabiat marah seseorang adalah tekanan dan ketidakstabilan emosi. Tekanan daripada keluarga, kenalan, kerja, dan persekitaran juga memainkan peranan penting dalam meledakkan lagi letupan kemarahan. Sehubungan dengan itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan carilah keberkatan hidup kerana dengan bekalan Iman yang kukuh dapat mendidik dan memupuk amalan sabar yang tinggi dalam kehidupan sehari-harian.

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri Rasulullah saw bersabda

" Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meridlai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meredhaiya "(H.R. Ahmad).

Kesan

Setuju saya katakan marah itu mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan? Cuba kita kaji semula apa yang kita lakukan apabila marah. Daripada memaki hamun, baik dalam hati atau secara terang, bersangka buruk, tindakan yang lebih agresif contohnya bawa kereta melebihi had laju yang boleh mengakibatkan kemalangan, bertumbuk atau sebagainya, dan juga kadang-kadang berdendam dengan sipolan yang menjadi punca kemarahan.


Na'uzubillahi min Zalik


Oh, yang lebih buruk lagi, marah boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama kepada jantung manusia.

Satu lagi kajian pula mendapati, mood seseorang itu mempengaruhi tekanan ke atas jantung dan bukan sebaliknya.

Kertas kajian yang disediakan oleh penyelidik University College London pula menemui, lelaki yang mudah meradang dan panas baran besar kemungkinan diserang penyakit koronari berbanding mereka yang tidak bersikap demikian.

Kajian itu menemui beberapa teori mengenai emosi marah yang diterjemahkan dalam bentuk serangan jantung fizikal. Ini kerana, golongan panas baran mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.

Golongan panas baran ini pada mulanya langsung tidak menghadapi risiko, tetapi akhirnya mengalami 19 peratus kemungkinan lebih tinggi diserang penyakit jantung koronari.

Sehubungan itu, adalah penting lelaki atau wanita tidak membiarkan diri tenggelam dalam emosi kerana boleh merosakkan mental dan organ dalaman yang paling penting iaitu jantung.

Sumber : Utusan Malaysia

Begini kaedahnya

Sebaiknya adalah kita berdepan dengan penyelesaian untuk mengurangkan kadar kemarahan. Mungkin beberapa tips yang diulang-ulang kepada kita sejak dibangku sekolah boleh kita hayati dalam mengendalikan tabiat marah dengan cara yang betul. Apabila marah :
  • Pause. Cari mana-mana cermin yang berdekatan dan lihat muka anda. Sesunggunya buruk sangat wajah ketika marah dan secara otomatik marah boleh dikurangkan dan bertukar kepada perbincangan. Cubalah!
Ini adalah kisah benar daripada seorang teman dimana beliau bekerja disebuah syarikat telekomunikasi di bahagian khidmat pelanggan dimana kebanyakan panggilan yang diterima adalah untuk dimarahi. Cermin disediakan di bahagian depan muka mereka supaya dapat dilihat muka mereka apabila bercakap dengan pelanggan yang bermacam-macam ragam. Dan ia berkesan mengurangkan kemarahan!

  • Mengucap Ta’awwudz. A’uudzu billah mina-syaithaani-r-rajiim yang bermaksud, "Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk "
  • Ubah kedudukan. Jika marah ketika berdiri, sila duduk. Jika marah ketika duduk sila baring. Jika marah ketika baring, sila tidur. Dan jika masih marah lagi, sila ke langkah seterusnya.
  • Berwudu' . Sumber dari Aisyah al-Aufi
"Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api,dan api hanyalah dpt dipadamkan dengan air. Apabila di antara kalian marah,hendaklah berwuduk."
(H.R Ahmad,Abu Daud)

  • Mendiamkan diri. Dalam erti kata lain memupuk dan melatih tahap kesabaran supaya sentiasa berada di tahap yang tinggi.
Selain itu, kita cuba praktikkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan tekanan dan apabila jiwa tenang dan mood sentiasa baik, InsyaAllah kita menjadi lebih produktif dan mendatangkan hasil yang berkualiti baik dari aspek kekeluargaan mahupun kerjaya. Sebagai contoh, baiki hubungan dengan semua orang terutama keluarga dan sahabat-sahabat, sertai aktiviti yang mendatangkan ketenangan dan kegembiraan seperti rihlah bersama keluarga, khidmat masyarakat, bercuti dan sebagainya.

Memang benar berkata itu lebih mudah daripada praktikalnya. Tapi apasalahnya kita pasang niat dan betulkan semula mind-setting kita setiap hari sebagai motivasi untuk mengurangkan kemarahan kerana ia bermanfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Selamat berusaha!

Buat pembaca kesayangan kami semua ...




Sekadar selingan :


Kalau yang ini comel sikit.


Sumber imej- imej dipilih dari google.com

Read more »

Mencari Penulis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga pembaca sekalian dirahmati Allah sentiasa.



Seperti yang semua maklum, setiap individu dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang amat penting antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan sesuatu kerja berjalan dengan lancar dan sempurna dalam mencapai target organisasi tersebut.

Bagi kami sebuah syarikat penerbitan, daripada bahagian pengurusan, kewangan, grafik, editor mahupun penulis semuanya amat dititikberatkan mengenai peranan masing-masing. Walaupun masih baru berkecimpung dalam dunia ini, kami dapat merasakan kepuasan dan kebahagiaan dapat berkongsi sesuatu yang sedikit daripada kepakaran ini bersama masyarakat dengan menerbitkan buku-buku yang menjadi keperluan umum.

Penulis

Penulis juga antara tonggak utama dalam penghasilan sesebuah buku. Tanpa penulis, buku tidak dapat diterbitkan. Tidak salah rasanya kami katakan yang penulis umpama jantung sebuah organisasi penerbitan buku. Sehubungan dengan itu, kami sedang mencari dan ingin memberi peluang kepada penulis-penulis yang ingin berkongsi idea, ilmu mahupun pengalaman mereka dengan masyarakat umum untuk menerbitkan buku hasil nukilan sendiri dan sekaligus menjadi koleksi umum .

Pesta Buku 2010

Berita baik kepada mereka yang mempunyai manuskrip yang lengkap dimana, buku anda akan diterbitkan pada Pesta Buku 2010, jika penulisan anda dipilih.*Perkara ini bergantung kepada tempoh perbincangan dan urusan dua belah pihak. Antara bentuk buku yang ingin diterbitkan buat masa ini adalah :
  • Ilmiah
  • Kupasan isu-isu berkenaan remaja
  • Motivasi Pemangkin Semangat
  • Kupasan isu-isu berkenaan wanita
  • Novel
  • Lain-lain (lihat kepada perbincangan)
Ini adalah antara target kami bersempena Pesta Buku 2010 yang akan diadakan pada bulan Mac 2010. Doa kami semoga apa jua bentuk kerjasama yang akan dijalinkan kelak adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengajak manusia ke arah kebaikan seterusnya semoga kerjasama tersebut sentiasa dirahmati Allah. Amin
Read more »

Pages of Islam



Apa itu Pages of Islam? Ia merupakan helaian poster berbahasa melayu yang mengandungi pengisian yang dapat menambah pengetahuan Ilmiah juga memantapkan jiwa dengan input-input yang padat dan segar.



















Sehingga kini, 10 jenis daripadanya telah diterbitkan oleh Pelima Media dalam usaha menyampaikan mesej-mesej Islami dengan mudah kepada semua lapisan masyarakat termasuklah sesuai untuk diletakkan di sekolah-sekolah, institusi pengajian, klinik dan hospital, restoran, pejabat-pejabat, masjid dan surau dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pages of Islam, sila layari http://www.pelima.com.my/media/catalog/1

Read more »

Rakaman

AlhamdulillahiRabbil'alamin,

dengan limpah rahmat Allah, kami pada julung kalinya bakal menerbitkan CD audio nya sendiri. (InsyaAllah akan mula diterbitkan akhir tahun ini, nantikan!) Sebagai permulaan, daripada pencarian alat-alat rakaman sehinggalah pencarian 'voice talent' adalah satu pengalaman baru dan mencabar buat kami yang masih budak baru belajar.

Allah Maha Besar, Allah temukan kami dengan orang-orang hebat dan hebat tidak perlu kan keglamoran sahaja. Hebat pada pandangan kami adalah dari segi personalitinya, pengalamannya, ilmunya dan elemen-elemen tersebut diadunkan dan dikongsi bersama teman-teman yang baru dikenalinya. Yang paling seronoknya, ukhwah yang terbit sepanjang tempoh rakaman ini amat manis.



Mini Studio Pelima Media



Menanti kehadiran voice talent professional


Berikut adalah sedikit butir-butir mengenai rakaman:

Tarikh : Selasa 17/11/2009
Masa : Jam 9.00 mlm
Lokasi : Mini Studio Pelima Media
Voice Talent : Tuan Nasran Hassan
Producer : Sa'Art Design

Kami yang masih baru dalam arena ini merasakan sedikit kepuasan dunia apabila mendengar playback rakaman suara terjemahan Tuan Nasran atau Abg Nas yang gemersik.



Tuan Nasran sedang menghayati skrip bacaan



' Take a break '



Perbincangan antara krew penerbitan


Alhamdulillah, tiada masalah besar yang berlaku sepanjang tempoh rakaman. Kerjasama yang diberi oleh semua krew terutamanya watak utama rakaman (Tuan Nasran) adalah sangat memuaskan.

Keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan kerjasama penerbitan CD audio pada kali ini. Dan antara harapan kami untuk projek kali ini supaya mendapat hasil yang berkualiti kerana antara misi kami menyediakan produk yg terbaik lebih-lebih lagi kami membawa mesej untuk berdakwah, InsyaAllah.



Krew penerbitan yang terlibat


Istimewa untuk abg Nas, doa kami untuk abg Nas semoga barakah, rahmat Allah serta rezeki Allah yang melimpah ruah sentiasa bersamamu dan keluarga dan ukhwah antara kita semua berpanjangan sehingga ke syurga. Amin



Jumpa lagi, abg Nas!


Akhir kata, kami harap dapat berjumpa dengan lebih ramai orang-orang hebat di luar sana!

Salam Ukhwah
Read more »

Kalendar 2010

Assalamualaikum Warahmatullah,

Semoga sahabat-sahabat semua dalam limpah rahmat Allah sentiasa.


Sumber imej dari http://www.ilgucha.com


Hari ini bertarikh 16 November 2009 dan lagi 1 bulan 16 hari kita akan bertemu dengan tahun baru tahun 2010. Sedar tak sedar masa berlalu dengan cepatnya tahun baru, raya cina, thaipusam, deepavali, puasa, raya aidilfiti berlaku sepintas lalu dan raya aidiladha yang bakal menjelang juga akan berlalu sebegitu rupa.

Ini mengingatkan kita sebagai umat Islam untuk menghargai masa. Masa tidak akan pernah menunggu kita dan juga tidak boleh dijual beli. Hargai masa dan jangan bertangguh. Rancang masa dengan teliti.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah Al-'Asr ayat 1-3

Untuk makluman, Pelima Media Sdn Bhd juga ada menawarkan perkhidmatan penerbitan kalendar samada kalendar dinding atau kalendar meja (boleh lihat contoh di bawah). Kepada yang berminat sila hubungi Nadiah 016-2099454.

Untuk contoh kalendar di bawah, ianya ditunjukkan cuma di bahagian atas dan tidak dapat didedahkan keseluruhan kalendar atas sebab-sebab tertentu.Terima kasih


Contoh 1 : Sila abaikan 'watermark' Pelima Media Sdn Bhd



Contoh 2 : Sila abaikan 'watermark' Pelima Media Sdn Bhd




Read more »

Sumbu Jiwa:Surah-surah Amalan Para Solihin Sepanjang Zaman

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya Pelima Media berjaya menerbitkan buku yang pertama bertajuk Sumbu Jiwa.

Sumbu Jiwa adalah perjalanan untuk kembali meletakkan kiblat hakiki pada setiap hati mukmin kepada Allah.




Sumbu Jiwa dirangka khusus untuk keperluan Mukmin dalam memperkaya amalan dan kefahaman terhadap Al Quranul Karim. Buku bersaiz kompak mesra mobiliti 6in x 6in ini, memuatkan :

* 11 surah-surah Al Quran amalan para solehin sepanjang zaman. Surah tersebut ialah :

• Surah Al Fatihah

• Surah Al Kahfi

• Surah Yasin,

• Surah Ad Dukhaan

• Surah Ar Rahman

• Surah Al Waqiah

• Surah Al Mulk

• Surah Al Kafirun

• Surah Al Ikhlas

• Surah Al Falaq

• Surah An Nas






Terdapat juga di dalam Sumbu Jiwa :

* Hadis sahih Rasulullah SAW yang menyatakan khasiat serta kelebihan setiap surah-surah tersebut.

* Dilengkapi terjemahan ayat dalam Bahasa Melayu mengiringi setiap ayat Quran tersebut.










* Pimpinan bacaan menerusi CD audio MP3, bacaan Syeikh Mishari Rashid Alafasy.




Selain daripada menjadi bacaan sendiri, Sumbu Jiwa juga sesuai juga dijadikan sebagai :

  • Bingkisan demi mempererat silaturrahim
  • Buah tangan ke majlis perkahwinan
  • Cenderahati buat tetamu majlis di kediaman
  • Wasilah memperpanjang sedekah jariah bagi arwah ibubapa tersayang
  • Hadiah penghargaan kepada rakan, taulan dan sebagainya


Spesifikasi buku adalah seperti berikut :

  • Mukasurat ~ 116 ms
  • Kulit Depan ~ Kulit Keras
  • Saiz ~ 6in x 6in
  • Warna ~ Kandungan berwarna
  • Berat ~ 1 naskah ~ 0.25 kg



Dapatkan Segera Naskah Anda Hari Ini!!!!




Read more »