Pembukaan Pelima Media Sdn. Bhd



Pelima Media Sdn Bhd ditubuhkan pada 9 April 2009 bagi memeriahkan lagi industri penerbitan dan percetakan di Malaysia. Antara aktiviti utama Pelima Media :

1) Penerbitan dan pengedaran buku-buku keagamaan dan motivasi serta CD audio
2) Penganjuran seminar, ceramah dan majlis

Beberapa perkara dan pendekatan diambil kira dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah institusi penerbitan dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Antaranya adalah misi dan dasar editorial serta pendekatan syarikat dalam menjayakan usaha penerbitan ini :

Misi Syarikat
Menyampaikan mesej Islam melalui pelbagai media dalam rangka menyulam kembali nilai dan Memperkasa Tradisi Hidup Para Salafussoleh ke dalam masyarakat dengan :
1) Mengoptimumkan pengunaan sumber kehidupan untuk membentuk nilai diri terbaik pada pandangan Allah SWT.
2) Memperkasa diri insani dengan kemantapan sikap dan kemahiran diri yang tinggi dalam agenda membina kebaikan dan kemajuan
hidup bermasyarakat di dunia.

Dasar Editorial

Demi menjaga kesahihan ilmu dan kemurnian amal, keutuhan kefahaman dan kesejahteraan akhlak Islami, Pelima Media menetapkan dasar editorial kepada sumber ilmu yang jelas dan benar, berpaksikan kepada pegangan majoriti umat Islam iaitu dengan Mazhab Tauhid aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah, Feqah Mazhab Syafie (bermazhab) dan Tasauf Imam Al Ghazali (yang sealiran dengannya).

Pendekatan

Menyampaikan ilmu Islam ke tengah masyarakat melalui :

1) Mesej Islam yang jelas dan mudah difahami oleh masyarakat umum
2) Corak dan gaya persembahan grafik kontemporari yang unik dan menarik.

Demikianlah antara usaha dan rancangan Pelima Media Sdn. Bhd. Semoga usaha, doa dan barakah Allah memudahkan urusan dalam menyampaikan kebaikan, InsyaAllah.