Baca@LRT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bagi menyatakan sokongan kami kepada Baca@LRT, kami bawakan laporan penuh dari Facebook Tuan Zamri Mohammad seorang penulis hebat masa kini. Ikuti laporannya :
-----------------------------------------------------------------------------------------






Pada 16 Januari 2010, ia akan menjadi tarikh yang akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia menjadi satu tarikh yang akan kita ceritakan pada anak-anak yang akan membesar bersama kita. Ia akan menjadi satu tarikh yang kita akan ceritakan pada rakan-rakan kedai kopi pada waktu umur tua kita.

16 Januari 2010 akan menjadi tarikh kita ceritakan pada orang muda generasi sepuluh dan dua puluh tahun akan datang. Inilah satu tarikh kita mengambil keputusan bersama teman-teman lain membawa buku, majalah dan akhbar dan membacanya di dalam LRT.

Ini adalah tanda kita menyokong rakan-rakan kita yang membaca di LRT selama ini. Gerakan rakyat Baca@LRT juga sebagai tanda kita berkata kepada mereka, "Apa yang awak lakukan (membaca) di LRT selama ini adalah sesuatu yang cool!" , "Siapa pun anda, kami menyokong usaha membaca di LRT."

Gerakan Baca@LRT mahu membudayakan aktiviti membaca dalam LRT.

Pada 16 Januari jam 9.45 pagi, kita akan berada di ruang menunggu Terminal Putra LRT, beramai-ramai menaiki LRT dan melakukan aktiviti membaca sehingga tiba di Terminal Kelana Jaya. Berjumpa kita di sana.

Di sini saya sertakan manual gerakan rakyat Baca@LRT. Klik pada foto di bawah yang disusun mengikut langkah demi langkah.










--------------------------------------------------------------------------------------------

Mari sama-sama kita meramaikan aktiviti tersebut bagi menimbulkan suasana minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Harapan kami semoga aktiviti ini mencapai objektif bagi membudayakan tabiat membaca dalam LRT.




0 comments:

Post a Comment