Edaran Secara Individu

Tahniah! Anda Kini Mampu Berniaga Sendiri Secara Bijak!

Gunakan apa yang anda ada sekarang untuk berniaga secara sambilan. Keusahawanan adalah meningkat potensi diri bukan membuang sumber.

Motto yang kami pegang ialah "Memperkasa potensi keusahawanan setiap Muslimin dengan berniaga secara bersahaja di mana saja". Dengan kata lain, setiap dari anda adalah penjana kecemerlangan, keceriaan untuk Iman dan Islam di mana-mana.

Pelima Media mencari pengedar individu untuk buku-buku terbitan Pelima Media di seluruh Malaysia.

Bagaimana? Begini caranya :

1) Buku-buku terbitan Pelima Media dipilih untuk pembelian berserta kuantitinya.

2) Yuran sebanyak RM100.00 bagi melayakkan anda mendaftar sebagai pengedar individu. Anda akan diiktiraf sebagai pengedar berdaftar syarikat.

3) Anda seterusnya layak untuk menikmati diskaun atau potongan harga daripada hasil belian anda.

  • Berikut adalah 2 kaedah yang boleh diteliti

a) Consignment (bayaran dibuat mengikut jumlah buku yang terjual dalam masa 4 bulan)
Kuantiti atas 10 unit : layak mendapat potongan sebanyak 10%
Kuantiti atas 25 unit : layak mendapat potongan sebanyak 20%
Kuantiti atas 30 unit : layak mendapat potongan sebanyak 30%


b) Tunai
Kuantiti atas 10 unit : layak mendapat potongan sebanyak 10%
Kuantiti atas 30 unit : layak mendapat potongan sebanyak 25%
Kuantiti atas 50 unit : layak mendapat potongan sebanyak 40%


5) Hantar pesanan melalui emel ke media@pelima.com.my atau hubungi kami di talian 016-20997746/ 03-89267746

6) Promosi barangan tertakluk kepada kesesuaian dan kebijaksanaan anda, ia boleh jadi secara on-line (melalui blog, laman web atau email) atau off-line (melalui sampel barangan ke perpustakaan, sekolah, masjid dan lain-lain).

*Pemberian nilai diskaun atau potongan harga adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Pelima Media dan boleh diubah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.


Kembali ke laman pengedaran

Read more »

Berminat Mengedar Buku-buku Pelima?

Pilih kategori anda :

1. Individu/kontraktor buku
2. Kedai/pemborong

Rujuk Pengedar Pelima Media, klik sini
Read more »

Video | Pengenalan Fikh Kerahsiaan Wanita

Ikuti penerangan ringkas tentang buku Fikh Kerahsiaan Wanita daripada penterjemah buku tersebut, Ustaz Ahmad Fauwaz Bin Fadzil
Sekiranya berminat untuk menganjurkan kuliah-kuliah agama/perbincangan terutamanya mengenai tajuk Fikah Kerahsiaan Wanita atau tajuk-tajuk yang lain, boleh hubungi beliau di fa_mannah@yahoo.com
Read more »

Baru Terbit | Jalan Selamat Pulang Menuju Allah


Read more »

Ulasan Buku Fikh Kerahsiaan Wanita di Media

Assalamualaikum warahmatullahi wabakatuh,

Untuk rujukan dan sedikit pandangan mengenai buku Fikh Kerahsian Wanita di beberapa sumber :

Utusan Malaysia

Klik imej untuk membaca artikel penuh

Harakah



Klik imej untuk membaca artikel penuh

Berita Harian

Klik imej untuk artikel penuh



Alhamdulillah, semoga ulasan di atas memberi sedikit gambaran mengapa buku ini perlu dimiliki.
Read more »

Buku Baru : Muara Rasa | Himpunan Doa-doa Salafussoleh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Buku ini menghimpunkan doa-doa harian yang bermanfaat sesuai diamalkan oleh setiap peringkat umur. Mengandungi doa :

  • Penubur rezeki
  • Penyembuh penyakit
  • Pelindung dari musuh
  • Penolak bala
  • Kerukunan rumahtangga

Tambahan, sesuai pula untuk dijadikan cenderahati buat tetamu yang bertandang ke rumah sempena majlis undangan mahupun buat teman-teman/orang yang dirai.




Berdoa merupakan aturan bicara secara terus antara hamba dengan Allah. Doa merupakan sunnah para Nabi dan Rasul, juga merupakan amalan para wali dan orang-orang soleh. Orang yang meninggalkan doa menuju jalan kesengsaraan dan kesombongan, juga kerugian dunia dan akhirat.




Hakikatnya, doa merupakan suatu cara manusia menzahirkan kekurangan diri kepada Allah, tersimpula di dalam ikrar bahawa tidak ada kekuatan dan daya kecuali dengan pertolongan Allah. Ia merupakan teras kepada sifat kehambaan insan yang merasakan diri begitu hina dan lemah di hadapan Allah.


Doa juga merupakan pernyataan puji-pujian mtlak kepada Allah, dan menyandarkan seluruh bentuk kebaikan dan kemuliaan hanya kepada Nya sehingga Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud

"Doa iu adalah otak ibadat"


-Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi daripada Anas

Begitu sekali pentingnya peranan doa dalam kehidupan seorang Muslim. Mengabaikan suatu kerugian yang tiada terganti.

Read more »

Salam rindu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga teman-teman, tuan-tuan dan puan-puan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan semangat yang kuat oleh Allah untuk melakukan kerja-kerja harian.


Nampaknya blog Pelima Media sudah lama terbiar berhabuk dan bersawang. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan buat kami untuk terus mengemaskini kembali blog yang lama ditinggalkan atas alasan biasa-kesibukan.



Bersempena awal Muharam yang lepas dan tahun baru yang menjelang tiba, beberapa perkembangan terkini akan dikemaskini sebagai tanda kasih dan sayang kami buat teman-teman yang sentiasa menyokong perjuangan kami dalam menyediakan medium yang terbaik dalam menyampaikan ilmu.

Sumber imej : google.com


Terima kasih yang tidak terhingga dan mohon maaf kerana menyepi terlalu lama tanpa khabar berita buat teman-teman yang dikasihi semua. Semoga Allah jua yang dapat membalas kasih sayangNya terhadap kasih sayang anda buat kami.



InsyaAllah dengan berkat Allah dan semangat yang dikurniakanNya, kami akan sedaya upaya untuk menyediakan info-info yang bermanfaat untuk anda semua. Mohon anda terus menyokong kami.
Read more »

Terbitan Baru : Fikh Kerahsiaan Wanita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Nama buku : Fikh Kerahsiaan Wanita

Penulis : Dr. Saadudun Mus'ad Hilali

Penterjemah : Fauwaz Fadzil

Harga : RM 20.00

Nombor ISBN : 978-983-4463-08-3

Terbit : Julai 2010

Mukasurat : 184


Sinopsis

Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati.

Isi kandungan

Pengenalan :
  • Ketinggian Hak Wanita Di dalam Islam
  • Pengertian Tentang Alat Sulit Wanita dan Sebab Pemilihan Tajuk Ini
  • Kedudukan Faraj Dalam Bentuk Kemuliaan Di Dalam Syariah Islam

Imej dari yip8.devianart.com

1.0 Perbahasan Pertama : Hukum Bersuci, Aurat & Berkhatan Terhadap Faraj Wanita
  • Cecair Faraj Wanita
  • Aurat Faraj Wanita (Hak suami melihat dan menyentuhnya,Hak seorang wanita melihatnya dan melihat kemaluan untuk rawatan)
  • Khatan Wanita

2.0 Perbahasan kedua : Hadas-hadas yang Keluar melalui Faraj

  • Hadas Wuduk disebabkan oleh Faraj Wanita
  • Hadas Junub Berpunca dari Faraj Wanita
  • Hadas dari Darah-darah yang Keluar Dari Faraj Wanita
  • Definisi Nifas dan Keadaankeadaan Wanita Ketika Nifas
  • Hukum-hukum Berkaitan Haid dan Nifas
  • Istihadah dan Permasalahan

3.0 Perbahasan Ketiga : Hukum Bersetubuh, Hukum Bersetubuh ketika Wanita Hamil dan Hukum Azal

  • Hukum Bersetubuh
  • Hukum Berkenaan dengan al-Ghilaah
  • Hukum Berazal (pancutan air mani di luar faraj isteri.

Sumber : google.com

4.0 Perbahasan Keempat : Hukum-hukum yang berkenaan dengan Wanita Hamil

  • Hak-hak Wanita Hamil dari Sudut Syarak
  • Hukum-hukum yang Dipermudahkan dan yang Memuliakan Wanita Hamil
  • Menggugurkan Kandungan

5.0 Perbahasan Kelima : Hukum Melakukan Jenayah ke atas Kemaluan Wanita

  • Jenayah ke atas Kehormatan Wanita
  • Jenayah ke atas Kemaluan Wanita
Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menempati takhta keistimewaanya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyaksikan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat "vital" dalam proses kelangsungan kehidupan manusia sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indikator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat. Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan begitu strategik, Islam memperuntukkan displin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.

Saidatina Aisyah, seorang ikon pejuan kemurniah peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang 'fikh wanita'.

Jelas, buku ini tiadalah mampu menggantikan Saidatina Aisyah dalam merungkai permasalahan wanita, namun buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada di dalam ketetapan syariat Islam, secara tersusun, ringkas tetapi padan. InsyaAllah.

Dapatkan buku ini untuk manfaat bersama..

Read more »

Pengumuman penting!!



Program : Perbincanga buku : “Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan”

Tarikh & Hari : 29 Julai 2010, Khamis


Tempat : Audi A, Kuliyyah of Engineering, IIUM


Penceramah : Ustaz Abdul Shahiid bin Shafruddin, penulis buku “Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan”


Terbuka kepada umum.

Baru-baru ini kita dihidangkan dengan isu sotong yang bernama Paul yang berjaya menilik dan meneka dengan tepat pasukan bola sepak yang akan memenangi setiap perlawanan dalam Piala Dunia 2010. Situasi yang menarik dan mudah, namun secara tidak langsung menguji akidah manusia sebagai seorang Muslim. Jika tidak berhati-hati.


Apa kaitannya dengan surah al-Fatihah?


Bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan mendalami pengertian sebenar surah al-Fatihah yang diulang-ulang setiap hari dalam kehidupan kita, bersama-sama sertai kami di majlis ini. ”
Read more »

Temubual di radio IKIM | Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Didoakan sahabat-sahabat semua sentiasa dirahmati Allah jua, insyaAllah.

Di kesempatan ini, sukacita dikongsikan bersama rakaman temubual Ustaz Zamri bersama penulis buku Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin dan wakil penerbit, Tuan Khairil Syazwan Khalil yang bersiaran pada pukul 9 malam, 6 Mei 2010 yang lalu.
Melalui temubual tersebut, penulis mengambil kesempatan untuk memberi sedikit penerangan mengenai pengisian buku tersebut dan kaedah pengajaran ilmu yang disampaikan melalui penulisannya. Manakala, wakil penerbit berkesempatan memperkenalkan sedikit sebanyak berkenaan penerbitan Pelima Media kepada umum.
Sama-sama kita ikuti temubual tersebut..




atau

Klik sini

Jutaan penghargaan ditujukan kepada Ustaz Zamri, selaku juruhebah dan penerbit Duniaku Buku yang sudi menjemput kami untuk sesi temubual tersebut. Sesungguhnya, ia merupakan satu lagi pengalaman yang hebat!
Read more »

Laporan ke Sri Pentas untuk Slot Buku di MHI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sekian lama menyepi daripada memberi sebarang perkembangan mengenai Pelima Media. Untuk entri kali ini, saya berbesar hati ingin berkongsi pengalaman menarik kami ke Sri Pentas untuk bersiaran dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada 12 Mac 2010 dan 9 April 2010.
Pada 12 Mac 2010, kami ke Sri Pentas untuk menceritakan sedikit kupasan mengenai buku Menyingkap Tabir Bahagia bersama penulis buku tersebut Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin dan Khairil Syazwan Khalil selaku wakil penerbit. Hos MHI pada sesi tersebut adalah Wardina Safiyyah yang teserlah kewibawaannya sebagai hos yang berpengalaman. Bukan sahaja seorang yang ramah, malah petah berkata-kata.
Pada 9 April 2010, sekali lagi kami diberi peluang untuk bersiaran di slot buku MHI dan kali ini kami mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai buku Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan bersama penulisnya iaitu saudara Abdul Shahiid Shafuddin. Hos yang mengendalikan slot pada ketika itu Abby Fana, soalan-soalan yang ditanya oleh beliau dijawab dengan baik oleh penulis. Sekali lagi Abby Fana membuktikan keprofessionalannya sebagai hos dengan mengeluarkan soalan-soalan dan pendapat secara sponan.
Ikuti vidio rakaman di bawah bagi yang tidak sempat mengikuti siaran tersebut tempoh hari.






Sekian dulu untuk entri kali ini..
Read more »

Pesta Buku

Perlis

Tarikh: 21 Apr - 27 Apr
Tempat: Dewan 2020, Kangar

Kelantan

Tarikh: 26 Apr - 2 Mei
Tempat: Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu


Pulau Pinang

Tarikh: 28 Apr - 2 Mei
Tempat: Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang
Masa: 10:30 pagi - 9:00 malam
Read more »

Buku Baru Terbit : Mutiara-mutiara Keimanan

Nama buku : Mutiara-mutiara Keimanan
Penulis : Sheikh Nawawi al-Bantani
Harga : RM 20.00
Nombor ISBN : 978-983-44630-5-2
Mukasurat : 166





Iman

Iman itu sifatnya kadangkala bertambah dan kadangkala berkurang kadarnya pada jiwa manusia. Dalam menghadapi kitaran turun naik iman ini, as-Syeikh Nawawi al-Bantani, dengan bertunjangkan al-Quran dan Hadis Nabawi, menyajikan formula utuh untuk terus memastikan agar Iman itu sentiasa berada di prestasi puncak dengan menghidupkan nilai dan amalan.

Sungguh, kadar iman itu bertambah seiring dengan keseriusan insan membangun dan memelihara seluruh cabang-cabang iman dan nilai iman itu akan menyusut bahkan musnah seiring kealpaan indan membina dan menjaga kesuburan cabang-cabangnya.


Isi kandungan :


Syair bait 1-3 Pendahuluan
Syair bait 4 Penjelasan Umum tentang 77 bahagian keimanan
Syair bait 5 Tentang iman kepada Allah, malaikat, kitab, para nabi & hari kiamat
Syair bait 6 Tentang iman kepada hari kebangkitan, takdir dan peristiwa selepas kiamat
Syair bait 7 Tentang surga dan neraka
Syair bait 8 Tentang cinta, takut, mengharap & tawakkal kepada Allah
Syair bait 9 Tentang mencintai Rasulullah, Mengagungkan darjat kenabiannya dan teguh terhadap agama Islam

Syair bait 10 Tentang mencari ilmu pengetahuan dan mengamalkannya, mengagungkannya al-Quran dan bersuci

Syair bait 11 Tentang solat, zakat, puasa, iktikaf, haji dan jihad

Syair bait 12 Tentang murabathah, tidak lari dari perang dan membahagi ghanimah

Syair bait 13 Tentang kemerdekaan budak, membayar kifarat, menepati janji, bersyukur kepada Allah, menjaga lisan dan farji

Syair bait 14 Tentang amanah, tidak membunuh sesama Muslim, menjauhkan makanan haram & tidak memakan riba

Syair bait 15 Tentang menggunakan pakaian, perhiasan dan perkakasan emas, perak dan sutera, menjauhkan diri dari permainan yang diharamkan & menafkahkan harta dengan adil

Syair bait 16 Tentang iri hati dan tidak menyakiti orang lain

Syair bait 17 Tentang ikhlas, gembira dalam beribadah dan bersedih hati akan dosa dan taubat kepada Allah

Syair bait 18 Tentang menyembelih haiwan korban, akikah, memberikan hadiah & mentaati ulil amri

Syair bait 19-20 Tentang berpedoman kepada jemaah Muslimin, berhukum secara adil, Amar Makruf Nahi Munkar & tolong menolong dalam takwa
Syair bait 21 Tentang malu kepada Allah, berbaik kepada ibu bapa, menyambung tali silaturrahim & berakhlak mulia

Syair bait 22 Tentang bersikap baik kepada pembantu dan taat kepada majikan

Syair bait 23 Tentang kewajipan suami dan keluarga

Syair bait 24 Tentang mencintai ulama, salam, ziarah orang sakit & solat jenazah

Syair bait 25 Tentang mendoakan orang bersin dan menjauhkan diri daripada orang-orang yang berbuat kerosakan

Syair bait 26 Tentang menghormati jiran, tetamu & menutup aib sesama Muslim

Syair bait 27 Tentang sabar, zuhud, ghirah, menjauhkan diri daripada perkataan buruk dan bersikap dermawan

Syair bait 28 Menghormati orang yang tua dan mengasihi yang muda serta mendamaikan perseteruan sesama Muslim

Syair bait 29 Tentang mencintai orang lain & kesimpulan Hadis Empat Puluh

Syair bait 30 Penutup




Jika engkau memiliki Iman,
maka engkau telah memiliki segala-galanya,
namun jika engkau kehilangan Iman,
engkau telah hilang segala-galanya.
~al-Hukamak~
Read more »

Buku Baru Terbit : Travelog Turki Bumi Khalifah


Nama buku : Travelog Turki Bumi Khalifah
Penulis : Jhaz Kitaro
Harga : RM 45.00
Nombor ISBN : 978-983-44630-7-6
Mukasurat : 288




Menyorot kisah Turki dari kacamata seorang anak muda Melayu..

Turki bukan hanya tanah penyambung antara benua Asia dan Eropah tetapi juga jambatan penghubung zaman Nubuwwah dengan zaman kini. Semboyan Baginda Rasulullah tercipta oleh pendiri Empayar Uthmaniah setelah lebih 800 tahun umat bertarung silih berganti untuk menduduki kota Constantinople. Gelaran Sultan terbaik dan ketumbukan tentera terhebat nyata milik Sultan Uthmaniyah dari generasi ke tujuh. Peristiwa itu menyuntik kesegaran iman, kejernihan iltizam, keterikan rasa bersama yang kukuh. Kini lebih 500 tahun peristiwa itu berlalu, hikmah pengajaran daripada kekuatan silam harus jangan dikesampingankan.




Kita ikuti citra rasa pengembaraan anak Melayu meredah sejarah, memetik hikmah di Bumi Khalifah ini..



Isi kandungan :

Prolog
Hari 1 Istanbul I : Istana Topkapi, Sultanahhmet, Masjid Biru, Hippodrome, Masjid Sokullu Mehmet Pasha.
Hari 2 Istanbul II : Makam Sultan Ahmet, Rumah Mandi Roxelana, Hagia Sophia, Basilica Citern, Makam Sultan Mahmud II, Eminonu, Masjid Yeni, Spice Bazaar, Menara Galata, Masjid Suleymaniye, Grand Bazaar.


Hari 3 Istanbul III : Kiz Kulesi, Masjid Ortakoy, Jambatan Bosphorus, Taksim Square.

Hari 4 Ankara : Turkish Grand National Assembly Building, Zafer Square, Masjid Haci Bayram, Ankara Citadel, Anitkabir, Atarturk Mausoleum.

Hari 5 Konya : Muzium Mevlana, Masjid Alaeddin

Hari 6 Ephesus : Kota Ephesus

Hari 7 Troy : Kota Troy

Hari 8 Bursa : Makam Osman Gazi, & Orhan Gazi, Masjid Ulu, Koza Park, Masjid Orhan Gazi, Koza Han, Makam Hijau, Masjid Hijau, Zafer Plaza.

Hari 9 Edirne : Masjid Selimiye, Masjid Eski, Masjid Uc Serefeli.

Hari 10 Istanbul IV : Turkish Delight, Masjid Rustem Pasha.

Hari 11 Istanbul V : Istana Dolmabahce, Birbindirek Cistern Basilica Cistern.

Hari 12 Istanbul VI : Masjid Eyup Sultan, Makam Abu Ayyub al-Ansari, Valens Aqueduct, Masjid Fatih, Maka, Sultan Muhammad al-Fateh, Masjid Beyazid II, Istanbul University.

Hari 13 Istanbul VII : Hagia Sophia

Epilog



Turki mungkin mempunyai sejarah gemilang, namun belum tentu bangsa Turki yang paling pintar mengambil ibrah daripadanya. Sesiapa sahaja mungkin bangun di atas formula kesolehan dan ketakwaan. Sepertimana hak kempimpinan bukan milik bangsa Arab sahaja, maka ia juga bukan milik mutlak bangsa Turki.

Read more »

Pengumuman!

Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sama-sama kita memahami sedikit maklumat mengenai buku al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan bersama penulis buku tersebut, abdul Shahiid Shafruddi pada Hari Jumaat 9 April 2010 pada jam 7.15 pagi.


Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: 22 - 28 Mac 2010

Bersambung lagi..























































































Dan kunjungan istimewa daripada 2 orang jaguh..









Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: Promosi!Promosi!

Mari membeli belah di Sufi Cube sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 dan jangan lepaskan untuk nikmati pomosi hebat kami!
Diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada setiap pembelian buku di booth Pelima Media dan penanda buku yang menjadi pilihan anda sebagai cenderahati daripada kami.

Nikmati juga diskaun sehingga 25% dengan pembelian "Pakej Instrumen Asas Menghidupkan Kembali Peranan Hati" seperti berikut :

Klik imej untuk pembesaran

Klik imej untuk pembesaran

Sila rujuk 1 set buku yang diikat reben di hujung sebelah depan meja yang dipenuhi buku. Itu adalah contoh promosi untuk 1 set buku - 8 buah buku pilihan dengan harga RM 165. Harga asal adalah RM 207.


Kami nantikan kedatangan anda di Sufi Cube, Ok? Sekian buat masa ini, terima kasih.
Read more »