Buku Baru Terbit : Travelog Turki Bumi Khalifah


Nama buku : Travelog Turki Bumi Khalifah
Penulis : Jhaz Kitaro
Harga : RM 45.00
Nombor ISBN : 978-983-44630-7-6
Mukasurat : 288




Menyorot kisah Turki dari kacamata seorang anak muda Melayu..

Turki bukan hanya tanah penyambung antara benua Asia dan Eropah tetapi juga jambatan penghubung zaman Nubuwwah dengan zaman kini. Semboyan Baginda Rasulullah tercipta oleh pendiri Empayar Uthmaniah setelah lebih 800 tahun umat bertarung silih berganti untuk menduduki kota Constantinople. Gelaran Sultan terbaik dan ketumbukan tentera terhebat nyata milik Sultan Uthmaniyah dari generasi ke tujuh. Peristiwa itu menyuntik kesegaran iman, kejernihan iltizam, keterikan rasa bersama yang kukuh. Kini lebih 500 tahun peristiwa itu berlalu, hikmah pengajaran daripada kekuatan silam harus jangan dikesampingankan.




Kita ikuti citra rasa pengembaraan anak Melayu meredah sejarah, memetik hikmah di Bumi Khalifah ini..



Isi kandungan :

Prolog
Hari 1 Istanbul I : Istana Topkapi, Sultanahhmet, Masjid Biru, Hippodrome, Masjid Sokullu Mehmet Pasha.
Hari 2 Istanbul II : Makam Sultan Ahmet, Rumah Mandi Roxelana, Hagia Sophia, Basilica Citern, Makam Sultan Mahmud II, Eminonu, Masjid Yeni, Spice Bazaar, Menara Galata, Masjid Suleymaniye, Grand Bazaar.


Hari 3 Istanbul III : Kiz Kulesi, Masjid Ortakoy, Jambatan Bosphorus, Taksim Square.

Hari 4 Ankara : Turkish Grand National Assembly Building, Zafer Square, Masjid Haci Bayram, Ankara Citadel, Anitkabir, Atarturk Mausoleum.

Hari 5 Konya : Muzium Mevlana, Masjid Alaeddin

Hari 6 Ephesus : Kota Ephesus

Hari 7 Troy : Kota Troy

Hari 8 Bursa : Makam Osman Gazi, & Orhan Gazi, Masjid Ulu, Koza Park, Masjid Orhan Gazi, Koza Han, Makam Hijau, Masjid Hijau, Zafer Plaza.

Hari 9 Edirne : Masjid Selimiye, Masjid Eski, Masjid Uc Serefeli.

Hari 10 Istanbul IV : Turkish Delight, Masjid Rustem Pasha.

Hari 11 Istanbul V : Istana Dolmabahce, Birbindirek Cistern Basilica Cistern.

Hari 12 Istanbul VI : Masjid Eyup Sultan, Makam Abu Ayyub al-Ansari, Valens Aqueduct, Masjid Fatih, Maka, Sultan Muhammad al-Fateh, Masjid Beyazid II, Istanbul University.

Hari 13 Istanbul VII : Hagia Sophia

Epilog



Turki mungkin mempunyai sejarah gemilang, namun belum tentu bangsa Turki yang paling pintar mengambil ibrah daripadanya. Sesiapa sahaja mungkin bangun di atas formula kesolehan dan ketakwaan. Sepertimana hak kempimpinan bukan milik bangsa Arab sahaja, maka ia juga bukan milik mutlak bangsa Turki.

3 comments:

Unknown said...

assalamualikum...
saya tlh berkesempatan membelek buku ini di book store few days ago..suka sangat tapi cash tak cukup nk beli.Insha Allah next week ada peluang pergi ke book store lagi sy akan beli..
buku ini sangat menarik dan beri pengetahuan umum untuk sesiapa yg nk ke turki.ada disertakan gambar yang sangat menarik.tahniah untuk penulis jhaz kitaro..barakallah...

Kelab Rentas Kembara 4x4 Johor said...

saya pernah ke Turki dan sememangnya sgt menarik dan syahdu disana ..buku ni pun dh beli...best!

Rushidah said...

siapa boleh bantu saya nak dapat buku ni? saya search dalam mph online tak ada..

Post a Comment