Showing posts with label Penulis. Show all posts
Showing posts with label Penulis. Show all posts

PBAKL 2011 | Bicara buku : Fikh Kerahsiaan Wanita bersama Ustaz Fauwaz Fadzil

Anda tanya, ustaz jawab. Macam pernah dengarkan?

Insya Allah bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, kita berkesempatan pengunjung berpeluang menyertai sebuah majlis ilmu yang membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan faraj wanita di mana ia sering menjadi keraguan di kalangan wanita khususnya.



"Apakah hukumnya sekiranya mandi wajib yang disebabkan haid (hadas besar) selepas sahur pada bulan Ramadhan? Adakah puasa pada hari tersebut diterima?"


"Adakah sah solat saya sekiranya berada dalam keraguan mengenai sesuatu yang keluar melalui faraj sebelum menunaikan solat?"


"Apakah hukum bagi wanita berhadas besar/haid menziarahi mayat?"


Di sini ada jawapannya. Berikut adalah butir-butir aktiviti :


Tempat : Bilik Kedah & Johor (bersebelahan Dewan Tun Hussein Onn, belakang kedai Arini)

Tarikh : 23 April 2011 (catatkan dalam kalendar anda)

Masa : 2-4 petang

Penyampai : Ustaz Fauwaz Fadzil

Bayaran masuk : PERCUMA!


Insya Allah, kita doakan semoga majlis ilmu ini diberkati Allah dan bermanfaat dan semoga amal ibadah kita selama ini diterima Allah. Amin
Read more »

Video | Pengenalan Fikh Kerahsiaan Wanita

Ikuti penerangan ringkas tentang buku Fikh Kerahsiaan Wanita daripada penterjemah buku tersebut, Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Fadzil
Sekiranya berminat untuk menganjurkan kuliah-kuliah agama/perbincangan terutamanya mengenai tajuk Fikah Kerahsiaan Wanita atau tajuk-tajuk yang lain, boleh hubungi beliau di fa_mannah@yahoo.com
Read more »

Penulis Buku Travelog Turki Bumi Khalifah

Seorang individu yang sukakan cabaran dan sentiasa mencari-cari peluang menceduk pengalaman baru setiap kali berada di negara orang.

Mohd Jhaznarul bin Juharul Zaman atau nama penanya Jhaz Kitaro, lahir pada 6 Ogos 1982 di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar dan menyambung pengajian pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar. Dengan kecemerlangan dalam PMR, melayakkah diri beliau menyambung peringkat menengahnya di MRSM Taiping. Setelah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau ditawarkan menyambung pengajian di Kolej MARA Banting bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti College Dublin, Ireland. Buat masa sekarang, beliau berada dalam tahun akhir ijazah perubatan.

Hobi mengembaranya sudah membawa beliau ke 43 buah negara di benua Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Australia. Idola yang begitu berpengaruh menyuntik semangat dan inspirasinya adalah Rasulullah SAW, Ibnu Sina dan Ibnu Battuta.

Misi hidupnya ialah ingin menjadi seorang doktor perubatan yang berdedikasi dan juga ingin menjejakkan kaki ke seberapa banyak negara di muka bumi Allah SWT ini. Insya Allah.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat beliau.
Read more »

Penulis Buku Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan & Fikiran Insan

Seorang insan yang kaya dengan senyuman di bibir. Penuh kesopanan dan sentiasa menjaga tatatertib ketika berbicara. Kelembutan terserlah melalui bahasa yang disampaikan.

Itulah dia Tuan Abdul Shahiid Shafruddin yang dilahirkan di Leeds, United Kingdom pada 26 Mei 1985.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Bangi dan menyambung pendidikan di peringkat menengah di Pondok Modern Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia. Seterusnya, beliau menyambung pengajiannya di peringkat lebih tinggi di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir dalam Jurusan Pengajian Am, Fakulti Bahasa Arab.

Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke tanahair dan berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang menarik dan bisa membawa masyarakat kepada sebuah kesedaran bahawa al-Fatihah itu sungguh luas maknanya berbanding dengan yang kita semua sedia maklum selama ini.

Sama-sama kita hayati sebuah surah pendek dan mudah iaitu al-Fatihah dengan mendapatkan buku beliau bermula dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 nanti.

Malah, bagi mereka yang berminat untuk bertemu dengan penulis secara peribadi, boleh lawati kami di booth LP G03 bersebelahan Bilik Kedah, PWTC.
Jumpa di sana..
Read more »

Cerita Pagi Jumaat yang Damai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dugaan itu sentiasa ada.

Tetapi kita sekali-kali tidak buruk sangka kepada Allah kerana Ia menduga kita itu dan ini. Jangan! Kerana Allah itu Maha Menyayangi kita. Dan itu adalah berbeza dengan sangat menyayangi. Dan kita hendaklah selalu beringat bahawa Allah hanya akan menguji kita dengan ujian yang kita mampu hadapi.
Sastera habis ni.
Sebagai pendatang baru dalam dunia perniagaan dan sangat baru dalam indsutri buku, cabaran dan kesusahan adalah perkara yang paling perit berlaku. Kami adalah kerdil, kecil, tidak dikenali, tidak diyakini, tidak disukai, tidak dilayani, tidak dan tidak. Itu adalah biasa. Biasa untuk yang kecil. Ingat, tidak akan besar sesuatu apapun kalau tidak mula daripada kecil.

"Sesuatu yang besar bermula daripada yang kecil". Bilang seorang teman menyuntik semangat. Ouch!


small_before_big

Bolehkah begini?


Beruntung rasanya dikelilingi orang yang bagus-bagus dan supportive samaada di dalam atau di luar industri buku ini. Juga punya rezeki bertemu (secara maya) dengan penulisan Puan Ainon, seorang ibu yang sangat murah hati kepada semua orang dan dirinya sangat dekat di hati setiap individu yang mendekatinya. Setiap hari membaca penulisannya tidak pernah jemu, ternyata bagus sekali pengisian dan penyampaiannnya. Malah setiap bait kata itu penuh dengan ilmu dan maklumat serta pengalamannya yang tinggi dan sangat berguna dalam memperbaiki tugasan kami yang baru mula menapak dalam industri ini. Pasti lebih ramai yang sepertinya di luar sana, cuma belum punya rezeki bertemu. Insha Allah, tidak sabar mahu bina ukhwah itu!


UNIKA

Layari www.universitipts.com bagi mereka yang berminat untuk mendalami bidang penulisan dan penerbitan secara maya dan mudah. Selain itu, banyak ditekankan juga tentang pemasaran buku pelbagai genre di Malaysia.

Ini bukan entry luahan perasaan. Ini adalah cerita yang boleh dikongsi dan saya yakin setiap daripada anda pasti mempunyai cerita yang sama cuma watak dan jalan ceritanya berbeza. Betul kan? Sama-sama kerap kali bina semangat yang kadang-kadang muncul lama, kadang-kadang menghilang entah ke mana.

Ada satu-satu masa, rasa diri lemah terlepet tewas dek taufan daripada majikan atau penyelia. Ada satu-satu masa, rasa diri paling bahagia dalam dunia apabila jumlah bonus diberikan cukup untuk bercuti di London sekaligus selambak pujian majikan tentang projek yang berjaya diselesaikan. Perasan tak?

Itu biasa.

Sepohon pokok yang rendang, ada buah yang elok. Ada yang busuk. Hidup kita juga begitu. Hari ini sedih. Esok bahagia. Senyum dan senyum lagi!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nurul

Maaf, saya baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

Read more »

Mencari Penulis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga pembaca sekalian dirahmati Allah sentiasa.



Seperti yang semua maklum, setiap individu dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang amat penting antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan sesuatu kerja berjalan dengan lancar dan sempurna dalam mencapai target organisasi tersebut.

Bagi kami sebuah syarikat penerbitan, daripada bahagian pengurusan, kewangan, grafik, editor mahupun penulis semuanya amat dititikberatkan mengenai peranan masing-masing. Walaupun masih baru berkecimpung dalam dunia ini, kami dapat merasakan kepuasan dan kebahagiaan dapat berkongsi sesuatu yang sedikit daripada kepakaran ini bersama masyarakat dengan menerbitkan buku-buku yang menjadi keperluan umum.

Penulis

Penulis juga antara tonggak utama dalam penghasilan sesebuah buku. Tanpa penulis, buku tidak dapat diterbitkan. Tidak salah rasanya kami katakan yang penulis umpama jantung sebuah organisasi penerbitan buku. Sehubungan dengan itu, kami sedang mencari dan ingin memberi peluang kepada penulis-penulis yang ingin berkongsi idea, ilmu mahupun pengalaman mereka dengan masyarakat umum untuk menerbitkan buku hasil nukilan sendiri dan sekaligus menjadi koleksi umum .

Pesta Buku 2010

Berita baik kepada mereka yang mempunyai manuskrip yang lengkap dimana, buku anda akan diterbitkan pada Pesta Buku 2010, jika penulisan anda dipilih.*Perkara ini bergantung kepada tempoh perbincangan dan urusan dua belah pihak. Antara bentuk buku yang ingin diterbitkan buat masa ini adalah :
  • Ilmiah
  • Kupasan isu-isu berkenaan remaja
  • Motivasi Pemangkin Semangat
  • Kupasan isu-isu berkenaan wanita
  • Novel
  • Lain-lain (lihat kepada perbincangan)
Ini adalah antara target kami bersempena Pesta Buku 2010 yang akan diadakan pada bulan Mac 2010. Doa kami semoga apa jua bentuk kerjasama yang akan dijalinkan kelak adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengajak manusia ke arah kebaikan seterusnya semoga kerjasama tersebut sentiasa dirahmati Allah. Amin
Read more »