.kejayaan.


Kejayaan.
Apakah kejayaan?

Sering saya bertanya pada diri sendiri apa itu kejayaan. Acapkali jawapannya akan berubah-ubah mengikut persekitaran dan masa. Contohnya pada tahun saya menduduki PMR, kejayaan yang 'ultimate' ialah mendapat 8A kerana ramai senior yang hebat dan yang saya kagumi mendapat keputusan cemerlang juga.Alhamdulillah. Tetapi sekarang, keputusan 8A itu tidak menjanjikan apa-apa pula kerana keputusan SPM yang bakal keluar pada bulan Mac ini bakal menentukan haluan akademik saya. Mengapat 9A bagi saya sekarang merupakan kejayaan terbesar! .Saya yakin yang apa kejayaan bagi saya nanti akan berubah pula, mungkin kejayaan itu adalah dapat bergelar graduan medic.

Tanya diri anda soalan ini dan pastinya pelbagai jawapan yang mencapah keluar dari benak fikiran. Bagi sebuah pasangan yang berkahwin mungkin kejayaan bagi mereka ialah dengan lahirnya cahaya mata yang dapat mengindahkan lagi sebuah institusi perkahwinan. Pada seseorang ibu atau bapa mungkin kejayaan baginya ialah apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berjaya dalam kehidupan. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR atau SPM mungkin merupakan kejayaan yang diidamkan para pelajar.

Dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim, apakah definisi kejayaan pada diri kita?Apakah yang kita harapkan di hujung garisan kehidupan? Kita hanya mahukan kita kembali kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa ,Yang Maha Menciptakan dalam keadaan yang terbaik. Maka erti kejayaan yang 'ulltimate' ialah kita dapat mencari jalan untuk kembali kepadaNya.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang tanpa kita sendiri berusaha untuk mengubahnya.Maka perlu dan compulsary ada usaha untuk kita menempa kejayaan yang sebenar-benar kejayaan ini. Mulalah dengan menimba ilmu.Membaca.Mungkin kita boleh mulakan dengan buku-buku di Pelimamedia.



Read more »

Cerita Pagi Jumaat yang Damai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dugaan itu sentiasa ada.

Tetapi kita sekali-kali tidak buruk sangka kepada Allah kerana Ia menduga kita itu dan ini. Jangan! Kerana Allah itu Maha Menyayangi kita. Dan itu adalah berbeza dengan sangat menyayangi. Dan kita hendaklah selalu beringat bahawa Allah hanya akan menguji kita dengan ujian yang kita mampu hadapi.
Sastera habis ni.
Sebagai pendatang baru dalam dunia perniagaan dan sangat baru dalam indsutri buku, cabaran dan kesusahan adalah perkara yang paling perit berlaku. Kami adalah kerdil, kecil, tidak dikenali, tidak diyakini, tidak disukai, tidak dilayani, tidak dan tidak. Itu adalah biasa. Biasa untuk yang kecil. Ingat, tidak akan besar sesuatu apapun kalau tidak mula daripada kecil.

"Sesuatu yang besar bermula daripada yang kecil". Bilang seorang teman menyuntik semangat. Ouch!


small_before_big

Bolehkah begini?


Beruntung rasanya dikelilingi orang yang bagus-bagus dan supportive samaada di dalam atau di luar industri buku ini. Juga punya rezeki bertemu (secara maya) dengan penulisan Puan Ainon, seorang ibu yang sangat murah hati kepada semua orang dan dirinya sangat dekat di hati setiap individu yang mendekatinya. Setiap hari membaca penulisannya tidak pernah jemu, ternyata bagus sekali pengisian dan penyampaiannnya. Malah setiap bait kata itu penuh dengan ilmu dan maklumat serta pengalamannya yang tinggi dan sangat berguna dalam memperbaiki tugasan kami yang baru mula menapak dalam industri ini. Pasti lebih ramai yang sepertinya di luar sana, cuma belum punya rezeki bertemu. Insha Allah, tidak sabar mahu bina ukhwah itu!


UNIKA

Layari www.universitipts.com bagi mereka yang berminat untuk mendalami bidang penulisan dan penerbitan secara maya dan mudah. Selain itu, banyak ditekankan juga tentang pemasaran buku pelbagai genre di Malaysia.

Ini bukan entry luahan perasaan. Ini adalah cerita yang boleh dikongsi dan saya yakin setiap daripada anda pasti mempunyai cerita yang sama cuma watak dan jalan ceritanya berbeza. Betul kan? Sama-sama kerap kali bina semangat yang kadang-kadang muncul lama, kadang-kadang menghilang entah ke mana.

Ada satu-satu masa, rasa diri lemah terlepet tewas dek taufan daripada majikan atau penyelia. Ada satu-satu masa, rasa diri paling bahagia dalam dunia apabila jumlah bonus diberikan cukup untuk bercuti di London sekaligus selambak pujian majikan tentang projek yang berjaya diselesaikan. Perasan tak?

Itu biasa.

Sepohon pokok yang rendang, ada buah yang elok. Ada yang busuk. Hidup kita juga begitu. Hari ini sedih. Esok bahagia. Senyum dan senyum lagi!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nurul

Maaf, saya baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 1

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Mahu ceria?

Satu Rahsia.
Senyum selalu :)

Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan dan semangat yang luar biasa kepada kita dalam menjalani rutin harian.
Suka saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
--------------------------------------------------------
Buat pengetahuan semua, ini adalah julung kali Pelima Media akan bersama sahabat-sahabat dalam industri buku menyertai acara besar-besaran ini. Teruja, gembira, bersemangat, bersungguh-sungguh serta berdebaq (bak sebutan orang utagha) pun ada. Semuanya berselang seli. Itulah jawapan kepada persoalan mengenai 'tenggelam timbul' kami di laman blog ini.

14764_199948136548_199946086548_3599187_3208493_n


Tenaga kerja yang terhad dengan tugasan yang bertubi-tubi datang tidak sekali-kali memadamkan api semangat yang membara-bara. Semoga api ini tidak memudaratkan, sudahlah. Dengan izin Allah jua, kami akan menerbitkan lebih kurang 5 buah buku baru sebagai persediaan menghadapi Pesta Buku. Nantikan!

Sedikit maklumat mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 :

Tarikh : 19 Mac -28 Mac 2010

Lokasi kami : Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai)

InsyaAllah akan kami kemaskini mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijadualkan sepanjang Pesta Buku berlangsung. Sampaikan maklumat ini kepada ahli keluarga, saudara mara, kenalan dan lain-lain bagi memeriahkan lagi acara gilang-gemilang ini.

Rugi terlepas.

Diskaun yang tinggi ditawarkan oleh kebanyakan kedai buku, pengedar dan penerbit. 20%?30%?40%? Agaknya berapa ya diskaun paling tinggi yang ditawarkan. Rambang mata. Rambang mata.

Lagi-lagi kami yang paling teruja dapat turun padang bertemu dengan pencinta-pencinta buku. Bisa juga bertukar-tukar buah fikiran dan cadangan-cadangan yang boleh dikongsi untuk produk akan datang. Waduh, teruja-uja gitu!


Read more »

Baca@LRT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bagi menyatakan sokongan kami kepada Baca@LRT, kami bawakan laporan penuh dari Facebook Tuan Zamri Mohammad seorang penulis hebat masa kini. Ikuti laporannya :
-----------------------------------------------------------------------------------------






Pada 16 Januari 2010, ia akan menjadi tarikh yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia menjadi satu tarikh yang akan kita ceritakan pada anak-anak yang akan membesar bersama kita. Ia akan menjadi satu tarikh yang kita akan ceritakan pada rakan-rakan kedai kopi pada waktu umur tua kita.

16 Januari 2010 akan menjadi tarikh kita ceritakan pada orang muda generasi sepuluh dan dua puluh tahun akan datang. Inilah satu tarikh kita mengambil keputusan bersama teman-teman lain membawa buku, majalah dan akhbar dan membacanya di dalam LRT.

Ini adalah tanda kita menyokong rakan-rakan kita yang membaca di LRT selama ini. Gerakan rakyat Baca@LRT juga sebagai tanda kita berkata kepada mereka, "Apa yang awak lakukan (membaca) di LRT selama ini adalah sesuatu yang cool!" , "Siapa pun anda, kami menyokong usaha membaca di LRT."

Gerakan Baca@LRT mahu membudayakan aktiviti membaca dalam LRT.

Pada 16 Januari jam 9.45 pagi, kita akan berada di ruang menunggu Terminal Putra LRT, beramai-ramai menaiki LRT dan melakukan aktiviti membaca sehingga tiba di Terminal Kelana Jaya. Berjumpa kita di sana.

Di sini saya sertakan manual gerakan rakyat Baca@LRT. Klik pada foto di bawah yang disusun mengikut langkah demi langkah.










--------------------------------------------------------------------------------------------

Mari sama-sama kita meramaikan aktiviti tersebut bagi menimbulkan suasana minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Harapan kami semoga aktiviti ini mencapai objektif bagi membudayakan tabiat membaca dalam LRT.




Read more »

Buku Pelima Media di Kedai Buku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dua Belas Hari Berlalu Tanpa Berita.

Semoga kesihatan yang baik dan keberkataan Allah terus bersama kita lagi pada hari ini dan seterusnya.

Alhamdulillah tahun baru masihi tiba lagi.

Tahun baru.
Segalanya terasa baru. Ah perasaan itu. Suka bermain-main dengan kita.

Doa saya semoga target tahun 2010 ini sahabat-sahabat berjaya dicapai dengan penat lelah dan daya usaha sendiri. Puas hati!

Baiklah, antara perkembangan terbaru kami yang dapat saya kongsi bersama adalah buku-buku terbitan kami boleh didapati di beberapa kedai buku di sekitar dan Kuala Lumpur.

Antaranya adalah :


Kuala Lumpur

Nufair Street Sdn Bhd
No 22, Jalan Pahang Barat,
53000 Kuala Lumpur.

Selangor

Shah Alam

Kedai Buku Al-Sunnah
No 36, Jalan Bola Tampar,
13/14, Seksyen 17,
40100 Shah Alam, Selangor

Al Fathir Enterprise
01-147C-2, Tingkat 1,
Kompleks PKNS,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Kedai Buku An-Nahli
Lot 01-157, Tingkat 1,
Kompleks PKNS,
Persiaran Tasik,
Seksyen 14,
Shah Alam, 40000 Selangor.

IMG_7058

Kedai Buku Darbaryazi
Kompleks PKNS,
Persiaran Tasik,
Seksyen 14,
Shah Alam, 40000 Selangor.
IMG_7055

Marwilis Publisher & Distributor Sdn Bhd
Lot G-60A & 60B, Tingkat Bawah,
Kompleks PKNS,
Persiaran Tasik,
Seksyen 14,
Shah Alam, 40000 Selangor.

IMG_7063


Hulu Langat

Galeri Buku Syabab
2-03, 2nd Floor
Kompleks PKNS,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Encik Yusoff Bin Ishak
013-2046464


Kelantan

Semua rangkaian Kedai Buku Syarikat Muda Osman (SMO) Sdn Bhd.

Johor

Badan Cemerlang Sdn Bhd
L3.44,
Plaza Angsana,
Pusat Bandar Tampoi,
Johor Bharu,
81200 Johor.

Pustaka Azhar
5B-110(B), Ground Floor,
Larkin Transport Terminal,
Jalan Garuda,
Johor Bharu,
80350 Johor.


Segera dapatkan buku-buku kami dengan wakil-wakil kami di atas!! Bagi yang berminat untuk dapatkan buku kami sebagai jualan sila hubungi talian 016-2099 454. Bersama-sama kita pikul tanggungjawab dalam usaha menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat.

Bagi mereka yang berada di bahagian utara dan timur, InsyaAllah proses perbincangan sedang diusahakan dan jika ada rezeki kami, buku-buku kami juga akan berada di sana. Doakan segalanya berjalan lancar. Terima kasih sahabat!






Read more »

Perang Saraf

PERANG SARAF DALAM LANGKAH-LANGKAH PERJUANGAN

Perang ada dua jenis, perang bersenjata dan perang saraf atau perang psikologi. Perang senjata kian terjadi kini, tubuh manusia menjadi korban. Tetapi perang saraf senantiasa berlaku dan terus berlaku baik secara halus.Yang cedera bukan kaki bukan juga tangan tetapi yang cedera adalah perasaan manusia.

Kesan dari perang senjata dapat kita lihat dengan mata kasar. Tetapi kesan dari perang psikologi hanya dapat dilihat dengan mata hati. Orang yang punya mata hati yang tajam sahajalah yang dapat mengetahui impak dari perang saraf.

Perang senjata tujuannya kepada fizikal. Perang saraf tujuannya tepat pada jiwa. Senjata dari perang saraf tidak dapat dibeli dari material senjata tetapi dapat dikuasai melalui kursus-kursus intensif yang disampaikan oleh pakar-pakar psikologi.
Senjata perang saraf terdapat dalam pemikiran tentera-tenteranya.Senjata perang saraf kalau dibawa tidak memberat dan tiada siapapun yang nampak atau perasan.Tentera perang saraf dapat boleh melalui semua sempadan negara dan negeri juga bingkis rohani mahupun jalur-jalur politik.
inilah istimewanya perang saraf. Keistimewaan ini yang menyebabkan ramai orang minat hendak menjadi tentera perang saraf.Tetapi bukan mudah untuk menjadi tentera perang saraf.Ia memerlukan kemampuan-kemampuan, kelayakan- kelayakan dan keistimewaan semulajadi.Yang dimaksudkan ialah dapat melayakkan diri dalam tugas-tugas perang saraf dan layak diterima oleh mereka yang diperanginya. Yang dimaksudkan dengan keistimewaan semulajadi ialahkecerdasan akal. Wajah seperti telaga di bawah bukit maksudnya wajah yang mempesona, kepintaran mengalis peluru serangan psikologi musuhnya dan dapat mengesan sesuatu disebalik maklumat zahir maksudnya firasat. Rasulullah SAW bersabda, "Takutilah firasat orang-orang Mukmin kerana mereka meandang dengan nur Allah."
Read more »

Video Pelima Media

Kupasan buku Fikh Kerahsiaan Wanita oleh Fauwaz Fadzil di tazkirah@pelima


Kupasan buku Fikh Kerahsiaan Wanita oleh Fauwaz Fadzil di tazkirah@pelima

Fikh Kerahsiaan Wanita oleh penterjemah buku tersebut Ahmad Fauwaz Bin Fadzil
Al-FatihahMenyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan oleh Abdul Shahiid Shafruddin di MHI

Menyingkap Tabir Bahagia oleh Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin di MHI

Read more »