Apakah hak Sayyidina Muhammad pesuruh Allah yang perlu ditunaikan oleh umatnya?


  1. Sunnah baginda

  2. Mengenali baginda.

Menyentuh perkara nombor 2, menjadi salah satu bukti kecintaan kita selaku umatnya kepada Rasul Allah yang telah banyak berkorban dan berjuang dalam membawa Islam sehingga tersebar luas di merata dunia sehingga menjadi pegangan yang kuat oleh segenap masyarakat.


Tetapi, sejauh manakah kenalnya kita pada baginda? Adakah memadai sekadar mengetahui:


Tarikh lahirnya? Siapa ibunya? Siapa bapanya? Siapa datuknya? Siapa pakciknya? Siapa ister-isterinya?


Mendalami dan mempelajari akhlak baginda adalah seumpama mengenal kandungan al-Quran. Didikan yang terbaik dalam membentuk anak-anak generasi masa kini untuk menjadi manusia yang hebat, salah satunya adalah melalui sirah Muhammad Sallahu 'alaihi wassalam.


Melalui sirah baginda, banyak perkara yang boleh disentuh dalam mendidik anak-anak :



  1. ketokohan baginda sebagai pemimpin

  2. kepahlawanan baginda sebagai pejuang

  3. akhlak baginda yang menyayangi dan disayangi sahabat dan musuh

  4. kasih sayang sebagai seorang bapa dan suami yang sentiasa menghidupkan suasana kekeluargaan

  5. pengorbanan baginda buat semua umatnya samada yang sempat atau tidak bertemu dengannya

Masya Allah, mulakan dari sekarang. Perdengarkanlah anak-anak kita dengan kisah-kisah rasul Allah yang tidak pernah jemu diulang-ulang. Baik pada setiap malam sebelum tidur ataupun pada masa-masa terluang. Hayati kisah baginda, dengan izin Allah jua perasaan tenang dan bahagia seolah-olah kita juga bersama baginda. Bertambah lagi rasa cinta dan sayang pada rasul Allah Muhammad bin Abdullah. Insya Allah



Read more »

Ustaz Fauwaz keudara di Radio IKIM


Read more »

Tambah Pendapatan dengan Menulis


Bagaimana ingin menulis dengan Pelima Media?

1. Hantar profil penulis, sinopsis dan karya/ manuskrip lengkap kepada editor Pelima Media secara
  • softcopy : media@pelima.com.my
  • hardcopy : No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

2. Pelima Media akan meneliti manuskrip tersebut mengikut dasar editorial yang ditetapkan

3. Sekiranya manuskrip diluluskan, sedikit perbincangan akan dilakukan seterusnya perjanjian termeterai antara penulis dan penerbit

4. Penulis dikehendaki menyemak semula dan mengemaskini manuskrip sekiranya perlu dalam tempoh yang ditetapkan

5. Setelah manuskrip diserahkan kepada Pelima Media, ia akan diproses dan disemak

6. Penulis dibenarkan membuat semakan ke atas manuskrip yang disemak oleh Pelima Media beserta 'cover' dalam tempoh seminggu

7. Manuskrip sedia untuk dicetak dan diedarkan
Read more »

Mutiara-mutiara keimanan.

Setiap manusia pasti mahukan sesuatu perhiasan untuk diri mereka. Bagi wanita, barang kemas seperti gelang, rantai dan sebagainya menjadi pilihan mereka untuk kelihatan menarik dan cantik. Manakala bagi lelaki pula, fesyen rambut yang cantik, aksesori-aksesori canggih untuk kenderaan mereka dan sebagainya merupakan antara pilihan mereka.


Memang sudah menjadi lumrah manusia yang mahukan sesuatu yang cantik. Sebagai contoh, apabila kita memakai sesuatu yang cantik(dalam pandangan kita), kita akan rasa yakin , potensi diri kita bertambah dan kita akan merasa seronok hari tu. Kiranya pakaian yang cantik itu telah menjadikan kita seorang yang cantik dari segi lahiriahnya.


Sama juga halnya dengan keimanan kita.
Iman sesuatu yang abstrak tapi hakikatnya kewujudan iman dalam diri seseorang boleh diperlihatkan menerusi perwatakannya dan peribadinya.


Sama seperti pokok. Yang kita nampak secara konkritnya ialah sebatang pokok yang berdiri teguh di atas bumi. Tapi apa yang kita tidak nampak ialah akar yang menyokongnya dari dalam (bawah tanah). Mustahil jika akar tidak kuat dan baik akan menghasilkan pokok yang segar. Akar berusaha mencari air untuk meneruskan kelangsungan hidup pokok tersebut. Jadi analogi iman sebagai akar dan pokok sebagai lahiriah kita amat bertepatan dalam memudahkan kita untuk memahami tugas keimanan dalam diri kita.

Untuk menambahkan iman kita memerlukan ilmu.
Ilmu akan mendorong kita untuk beramal.
Amal akan membuahkan akhlak yang baik.
Dan akhlak yang baik akan mewujudkan kasih sayang dan kemesraan dalam kehidupan.
Sesungguhnya kehadiran iman dalam diri menghasilkan lahiriah yang unggul bagi kita.


Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah ketaqwaannya, maka tidak ada suatupun yang bertambah dalam dirinya kecuali jauh dari Tuhan."


Justeru, kita perlu meningkatkan ilmu yang dapat mendekatkan diri kita denganNya. Dengan keimanan yang teguh dalam diri kita, nescaya kita akan menjadi antara perhiasan-perhiasan dunia. Macam menarik je bunyinya..


Tapi, bagaimana caranya untuk mendapatkan mutiara-mutiara keimanan ini ?


Apakah yang perlu dilakukan?


Menerusi buku terbitan kami , 'Mutiara-mutiara Keimanan' karya Syeikh Nawawi al-Bantani menyediakan bait-bait syair yang memujuk hati untuk menggilap mutiara-mutiara itu agar dapat menyinari kehidupan seharian kita.

Selamat membaca !



Read more »

Potongan harga buku untuk pembelian secara online

...sebanyak 15%

Alhamdulillah, sukacita kami ingin berkongsi berita baik dengan sahabat-sahabat semua mengenai potongan harga buku ini. Usaha ini bagi menggalakkan dan memudahkan mereka yang sukar mendapatkan buku-buku Pelima Media di seetengah kawasan. Lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabat yang tidak mempunyai masa lapang untuk keluar menbeli-belah atau menjengah ke kedai buku.

Insya Allah, pandangan dan komen anda adalah dialu-alukan supaya kami dapat memperbaiki kualiti perkhidmatan pelanggan dengan lebih baik dan hubungan kedua-dua belah pihak antara Pelima Media dan anda bertambah erat.
Potongan harga akan meningkat sehingga 25% sempena perayaan-perayaan tertentu.

Bagi yang berminat teliti caranya. Klik sini
Read more »

Pemikir sahaja yang menghargai jawapan :)

"Wahh, masyaAllah! Cantiknya pelangi tu. tapi... macam mana pelangi tu terjadi? Macam mana boleh ada banyak lapisan warna kat awan sampai nampak macam lukisan kat kanvas je?"


Pelangi. Kita menghargai kecantikan dan keindahan pelangi yang terbentuk selalunya selepas hujan atau pada waktu mendung. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana proses kejadian pelangi yang indah itu? Bagi mereka yang pernah memikirkan dan sedang memikirkannya sekarang, itu tandanya anda memang seorang pemerhati dan menggunakan akal kurniaan Allah dengan baik.


Pelangi terbentuk ketika cahaya putih dibiaskan dan pada detik itulah gelombang cahaya yang dilihat oleh mata kita menampakkan pelbagai warna ini (merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo dan ungu.) wujud. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis selari dan setiap warna akan membias dengan warna di sebelahnya. Pita ini dinamakan spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu hujung dan ungu pula di sisi yang lain di mana ia ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang. Maka, terciptalah pelangi yang cantik.


Bagi sesiapa yang pernah terfikir kejadian ini, pasti akan menghargai jawapan ringkas ini.
Ini kerana persoalan yang tumbuh dibenak hati anda telah terjawab dan membuatkan tuntutan akal yang dahagakan jawapan telahpun ditunaikan. Anda juga pasti akan terus mencari proses kejadian pelangi.


Itu perihal pelangi yang indah.


Bagaimana pula jika kita menanyakan tentang hakikat pencarian kebahagiaan dalam hidup ?
Mesti banyak kan rujukan yang kita buat bagi memenuhi tuntutan akal itu. Kita akan mula mencari dengan melihat disekeliling kita dan cuba mendapatkan satu 'formula' khusus untuk persoalan tersebut. Tapi dalam banyak-banyak cara, kita paling suka untuk merujuk buku. Sebabnya buku itu sesuatu yang konkrit dan boleh dirujuk pada bila-bila masa.


Justeru, buku terbitan kami; 'Menyingkap Tabir Bahagia' karya Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin insyaAllah mampu memberikan jawapan kepada pemikir-pemikir yang mencari jawapan kebahagiaan dalam hidup. Buku ini juga menceritakan langkah-langkah mendekati Allah disamping motivasi-motivasi membentuk fokus diri hanya kepada Allah.


Selamat membaca !
Read more »

Hidup Sederhana Membawa Berkah


Nama buku : Hidup Sederhana Penuh Berkah

Penulis : Al-Harits Al-Muhasibi (Tokoh sudi dengan gelaran "guru besar" para ulama di zamannya)

Harga : RM 18.00

Nombor ISBN : 978-967-5990-03-1

Terbit : Januari 2011

Mukasurat : 128

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aaaaaahhh"
Bagun pagi setelah selesai tidur nyenyak di atas katil yang empuk. Hari yang berlalu dengan 'hebat' dengan kehadiran peralatan dan barang-barang mewah di sekeliling. Hati terasa bangga dan puas.
Tapi, bahagiakah hati yang begitu ? Adakah hidup seperti ini penuh berkat ?

Cukupkah dengan barang-barang mewah dapat membahagiakan hati seseorang? Dan adakah dengan tidak mempunyai kemewahan sebegitu, hidup tidak boleh bahagia ?


Menyingkap kisah kehidupan pemimpin terunggul, Muhammad Rasulullah saw yang menangguhkan kemewahan dunia untuk kemewahan di akhirat.

Saidina Umar al-Khatab mencontohi sunnah Rasulullah yang mengutamakan kesederhanaan dalam kehidupan.

Dia bercerita, "Aku pernah minta izin untuk menemui Rasulullah. Aku mendapati baginda sedang berbaring di atas tikar yang sangat kasar. Sebahagian tubuh baginda berada di atas tanah. Baginda hanya berbantalkan pelepah kurma yang keras. Aku ucapkan salam lantas duduk di sisinya. Aku tidak sanggup menahan tangisanku. "Mengapakah engkau menagis, hai putera Khattab?" Rasulullah bertanya. Aku berkata, "Bagaimana aku tidak menangis. Tikar ini telah menimbulkan bekas pada tubuhmu. Engkau ini Nabi Allah, kekasihNya. Kekayaanmu hanya yang aku lihat sekarang ini. Padahal di tempat sana, Kisra dan Kaisar duduk di atas katil emas, berbantalkan sutera." Nabi yang mulia berkata, "Mereka telah menyegerakan kesenangannya sekarang juga; kesenangan yang akan segera berakhir. Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita untuk hari akhirat. Perumpamaanku dengan dunia seperti seorang yang bermusafir pada musim panas. Ia berteduh sejenak di bawah sebatang pokok, kemudian berangkat dan meninggalkannya." (Hayat al-Sahabah 2:352).

Kekasih Allah pun mengutamakan kesederhanaan dalam kehidupan seharian baginda. Tapi kita? Kemewahan dunia yang kita cari sehinggakan terlupa untuk menjaga kesejahteraan akhirat. Kita mencintai dan mengagungkan dunia. Hal ini diterangkan oleh Al-Harits Al-Muhasibi sebagai tipu daya syaitan untuk menghancurkan akhlak dan peraturan agama.
Sebab kerana mencari harta, ramai yang tegar untuk mengabaikan hak Allah sehingga tidak melaksanakan rukun-rukun Islam.

Apakah kita tergolong dalam mereka yang sibuk mencari kemewahan dunia sehinggakan lupa akhirat? Atau kita sedang berusaha untuk mendekatiNya ?

Al-Harits Al-Muhasibi mempunyai panduan yang jelas dalam memimpin kita menjalani kehidupan sederhana yang penuh berkah.
Buku terbitan baru kami 'Hidup Sederhana Membawa Berkah' karya Al-Harits Al-Muhasibi, ahli psikologi unggul zaman klasik Islam boleh dijadikan panduan serta inspirasi dalam menjalani kehidupan yang penuh berkah.



Read more »

Mengapa dinamakan Fikh Kerahsiaan Wanita?

Fikh Kerahsiaan Wanita adalah tajuk terbaik untuk buku ini. Buku ini berbeza dengan fikh wanita kerana ia mengkhususkan tentang permasalahan berkenaan faraj wanita.


Kebanyakan antara kita lebih senang dengan tidak berbicara tentang isu ini kerana beranggapan ia adalah sesuatu yang aib untuk dibicarakan. Lantas, maklumat dan ilmu yang penting itu tidak diketahui umum dan seterusnya hukum terus diabaikan walaupun. Contohnya hukum aurat antara suami dan isteri, ia adalah salah satu hukum yang sering diendahkan.



Fikh Kerahsiaan Wanita menyentuh tentang pemahaman secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita dan para suami. Segan dan malu sering menjadi halangan untuk membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut.


Dengan memahami beberapa pendapat atau mazhab dari setiap permasalahan, sedikit sebanyak membantu kaum wanita menjalani ibadah tanpa rasa was-was. Mengelakkan was-was adalah satu tanggungjawab yang perlu diutamakan dikhuatiri ibadah tidak diterima. Nau`uzubillah.

Untungnya bagi mereka yang mengutip ilmu biarpun berdikit-dikit, kerana kehidupan ke syurga bukan diambil dari jalan yang mudah da sambil lewa.


Read more »

Baru Terbit | Jalan Selamat Pulang Menuju Allah



Nama buku : Jalan Selamat Pulang Menuju Allah

Penulis : Syeikh al-Akbar Muhyiddin Ibnu 'Arabi

Harga : RM 16.00

Nombor ISBN : 978-967-5999-01-7

Terbit : Januari 2011

Mukasurat : 96
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Uniknya manusia :)

Manusia merupakan ciptaan Allah yang unik. Kalau tak percaya, cuba teliti bahasa pertuturan yang kita gunakan di serantero dunia. Macam di Malaysia, kita guna bahasa Melayu untuk bertutur, di Amerika Syarikat , bahasa Inggeris digunakan manakala di India , bahasa Tamil diaplikasikan untuk melunaskan tuntutan komunikasi sesama insan.

Secara mekanismenya, kita semua membuka mulut untuk berbicara dan mengeluarkan bunyi untuk menyampaikan maksud-maksud tertentu. Semuanya sama. Tapi apa yang membezakan kita ialah, keadah bunyi yang menjadi penghantar isyarat.


Kalau kita sebut "yaaa" dalam konteks bahasa Melayu bermaksud setuju tetapi dalam bahasa lain mungkin membawa konotasi yang berbeza.
Kalau kita teliti makhluk ciptaan Allah yang lain seperti kucing. Tidak kira dimana, Afrika atau Jepun, bunyi mereka sama sahaja , "meooww" .
Tapi kita berbeza. Sungguh, berbeza dan unik.


Walaubagaimanapun, disebalik perbezaan bahasa yang kita gunakan, tapi ada satu persamaan yang tidak boleh dinafikan dalam diri kita semua. Persamaan apakah itu ?
Kita semua sedang menuju ke satu destinasi yang sama iaitu, pulang menuju Allah.
Tidak kira apa bangsa sekalipun, semuanya sedang pulang menuju Allah.


Lantas, apakah kita bersedia untuk pulang menujuNya?
Buku terbaru terbitan kami 'Jalan Selamat Pulang Menuju Allah' oleh Ibnu Arabi memberi panduan khusus untuk kita dalam menyiapkan diri pulang menuju Allah agar kepulangan kita tidak sia-sia.

Read more »

Sumbu Jiwa berwajah baru!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masih ingat lagi dengan terbitan pertama kami, Sumbu Jiwa Surah-surah Amalan Para Solihin Sepanjang Zaman? Klik sini untuk lihat semula.

Kini ia tampil dengan wajah baru dan segar untuk tatapan umum. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua pemilik Sumbu Jiwa.

Berita baik untuk anda, kini Sumbu Jiwa dilengkapi bacaan terjemahan bagi setiap surah oleh pemilik suara terkenal, Tuan Nasran Hassan. Bacaan terjemahan yang penuh penghayatan, InsyaAllah










Dapatkan segera dengan harga hanya RM 25.00 senaskah baik untuk diri sendiri atau dijadikan buah tangan untuk teman atau keluarga.

Read more »

Edaran Melalui Kedai

Info bagi pemilik kedai yang berminat mengedar buku-buku terbitan Pelima Media.

Kedai buku/ Gerai buku/ Kedai

Kaedah : Consignment

1. Potongan sebanyak 30% daripada jualan buku, jumlah potongan harga akan dikaji dari masa ke masa mengikut jumlah invois.

2. Penerbit boleh menukar buku lama yang tidak terjual dengan buku baru
3. Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah kutipan jualan buku

Kaedah : Credit Term

1. Potongan sebanyak 40% daripada jualan buku, jumlah potongan harga akan dikaji dari masa ke masa mengikut jumlah invois.

2. Tempoh pembayaran buku ditetapkan oleh pihak penerbit
3. Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah invois


*Pemberian nilai diskaun atau komisen adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak syarikat dan boleh diubah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis •

Kembali ke laman pengedaran
Read more »