Keputusan rasmi pemenang Pertandingan Menulis Cerpen Islam dengan tema " Ya Rasul Allah, aku rindu padamu "

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga semua sahabat dan kenalan sentiasa bersama rahmat dan barakah Allah. Amin
Selawat ke atas junjungan Nabi kekasih Allah Sayyidina Muhammad SAW bersama-sama.

Seperti yang sedia maklum, pada bulan Mac yang lepas Pelima Media telah menganjurkan aktiviti Pertandingan Menulis Cerpen Islam dengan tema "Ya Rasul Allah, aku rindu padamu".


Alhamdulillah, dan syukur penyertaan daripada orang ramai terhadap aktiviti ini sangat luar biasa dan ternyata bakat-bakat yang ada agak memeningkan kepala para juri untuk memilih mereka yang terbaik antara yang terbaik sebagai pemenang.


Pesanan dan sedikit nasihat buat mereka yang belum ada rezeki bergelar pemenang, jangan sia-siakan bakat anda. "Teruskan perjuangan dakwah melalui penulisan dan kekreatifan anugerah Allah buatmu!"

Berikut adalah keputusan rasmi pemenang Pertandingan Menulis Cerpen Islam dengan tema "Ya Rasul Allah, aku rindu padamu" :





Pemenang pertama :
Memenangi wang tunai RM 500


Nama : Siti Nor Aishah binti Yazid
Tajuk Cerpen : Pesona Sebuah Cinta



Pemenang kedua :
Memenangi wang tunai RM 300


Nama : Badariah binti Arbain


Tajuk Cerpen : Gugusan Rindu
Emel : diahkejora_81@yahoo.com.my , badariaharbin@gmail.com


Pemenang ketiga :

Memenangi wang tunai RM 100


Nama : Nur Afiqah binti Rosali
Tajuk Cerpen : Saviour of Society



10 pemenang saguhati :

Memenangi wang tunai RM 50 setiap orang



  1. Wan Jumanatunnailiah binti Wan Mohd Shaghir


  2. Wardatul Janah binti Fajar


  3. Muhammad Ghazali bin Mohd Ros


  4. Amerull Zaihiril Edham bin Abd Wahab


  5. Syazleen binti Razak


  6. Abdul Wahid bin Abdul Rahman


  7. Iqbalsyarie bin Shaari


  8. Ummul Barakah


  9. Siti Nor Izliana binti Nordin


  10. Nur Anis binti Abd Halim

Tahniah! Pihak kami akan menghubungi semua pemenang untuk sesi penyampaian hadiah. Klik sini untuk info lanjut.



Kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam penyertaan pertandingan ini juga dijemput untuk memeriahkan majlis penyampaian hadiah ini kerana ada sedikit cenderahati disediakan sebagai tanda penghargaan kami kepada semangat dan usaha anda. Klik sini untuk info.




Sekian, terima kasih.
Read more »

Sepintas lalu : Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah ?



Assalammualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara nikmat yang diberiNya. Alhamdulillah.

InsyaAllah, kami dalam proses penerbitan buku terbaru dari seorang ulama Melayu yang berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di Fakulti Teologi Oxford. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK). Beliau yang kami maksudkan ialah Dr Afifi Al Akiti. Untuk maklumat lanjut tentang beliau , boleh klik sini.

Karya beliau merupakan satu hadaman baik untuk masyarakat Malaysia yang kian keliru tentang permasalahan amalan orang hidup untuk arwah.

Banyak khilaf yang terjadi dalam masyarakat kita kini. Ada yang mengatakan amalan orang hidup sudah semestinya akan sampai kepada arwah dan ada juga yang mengatakan sebaliknya.

Rentetan itulah, kami berharap dengan terbitnya buku kecil yang serba lengkap lagi melengkapi ini, akan dapat memberi pencerahan kepada mereka yang mencari jawapan tuntas dalam permasalahan ini mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyairah wal Maturidiyah).

Dapatkan buku karya Dr Afifi Al Akiti ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang akan bermula pada Jumaat (22.04.11) minggu ini hingga Ahad (1.05.11) , insyaAllah.

Moga-moga buku ini dapat menjernihkan fikiran masyarakat yang kusut dengan pandangan-pandangan khilaf , insyaAllah :)
Read more »

Pengumuman Pemenang Pertandingan Cerpen Islami Anjuran Pelima Media

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Didoakan semoga anda semua sentiasa bersama rahmat Allah. Amin


Makluman kepada semua peserta Pertandingan Cerpen Islami Anjuran Pelima Media dengan tema ' YA RASUL ALLAH AKU RINDU PADAMU'


Alhamdulillah, pihak Pelima Media telah mengenalpasti pemenang untuk pertandingan ini. Pemenang akan dihubungi secara peribadi oleh pihak kami. Walau bagaimanapun, nama pemenang akan disiarkan di laman blog ini dan laman Facebook Pelima Media sebagai rujukan pada hari rabu 20 April 2011 ini.


Acara penyampaian hadiah akan diadakan di tempat dan masa seperti berikut :


Tempat : Bilik Kedah

Tarikh : 23 April 2011

Masa : 2.00-4.00 petang


Untuk makluman, pada masa yang sama diadakan satu program bedah buku Fikh Kerahsiaan Wanita. Peserta boleh rujuk sini untuk atucara majlis.


Perhatian juga kepada semua peserta yang telah menghantar penyertaan cerpen untuk hadir sama ke majlis tersebut untuk menuntut cenderahati sebagai tanda penghargaan kerana menyertai kami.


Sekian, terima kasih.
Read more »

Aktiviti di booth Pelima Media pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Aktiviti di booth D55-57, Aras 1, Dewan Tun Razak, PWTC

  1. Sembang-sembang Tasawwuf

    Bersama Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin pada


    Tarikh : 24 & 27 April 2011


    Masa : 11 pagi-5 petang


    Bersama Sheikh Dr. Muhammad Afifi al-Akiti pada


    Tarikh : 23 April 2011


  2. Klinik Fikh bersama penulis buku Fikh Kerahsiaan Wanita, Ustaz Fauwaz Fadzil

    Tarikh : 24 & 30 April 2011


    Masa : 11.30pagi-1.00petang


  3. Gig Selawat dan qasidah Bersama Hijjaz, Rabbani, UNIC, & geng Mawlid (Amir Munawer dan kumpulan-kumpulan Qasidah).

  4. Interaksi Bloggers Islam

  5. Ramah mesra bersama penulis
Masa : Sabtu dan Ahad

Penulis buku Tunjuk Langit Cinta : Puan Shahrizad Shafian

Penulis buku Makna Sebuah Kehidupan : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin

Penulis buku Fikh Kerahsiaan Wanita : Ustaz Fauwaz Fadzil

Penulis buku al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran : Ustaz Abdul Shahid Shafruddin

Read more »

Aktiviti Bedah Buku dan Klinik Fikh Kerahsiaah Wanita di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011



Bedah Buku dan Klinik Fikh Kerahsiaan Wanita

Hari : Sabtu
Tarikh : 23 April 2011
Tempat : Bilik Kedah
Masa : 2.00-4.00 petang
Penyampai : Ustaz Fauwaz Fadzil, penulis buku Fikh Kerahsiaan Wanita
Atucara :

2.00-2.10 petang : Ketibaan hadirin

2.10-2.15 petang : Kata-kata aluan pengerusi majlis

2.15-2.45 petang : Pengisian oleh Ustaz Fauwaz Fadzil

2.45-2.50 petang : Soalan dibuka

2.50-3.20 petang : Pengisian oleh Ustaz Fauwaz Fadzil

3.20-3.35petang : Soal jawab dibuka

3.35-4.00 petang : Penyampaian Pertandingan Menulis Cerpen Islami

4.00 petang : Sessi menandatangani buku


Jualan buku berlangsung sepanjang program dijalankan di luar Bilik Kedah.
Read more »

Aktiviti Pentas Utama Pelima Media di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Acara Pentas

Makluman : Persembahan Qasidah tidak dapat diadakan akibat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Hari : Sabtu

Tarikh : 24 April 2011
Masa : 2.00-3.00 petang
Acara : Pelancaran buku 'Sampaikah Amalan Orang Hidup Untuk Arwah' karya Shaykh Dr. Afifi al-Akiti dan ' Memahami Persoalan Bidaah' karya Ustaz Fauwaz Fadzil

Perasmi : Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dato' Wan Mohammad bin Dato' Sheikh Abd Aziz

Hari : Sabtu

Tarikh : 30 April 2011
Masa : 11.00-12.00 pagi

Acara : Pelancaran buku '40 Hadis Nabi '
Read more »

Mahabbah Rasulullah : Abu Talib , bapa saudara Rasulullah .

Segala pujian hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Selawat dan salam yang tidak pernah terputus kepada Nabi Muhammad saw , kaum keluarga serta para sahabatnya.

Rentetan untuk kita menggapai Mahabbah Rasulullah yang akan menjadi wasilah kepada kita untuk meraih cinta dan redha Allah SWT, kita harus dahulu mengenal dan menyayangi orang-orang yang dikasihi baginda.

Pada pos kali ini, Pelima Media mahu berkongsi serba serbi tentang keimanan Abu Talib , bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang amat mengasihi baginda.


Acapkali apabila ditanya kepada umum tentang keimanan Abu Talib, ramai akan mengatakan bahawa Abu Talib bukan mukmin.
Namun, fakta ini tidak benar sama sekali.
Kami akan kongsikan bersama agar dengan input ini, kita dapat menjauhkan diri kita daripada menyakiti Nabi Muhammad saw dengan menyakiti orang yang dikasihi baginda.

Dan sebelum kita bercerita lebih lanjut, mari kita betulkan fahaman kita sebentar :)

Diriwayatkan dari Al-Thabrani dan AL- Thabrani dan Al-Baihaqi, bahawa anak perempuan Abu Lahab (saudara sepupu Nabi saaw ) yang bernama Subai’ah yang telah memeluk Islam datang ke Madinah sebagai salah seorang Muhajirin, seseorang berkata kepadanya : “Tidak cukup hijrahmu ini kesini, sedangkan kamu anak perempuan kayu bakar neraka” (menunjuk surah Allahab). Maka ia sakit mendengar kata-kata tersebut dan melaporkannya pada Rasulullah SAW. Mendengar laporan sedemikian rupa, Rasulullah menjadi murka dan baginda naik di atas mimbar dan bersabda:

Apa urusan suatu kaum menyakitiku, baik dalam nasabku (salahsilahku) mahupun sanak saudaraku. Barang siapa menyakiti nasabku serta sanak kerabatku, maka telah menyakitiku dan barang siapa yang menyakitiku, maka dia menyakiti Allah SWT. "


Berbalik kepada kisah keimanan Abu Talib yang dikatakan kafir. Namun, sebelum itu ada beberapa soalan ;

1. Sekiranya anda mengatakan Abu Talib itu seorang kafir, mengapa beliau mempunyai pendirian yang sangat kuat terhadap agama yang dibawa oleh anak saudaranya, Nabi Muhammad SAW ?

2. Sekiranya Abu Talib itu kafir adakah beliau akan secara sukarela dan berhempas pulas membela prinsip pendirian agama Nabi Muhammad sedangkan itu amat bertentangan dengan 'agamanya' ?


“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya (mengutuknya) didunia dan diakhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan (Q.S. 33:57)”.

“Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih(Q.S. 9:61)

**
Abu Talib memang tidak menyatakan keimanan beliau di hadapan umum kerana sekiranya beliau berbuat demikian, maka kuasa beliau untuk membela Nabi Muhammad pasti tidak utuh.

Sebaliknya , beliau menyembunyikan keimanan agar kaum Musyirikin tidak merasakan Abu Talib sebagai seorang yang harus dimusuhi. Dengan demikian, kewibawaan Abu Talib dalam kaca mata tokoh-tokoh Quraisy akan kekal sebagai seorang yang dihormati dan disegani.
Justeru, beliau dapat menekan perlawanan mereka (Quraisy) terhadap Rasulullah SAW.
Memang pada zahirnya, Abu Talib tampak seagama dengan mereka tetapi apa yang tersemat didalam hati beliau hanya Allah yang tahu.

Setiap mukmin pasti tidak dapat menafikan bantuan yang telah dihulurkan oleh Abu Talib untuk Rasulullah dan juga para sahabat baginda. Abu Talib memainkan peranan besar dalam melindungi dan membela agama Islam. Dek kerana itu, beliau sanggup menghadapi sebarang kesulitan demi melindungi anak saudara yang dikasihinya.

Sekarang ada lagi soalan:
Setelah Abu Talib menunjukkan pengabdian dan jasa-jasa beliau terhadap perkembangan syiar Islam adakah beliau wafat sebagai kafir atau musyrik tanpa ada sedikitpun iman di dalam hatinya ?

Terdapat satu kisah dimana Nabi Muhammad SAW ditomah oleh Arab Quraisy apabila baginda mengajak Arab Quraisy untuk beriman kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Arab Quraisy berkata: " Hai Muhammad, adakah engkau mahu membuat tuhan-tuhan yang banyak menjadi satu ? Sungguh aneh! " .

Mereka kemudian berkata sesama sendiri: "Dia (Nabi Muhammad SAW) tidak akan dapat memberikan sesuatu yang kita inginkan. Marilah kita terus bertahan terhadap agama nenek moyang kita."

Abu Talib pada ketika itu, berada di tempat yang sama dan beliau berkata: "Anakku, demi Allah, aku berpendapat permintaanmu itu tidak berlebih-lebihan!" .

Ucapan Abu Talib ini membuatkan baginda Nabi Muhammad SAW berfikir bahawa bapa saudaranya sudah bersedia untuk mengucap kalimah syahadah.

Justeru, baginda berkata: " Bapa saudaraku, ucapkanlah kalimat itu (syahadah). Dengan kalimat itu, akanku mohonkan syafaat kepada Allah untukmu."

Dengan suara yang terputus-putus, Abu Talib menjawab: " Anakku, demi Allah, kalau bukan kerana aku khuatir orang Quraisy akan mencemuhku tentu kalimat itu sudah kuucapkan."

Secara ringkasnya, ada beberapa alasan untuk menyingkirkan salahfaham terhadap keimanan Abu Talib.

1. Abu Talib menolak dan tidak membenarkan kaum musyrikin Quraisy menyakiti Nabi Muhammad bahkan beliau mendukung, membenarkan , membela dan melindungi dakwah tauhid yang diperintahkan Allah kepada RasulNya, Nabi Muhammad SAW.

2. Abu Talib membela prinsip tauhid dan para penganutnya sehingga beliau perlu menghadapi tentangan yang kuat sepertimana yang dihadapi oleh orang yang menyatakan keimanan.

3. Abu Talib tegas menyatakan Nabi Muhammad SAW tidak berdusta dan membenarkan semua yang dikatakan oleh baginda SAW.






Demikianlah serba sedikit perihal keimanan Abu Talib. Sekiranya saudara dan saudari berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh dapatkan buku Riwayat Kehidupan Nabi Besar SAW di booth kami sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan datang !








Sesungguhnya, janganlah kita menyakiti hati Nabi Muhammad SAW dengan menyakiti hati ahli keluarga baginda. Bagindalah, pengharapan kita di Akhirat kelak. Bagindalah yang akan memberi syafaat di Akhirat kelak.

Justeru, mari kita bersama menuju Mahabbah Rasulullah untuk mendapat cinta dan redha Allah .

Sekian.
Read more »

PBAKL 2011 | Bicara buku : Fikh Kerahsiaan Wanita bersama Ustaz Fauwaz Fadzil

Anda tanya, ustaz jawab. Macam pernah dengarkan?

Insya Allah bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, kita berkesempatan pengunjung berpeluang menyertai sebuah majlis ilmu yang membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan faraj wanita di mana ia sering menjadi keraguan di kalangan wanita khususnya.



"Apakah hukumnya sekiranya mandi wajib yang disebabkan haid (hadas besar) selepas sahur pada bulan Ramadhan? Adakah puasa pada hari tersebut diterima?"


"Adakah sah solat saya sekiranya berada dalam keraguan mengenai sesuatu yang keluar melalui faraj sebelum menunaikan solat?"


"Apakah hukum bagi wanita berhadas besar/haid menziarahi mayat?"


Di sini ada jawapannya. Berikut adalah butir-butir aktiviti :


Tempat : Bilik Kedah & Johor (bersebelahan Dewan Tun Hussein Onn, belakang kedai Arini)

Tarikh : 23 April 2011 (catatkan dalam kalendar anda)

Masa : 2-4 petang

Penyampai : Ustaz Fauwaz Fadzil

Bayaran masuk : PERCUMA!


Insya Allah, kita doakan semoga majlis ilmu ini diberkati Allah dan bermanfaat dan semoga amal ibadah kita selama ini diterima Allah. Amin
Read more »

Mari Kita Berselawat bersama MMU Berselawat !

MMU Berselawat.
Tarikh: 12 April 2011
Tempat: Surau Al Hidayah, Cyberjaya
Masa: 7:00pm - 10:30pm
Tema: Mahabbah Rasulullah SAW
Panel: As-Syarif Syeikh Yossef Muhiddin Req el-Bakhur el-Hasani

Mari kita ramai-ramai pergi memeriahkan majlis tersebut.
Moga-moga dapat membenihkan rasa cinta
terhadap kekasih Agung, Nabi Muhammad SAW.
Read more »

Semarakkan Mahabbah Rasulullah

Mari kita semarakkan Mahabbah Rasulullah.
Moga-moga dengan mencintai Rasulullah saw akan menjadi wasilah
untuk kita menggapai redha Allah swt.

Read more »

Di mana Pelima Media di PBAKL 2011?


Tarikh :

22/4/2011 - 1/5/2011

Masa :

10 pagi - 8 malam (Isnin-Jumaat)

10 pagi - 9 malam (Sabtu & Ahad)


Tempat :

D55-D57, Dewan Tun Razak, Hall 3, PWTC, Kuala Lumpur

(naik escalator ke tingkat 2 dan menuju ke pintu masuk utama. Dari pintu masuk utama, booth kami terletak di bahagian belakang seperti yang ditunjuk dalam imej di atas)


Masuk adalah percuma!
Read more »

PBAKL 2011?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam rindu buat sahabat semua. Didoakan anda semua sentiasa bersama rahmat Allah. Amin
Perkhabaran gembira ini ditujukan buat seluruh warga Malaysia umumnya mengenai PBAKL 2011 yang menjelang tiba. Sungguhpun, tidaklah berita ini kedengaran di TV mahupun radio Pelima Media tetap bersemangat untuk sampaikan berita ini kepada anda yang sentiasa setia bersama perjuangan kami dalam menybarkan ilmu yang bermanfaat. Ia adalah berkenaan ..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

PBAKL 2011 adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang merupakan acara tahunan yang berlangsung secara besar-besaran di tanahair. Pelima Media juga akan menyertai acara gemilang ini bagi mengambil peluang untuk bertemu dengan masyarakat yang cintakan buku dan dahagakan ilmu.


Berikut merupakan sedikit maklumat PBAKL 2011 dan booth kami yang boleh dikongsikan bersama :


Tarikh :

22/4/2011 - 1/5/2011
Masa : 10 pagi - 8 malam (Isnin-Jumaat) 10 pagi - 9 malam (Sabtu & Ahad) Tempat : D55-D57, Dewan Tun Razak, Hall 3, PWTC, Kuala Lumpur klik sini Masuk adalah percuma!

Bawa keluarga dan kenalan anda kerana banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur dan peserta PBAKL 2011. Pelima Media turut sama menyediakan aktiviti-aktiviti menarik buat pengunjung sebagai hadiah tanda penghargaan atas sokongan kepada kami.


Untuk mengemaskini aktiviti anjuran Pelima Media yang akan dijalankan, klik sini.


Insya Allah, Pelima Media akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pengunjung PBAKL 2011 pada kali ini.




Sedikit pengalaman yang boleh dikongsikan sepanjang penyertaan kami kali pertama pada tahun lepas di PBAKL 2010, masya Allah rakyat malaysia sangat menakjubkan. Siapa kata masyarakat kita tidak suka membaca? Kepada mereka yang tidak berkesempatan ke Pesta Buku, ambil peluang ini untuk merasai perasaan yang luar biasa rakyat Malaysia yang sebenarnya.


Sekiranya, kita telah bertemu pada PBAKL 2010 yang lalu dan tidak sempat berkenalan, jadikan PBAKL 2011 sebagai tempat kita menjalinkan ukhwah itu dan saling bertukar ilmu dan berita.

Read more »

Sabtu ini : MAULIDUR RASUL DAN MAJLIS HAUL SYEIKH ABDUL QADIR AL JAILANI

Mari ramai-ramai kita pergi :)
Read more »

Ziarah Ulama Pelima Media bertemu Syeikh Yusof al Hasani dan Habib Ali Zainal Abidin









Assalammualaikum.

Semalam tanggal 3 April 2011 di Kemensah Heights, Ampang telah diadakan satu majlis bersama Syeikh Yusof al Hasani. (boleh rujuk disini) dan Habib Ali Zainal Abidin.

Majlis tersebut dihadiri ramai orang sehinggakan tidak cukup ruang untuk duduk. Namun, kesungguhan para hadirin untuk bersama keturunan Rasulullah tidak mengendahkan hal itu.

Majlis dimulakan dengan sedikit taklimat yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin.
Beliau mensyarahkan tafsir serba sedikit intipati Surah Yusof.

Setelah itu, Syeikh Yusof Al Hasani meneruskan majlis dengan memberi sedikit ceramah berkenaan mahabbah.

Seusai ceramah, alunan qasidah yang diketuai oleh Ustaz Razak mula kedengaran.
Tamat sahaja qasidah, hadirin semua solat isyak berjemaah dengan Syeikh Yusof yang diimamkan oleh Habib Ali Zainal Abidin ..

Syeikh Yusof juga sempat memberi ijazah membaca al Fatihah yang bersanad terus daripada Rasulullah saw.
Hadirin semua menyebut "qabiltu" apabila Syeikh Yusof selesai membaca sanad ijazah tersebut.

Majlis ditamatkan dengan jamuan ringan yang disediakan.


Habib Ali sedang memberi ceramah :)

Syeikh Yusof :)

Bersalaman dengan Syeikh Yusof.

Moga kehadiran mereka di bumi Malaysia ini akan membawa seribu satu rahmat dan berkat kepada kita warga Malaysia.

Sekian ..




Read more »

Pesta Buku 2011 Bangi | Jom Beli Buku dan Jimatkan Wang Anda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, perkhabaran berita gembira buat warga Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan sekitarnya. Pesta Buku 2011 sedang berlangsung sekarang di Ruang Legar, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Acara yang diuruskan oleh Galeri Buku Syabab dan dianjurkan oleh MPP 23 dan Bangi Bandar Ilmu telah mendapat sambutan yang luar biasa tahun lepas. Alhamdulillah, rentetan daripada sambutan hangat itu, orang ramai kini berpeluang berkunjung acara tersebut lagi pada tahun ini. Semoga info ini bermanfaat untuk semua.
Isabella, novel terbaru terbitan Pelima Media



Datang bawa seisi keluarga, lagi meriah!
Read more »

Awesome Islamic Photo Challenge


Pertandingan Foto Islami


Tema : Bebas


Kriteria : foto individu, sekumpulan orang, binatang/ serengga, pemandangan, bangunan, dan lain-lain yang boleh dikaitkan dengan mesej Islami mengikut kekretivitian anda.


Tarikh penyertaan : 1/4/2011 – 1/5/2011


Metod penyertaan




2. ‘Like’ Fan Page pelimamedia


3. Upload/ muatnaik foto anda di pelimamedia Facebook Wall dengan disertai butiran berikut :


a. Nama anda

b. Tema foto

c. Mesej


*Hanya penyertaan yang mempunyai butiran yang lengkap sahaja diterima. Terima kasih atas kerjasama anda.

Metod undi bagi mereka yang ingin mengundi

1. Lawati www.facebook.com/pelimamedia

2. ‘Like’ Fan Page pelimamedia

3. Klik album gambar bertajuk ‘Pertandingan Foto Islami’


4. Pilih gambar pilihan dan tekan butang ‘like’. Undian ‘like’ di fan photo tidak dikira.

*Undian bermula daripada 21/3/2011 sehingga 21/5/2011 tepat jam 11.59pm


5. Setiap orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, dan seluruh kenalan boleh mengundi foto anda. Sebarkan dan maklumkan kepada mereka mengenai keistimewaan dan keunikan foto anda.


* Bagi memudahkan kenalan melihat foto anda, klik ‘share’ di bahagian foto anda di dalam album ‘Pertandingan Foto Islami’ dan bukan di dalam album fan photo.


Hadiah pemenang :


1 foto yang mendapat undian tertinggi akan memenangi wang tunai sebanyak RM 100 + novel Isabella.


Manakala


10 foto yang mendapat undian kedua sehingga kesepuluh tertinggi akan mendapat novel Isabella.


Berita baik untuk semua peserta:


Foto-foto anda akan disimpan oleh Pelima Media dan berpeluang menjadi cover depan buku-buku yang bakal diterbitkan kami. Sekiranya foto anda terpilih, nama anda akan diberi kredit di helaian pertama buku.


Syarat-syarat penyertaan :


1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia


2. Pemenang dipilih mengikut undian ‘like’paling tinggi


3. Pelima Media mempunyai hak ke atas foto-foto yang dihantar sebagai penyertaan


4. Pelima Media akan mengumumkan pemenang pada 30 Mei 2011 Isnin di pelimamedia Facebook Wall. Keputusan adalah muktamad


5. Pemenang akan dihubungi Pelima Media untuk pemberian hadiah. Mohon perhatian kepada semua peserta untuk menyemak keputusan pertandingan pada 3 Mei 2011 di www.facebook.com/pelimamedia


Sekiranya ada pertanyaan, boleh emel soalan anda di media@pelima.com.my ataupun di www.facebook.com/pelimamedia




Read more »

Video | Surah Al-Fatihah

Sekadar selingan di hari Selasa ini



Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim meyakini bahawa al-Fatihah merupakan sebuah manhaj atau gaya hidup yang sesuai dengan apa yang Allah perintahkan. Tidak hairanlah jika surah yang hanya terdiri daripada 7 ayat ini diulang sebanyak 17 kali sehari dalam mempersembahkan ibadah yang paling penting iaitu solat.

Al-Fatihah adalah pembuka al-Quran yang sangat Agung. Maka, ia juga adalah pembuka kepada minda manusia yang memerlukan kebenaran. Ia juga pembuka kepada hati yang memerlukan perlindungan, belaian kasih sayang dan pengisian yang menyegarkan.
Read more »

Baru Terbit | Isabella

Sebuah novel klasik yang pernah tampil buat pertama kalinya di khalayak pembaca di Malaysia lebih 20 tahun lalu. Kini tampil semula menemui generasi baru, anak-anak kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang pernah mendapat suntikan inspirasi daripada kisah perjuangan Isabella mencari dan mendakap erat kebenaran Islam.


Nama buku : Isabella

Penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Penterjemah : Dato' Abdullah bin Hussain

Harga : RM 16.00

Nombor ISBN : 978-967-5999-02-4

Terbit : Februari 2011

Mukasurat : 271

Isabella | Kiblat hidup Isabella adalah kebenaran dan itulah yang menjadi buruannya. Menjadi puteri kepada ketua paderu besar Cordoba tidak menumpulkan kepekaannya untuk menangkap "signal-signal" kebenaran hakiki. Ikuti kisahnya hidupnya, dilimpahi hidayah dan bertemu Islam sebagai suatu cara hidup yang mengisi puas akal dan jiwa manusianya. Dia peruntukkan hidup dan matinya demi keyakinannya. Suatu hadiah bergarga untuk pencinta Islam dan kedamaian ..
Read more »

Video | Tazkirah@pelima : Fikh Kerahsiaan Wanita Bahagian 3 [hukum berkhatan bagi wanita]

Tazkirah@pelima kali ini masih lagi membincangkan kupasan buku Fikh Kerahsiaan Wanita hasil penulisan Dr Saadun Mus'ad Hilali seorang ulama' Mesir oleh penterjemah buku tersebut Ustaz Fauwaz Fadzil. Menyentuh bahagian 3 bab 1 buku tersebut,hukum berkhatan bagi wanita.

Sekiranya anda mempunyai cadangan dan komen, kami berbesar hati menerimanya di ruang komen. Terima kasih

Read more »

Pertandingan Menulis Cerpen Islami

Photobucket

Tema
“YA RASUL ALLAH, AKU RINDU PADA MU”

Penerangan

Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekelian alam. Umat manusia di sepanjang zaman, tanpa dibatasi oleh ras bangsa dan warna kulit telah bangun menukilkan episod-episod tertentu kehidupan Baginda yang sangat mengesankan hati terdalam mereka.

Umat Islam di sepanjang zaman tidak pernah puas menukilkan prosa rasa memuji dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Pemuka sejarah di kalangan non-muslim juga tidak lekang daripada menyebut kehebatan Baginda. Napoleon Bonaparte, Gandhi, Montgomery Watt dan banyak lagi nama yang mewakili bangsa, negara dan profesi masing-masing telah bangun menyatakan kekaguman mereka terhadap ketokohan baginda Rasulullah SAW.

Kini telah tiba masanya bagi kita umat Islam, yang telah menikmati anugerah Iman dan Islam hasil jerih payah perjuangan baginda Rasulullah dan para sahabat untuk tampil berkongsi rasa dan cerita dari lubuk hati terdalam umat akhir zaman tentang baginda Rasulullah SAW.

Semoga inti cinta yang didasari keimanan yang tulus ini dapat dikongsi oleh seramai mungkin umat manusia untuk berupaya melihat dan merasai rahmat cinta kasih yang tumbuh bersama datangnya Nabi Muhammad SAW. Sungguh tiadalah kita terpisah dengan Rasulullah SAW dengan kewafatan baginda. Mengasihi Rasulullah adalah mata rantai untuk kita meraih kasih sayang Allah SWT.

Skop

Skop pengkaryaan adalah bebas.
Kongsikan kisah-kisah anda/teman anda yang pernah dilalui, dirindui dan dihayati.

Hadiah

Hadiah Pertama: RM 500.00
Hadiah Kedua: RM300.00
Hadiah Ketiga: RM 100.00
10 Hadiah Saguhati : RM 50.00 setiap satu

Tarikh tutup
27 Mac 2011


Syarat-syarat
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia kecuali staf Pelima Media Sdn Bhd..

2. Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting, menerbit dan mencetak cerpen.

3. Cerpen hendaklah menerapkan nilai-nilai dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.

4. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas berdasarkan tema tetapi tidak menyentuh unsur-unsur politik dan unsur-unsur yang boleh menimbulkan spekluasi negatif di kalangan masyarakat majmuk Malaysia amnya.

5. Panjang manuskrip bagi cerpen mestilah tidak kurang daripada 3,000 patah perkataan.

6. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau satu baris.

7. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada kulit naskah.

9. Karya mestilah asli, dan bukan adaptasi daripada mana-mana pihak serta tidak pernah diterbitkan dalam apa jua bentuk sekalipun.

10. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria pihak juri yang dipilih Pelima Media dan keputusan adalah muktamad.

11. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada penganjur sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 27 March 2011 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Pelima Media Sdn Bhd
No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di 016-2099454/03-89267746 atau emel di media@pelima.com.my
Read more »

Video | Tazkirah@pelima : Fikh Kerahsiaan Wanita Bahagian 2 [aurat faraj wanita]



Tazkirah@pelima kali ini masih lagi membincangkan kupasan buku Fikh Kerahsiaan Wanita hasil penulisan Dr Saadun Mus'ad Hilali seorang ulama' Mesir oleh penterjemah buku tersebut Ustaz Fauwaz Fadzil. Menyentuh bahagian 2 buku tersebut, aurat faraj wanita samada bagi diri sendiri, suami isteri dan bagi tujuan rawatan.

Sekiranya anda mempunyai cadangan dan komen, kami berbesar hati menerimanya di ruang komen. Terima kasih
Read more »

Kedai Buku Syabab, Bandar Baru Bangi


Buku-buku Pelima Media juga boleh didapati di Kedai Buku Syabab yang berlokasi di tingkat 2, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.
Info ringkas mengenai kedai buku tersebut, ia diasaskan oleh Hj Mohd Bukhari bin Bachok dan ditubuhkan di awal pembukaan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi sekitar tahun 2000. Aktiviti utama Kedai Buku Syabab adalah menjual al-Quran, buku-buku berbentuk keagamaan, motivasi dan rujukan sekolah.
Berita baik untuk semua, dapatkan potongan harga buku di Kedai Buku Syabab sebanyak 15% dengan mendaftar sebagai ahli di kedai tersebut.
Read more »

Diskaun buku sempena Maulidur Rasul

Berita baik!

Terasa gembiranya hati setiap kali menjelang ulangtahun kelahiran nabi junjungan Muhammad Sallahu 'alaihi wassalam. Bersempena dengan sambutan Maulid Rasulullah, Pelima Media berbesar hati mempelawa teman-teman semua dapatkan potongan hebat sebanyak 25% untuk semua buku-buku Pelima Media melalui pembelian secara online sahaja. Layari www.pelima.com.my/media untuk pembelian.
Tempoh potongan harga buku sah dari 7 Februari 2011 sehingga 20 Februari 2011. Sebarkan kepada teman-teman semuanya.
Mohon komen dan cadangan daripada anda semua dalam penambahbaikan sistem jualan online kami. Terima kasih
Read more »

Video | Tazkirah@pelima : Fikh Kerahsiaan Wanita Bahagian 1

Tazkirah@pelima







Membincangkan kupasan buku Fikh Kerahsiaan Wanita hasil penulisan Dr Saadun Mus'ad Hilali seorang ulama' Mesir oleh penterjemah buku tersebut Ustaz Fauwaz Fadzil. Menyentuh bahagian 1 buku tersebut, hukum bersuci faraj wanita (keputihan). Sekiranya anda mempunyai cadangan dan komen, kami berbesar hati menerimanya di ruang komen.


Untuk sebarang persoalan mengenai isu yang dibahaskan boleh hubungi Ustaz Fauwaz di talian 019-3199016. Terima kasih
Read more »

Pengail ikan dengan Ikan


Memancing merupakan hobi sesetengah orang . Tapi, bagi yang lain, memancing ni macam membuang masa. Anda rasa?

Katakanlah , kita ni suka memancing. Kira macam gila memancing. Boleh dikatakan hampir setiap minggu mesti kena memamcing, kalau tak macam tak keruan.

Kita pun sediakanlah umpan-umpannya yang diperbuat daripada cacing atau dedak dan sebagainya.
Minggu ni, kita memancing dengan umpan-umpan tu, dan Alhamdulillah ikan makan umpan kita. Seronok tak terhingga walaupun menunggu berjam-jam.

Minggu depannya pulak, kita pergi lagi memancing. Dengan menggunakan umpan yang sama, kita dapat lagi ikan.

Dan juga minggu-minggu yang berikutnya. Ikan makan juga umpam kita walaupun sama.

Baiklah, apa yang nak dikatakan disini ialah, cuba bayangkan kalau ikan-ikan kat dalam kolam kita pancing tadi ada akal.
Mereka nak ke makan umpan yang kita letak ?
Tak kan la mereka tak boleh fikir yang semua tu umpan saja. (kalau mereka ada akal).
Once bitten twice shy la ikan-ikan tu.
Mesti mereka tak nak terkena lagi kan ?

Tapi, Allah jadikan mereka tidak berakal dan yang berakalnya kita .
Jadi, kita kenalah memenuhi hak akal yang telah dikurniakan Allah ni.

hmm.
Macam mana pula nak penuhi hak akal -.-?
Dengan belajar. penuhkan akal dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat bukan saja di dunia malah untuk akhirat kelak.

Kalau ilmu duniawi ni senag sikit. belajar dengan baca buku pun ok je. tapi, ilmu yang berkaitan agama, kita mesti berguru. Dan guru yang dicari pula, mestilah yang sahih berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ha, kalau kita dah menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi, nescaya hak akal kita telah dipenuhi.

Jadi, marilah kita meningkatkan ilmu pengetahuan kita agar hidup lebih bermakna :)

Read more »

Apakah hak Sayyidina Muhammad pesuruh Allah yang perlu ditunaikan oleh umatnya?


  1. Sunnah baginda

  2. Mengenali baginda.

Menyentuh perkara nombor 2, menjadi salah satu bukti kecintaan kita selaku umatnya kepada Rasul Allah yang telah banyak berkorban dan berjuang dalam membawa Islam sehingga tersebar luas di merata dunia sehingga menjadi pegangan yang kuat oleh segenap masyarakat.


Tetapi, sejauh manakah kenalnya kita pada baginda? Adakah memadai sekadar mengetahui:


Tarikh lahirnya? Siapa ibunya? Siapa bapanya? Siapa datuknya? Siapa pakciknya? Siapa ister-isterinya?


Mendalami dan mempelajari akhlak baginda adalah seumpama mengenal kandungan al-Quran. Didikan yang terbaik dalam membentuk anak-anak generasi masa kini untuk menjadi manusia yang hebat, salah satunya adalah melalui sirah Muhammad Sallahu 'alaihi wassalam.


Melalui sirah baginda, banyak perkara yang boleh disentuh dalam mendidik anak-anak :



  1. ketokohan baginda sebagai pemimpin

  2. kepahlawanan baginda sebagai pejuang

  3. akhlak baginda yang menyayangi dan disayangi sahabat dan musuh

  4. kasih sayang sebagai seorang bapa dan suami yang sentiasa menghidupkan suasana kekeluargaan

  5. pengorbanan baginda buat semua umatnya samada yang sempat atau tidak bertemu dengannya

Masya Allah, mulakan dari sekarang. Perdengarkanlah anak-anak kita dengan kisah-kisah rasul Allah yang tidak pernah jemu diulang-ulang. Baik pada setiap malam sebelum tidur ataupun pada masa-masa terluang. Hayati kisah baginda, dengan izin Allah jua perasaan tenang dan bahagia seolah-olah kita juga bersama baginda. Bertambah lagi rasa cinta dan sayang pada rasul Allah Muhammad bin Abdullah. Insya Allah



Read more »

Ustaz Fauwaz keudara di Radio IKIM


Read more »

Tambah Pendapatan dengan Menulis


Bagaimana ingin menulis dengan Pelima Media?

1. Hantar profil penulis, sinopsis dan karya/ manuskrip lengkap kepada editor Pelima Media secara
  • softcopy : media@pelima.com.my
  • hardcopy : No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

2. Pelima Media akan meneliti manuskrip tersebut mengikut dasar editorial yang ditetapkan

3. Sekiranya manuskrip diluluskan, sedikit perbincangan akan dilakukan seterusnya perjanjian termeterai antara penulis dan penerbit

4. Penulis dikehendaki menyemak semula dan mengemaskini manuskrip sekiranya perlu dalam tempoh yang ditetapkan

5. Setelah manuskrip diserahkan kepada Pelima Media, ia akan diproses dan disemak

6. Penulis dibenarkan membuat semakan ke atas manuskrip yang disemak oleh Pelima Media beserta 'cover' dalam tempoh seminggu

7. Manuskrip sedia untuk dicetak dan diedarkan
Read more »

Mutiara-mutiara keimanan.

Setiap manusia pasti mahukan sesuatu perhiasan untuk diri mereka. Bagi wanita, barang kemas seperti gelang, rantai dan sebagainya menjadi pilihan mereka untuk kelihatan menarik dan cantik. Manakala bagi lelaki pula, fesyen rambut yang cantik, aksesori-aksesori canggih untuk kenderaan mereka dan sebagainya merupakan antara pilihan mereka.


Memang sudah menjadi lumrah manusia yang mahukan sesuatu yang cantik. Sebagai contoh, apabila kita memakai sesuatu yang cantik(dalam pandangan kita), kita akan rasa yakin , potensi diri kita bertambah dan kita akan merasa seronok hari tu. Kiranya pakaian yang cantik itu telah menjadikan kita seorang yang cantik dari segi lahiriahnya.


Sama juga halnya dengan keimanan kita.
Iman sesuatu yang abstrak tapi hakikatnya kewujudan iman dalam diri seseorang boleh diperlihatkan menerusi perwatakannya dan peribadinya.


Sama seperti pokok. Yang kita nampak secara konkritnya ialah sebatang pokok yang berdiri teguh di atas bumi. Tapi apa yang kita tidak nampak ialah akar yang menyokongnya dari dalam (bawah tanah). Mustahil jika akar tidak kuat dan baik akan menghasilkan pokok yang segar. Akar berusaha mencari air untuk meneruskan kelangsungan hidup pokok tersebut. Jadi analogi iman sebagai akar dan pokok sebagai lahiriah kita amat bertepatan dalam memudahkan kita untuk memahami tugas keimanan dalam diri kita.

Untuk menambahkan iman kita memerlukan ilmu.
Ilmu akan mendorong kita untuk beramal.
Amal akan membuahkan akhlak yang baik.
Dan akhlak yang baik akan mewujudkan kasih sayang dan kemesraan dalam kehidupan.
Sesungguhnya kehadiran iman dalam diri menghasilkan lahiriah yang unggul bagi kita.


Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah ketaqwaannya, maka tidak ada suatupun yang bertambah dalam dirinya kecuali jauh dari Tuhan."


Justeru, kita perlu meningkatkan ilmu yang dapat mendekatkan diri kita denganNya. Dengan keimanan yang teguh dalam diri kita, nescaya kita akan menjadi antara perhiasan-perhiasan dunia. Macam menarik je bunyinya..


Tapi, bagaimana caranya untuk mendapatkan mutiara-mutiara keimanan ini ?


Apakah yang perlu dilakukan?


Menerusi buku terbitan kami , 'Mutiara-mutiara Keimanan' karya Syeikh Nawawi al-Bantani menyediakan bait-bait syair yang memujuk hati untuk menggilap mutiara-mutiara itu agar dapat menyinari kehidupan seharian kita.

Selamat membaca !



Read more »

Potongan harga buku untuk pembelian secara online

...sebanyak 15%

Alhamdulillah, sukacita kami ingin berkongsi berita baik dengan sahabat-sahabat semua mengenai potongan harga buku ini. Usaha ini bagi menggalakkan dan memudahkan mereka yang sukar mendapatkan buku-buku Pelima Media di seetengah kawasan. Lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabat yang tidak mempunyai masa lapang untuk keluar menbeli-belah atau menjengah ke kedai buku.

Insya Allah, pandangan dan komen anda adalah dialu-alukan supaya kami dapat memperbaiki kualiti perkhidmatan pelanggan dengan lebih baik dan hubungan kedua-dua belah pihak antara Pelima Media dan anda bertambah erat.
Potongan harga akan meningkat sehingga 25% sempena perayaan-perayaan tertentu.

Bagi yang berminat teliti caranya. Klik sini
Read more »

Pemikir sahaja yang menghargai jawapan :)

"Wahh, masyaAllah! Cantiknya pelangi tu. tapi... macam mana pelangi tu terjadi? Macam mana boleh ada banyak lapisan warna kat awan sampai nampak macam lukisan kat kanvas je?"


Pelangi. Kita menghargai kecantikan dan keindahan pelangi yang terbentuk selalunya selepas hujan atau pada waktu mendung. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana proses kejadian pelangi yang indah itu? Bagi mereka yang pernah memikirkan dan sedang memikirkannya sekarang, itu tandanya anda memang seorang pemerhati dan menggunakan akal kurniaan Allah dengan baik.


Pelangi terbentuk ketika cahaya putih dibiaskan dan pada detik itulah gelombang cahaya yang dilihat oleh mata kita menampakkan pelbagai warna ini (merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo dan ungu.) wujud. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis selari dan setiap warna akan membias dengan warna di sebelahnya. Pita ini dinamakan spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu hujung dan ungu pula di sisi yang lain di mana ia ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang. Maka, terciptalah pelangi yang cantik.


Bagi sesiapa yang pernah terfikir kejadian ini, pasti akan menghargai jawapan ringkas ini.
Ini kerana persoalan yang tumbuh dibenak hati anda telah terjawab dan membuatkan tuntutan akal yang dahagakan jawapan telahpun ditunaikan. Anda juga pasti akan terus mencari proses kejadian pelangi.


Itu perihal pelangi yang indah.


Bagaimana pula jika kita menanyakan tentang hakikat pencarian kebahagiaan dalam hidup ?
Mesti banyak kan rujukan yang kita buat bagi memenuhi tuntutan akal itu. Kita akan mula mencari dengan melihat disekeliling kita dan cuba mendapatkan satu 'formula' khusus untuk persoalan tersebut. Tapi dalam banyak-banyak cara, kita paling suka untuk merujuk buku. Sebabnya buku itu sesuatu yang konkrit dan boleh dirujuk pada bila-bila masa.


Justeru, buku terbitan kami; 'Menyingkap Tabir Bahagia' karya Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin insyaAllah mampu memberikan jawapan kepada pemikir-pemikir yang mencari jawapan kebahagiaan dalam hidup. Buku ini juga menceritakan langkah-langkah mendekati Allah disamping motivasi-motivasi membentuk fokus diri hanya kepada Allah.


Selamat membaca !
Read more »

Hidup Sederhana Membawa Berkah


Nama buku : Hidup Sederhana Penuh Berkah

Penulis : Al-Harits Al-Muhasibi (Tokoh sudi dengan gelaran "guru besar" para ulama di zamannya)

Harga : RM 18.00

Nombor ISBN : 978-967-5990-03-1

Terbit : Januari 2011

Mukasurat : 128

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aaaaaahhh"
Bagun pagi setelah selesai tidur nyenyak di atas katil yang empuk. Hari yang berlalu dengan 'hebat' dengan kehadiran peralatan dan barang-barang mewah di sekeliling. Hati terasa bangga dan puas.
Tapi, bahagiakah hati yang begitu ? Adakah hidup seperti ini penuh berkat ?

Cukupkah dengan barang-barang mewah dapat membahagiakan hati seseorang? Dan adakah dengan tidak mempunyai kemewahan sebegitu, hidup tidak boleh bahagia ?


Menyingkap kisah kehidupan pemimpin terunggul, Muhammad Rasulullah saw yang menangguhkan kemewahan dunia untuk kemewahan di akhirat.

Saidina Umar al-Khatab mencontohi sunnah Rasulullah yang mengutamakan kesederhanaan dalam kehidupan.

Dia bercerita, "Aku pernah minta izin untuk menemui Rasulullah. Aku mendapati baginda sedang berbaring di atas tikar yang sangat kasar. Sebahagian tubuh baginda berada di atas tanah. Baginda hanya berbantalkan pelepah kurma yang keras. Aku ucapkan salam lantas duduk di sisinya. Aku tidak sanggup menahan tangisanku. "Mengapakah engkau menagis, hai putera Khattab?" Rasulullah bertanya. Aku berkata, "Bagaimana aku tidak menangis. Tikar ini telah menimbulkan bekas pada tubuhmu. Engkau ini Nabi Allah, kekasihNya. Kekayaanmu hanya yang aku lihat sekarang ini. Padahal di tempat sana, Kisra dan Kaisar duduk di atas katil emas, berbantalkan sutera." Nabi yang mulia berkata, "Mereka telah menyegerakan kesenangannya sekarang juga; kesenangan yang akan segera berakhir. Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita untuk hari akhirat. Perumpamaanku dengan dunia seperti seorang yang bermusafir pada musim panas. Ia berteduh sejenak di bawah sebatang pokok, kemudian berangkat dan meninggalkannya." (Hayat al-Sahabah 2:352).

Kekasih Allah pun mengutamakan kesederhanaan dalam kehidupan seharian baginda. Tapi kita? Kemewahan dunia yang kita cari sehinggakan terlupa untuk menjaga kesejahteraan akhirat. Kita mencintai dan mengagungkan dunia. Hal ini diterangkan oleh Al-Harits Al-Muhasibi sebagai tipu daya syaitan untuk menghancurkan akhlak dan peraturan agama.
Sebab kerana mencari harta, ramai yang tegar untuk mengabaikan hak Allah sehingga tidak melaksanakan rukun-rukun Islam.

Apakah kita tergolong dalam mereka yang sibuk mencari kemewahan dunia sehinggakan lupa akhirat? Atau kita sedang berusaha untuk mendekatiNya ?

Al-Harits Al-Muhasibi mempunyai panduan yang jelas dalam memimpin kita menjalani kehidupan sederhana yang penuh berkah.
Buku terbitan baru kami 'Hidup Sederhana Membawa Berkah' karya Al-Harits Al-Muhasibi, ahli psikologi unggul zaman klasik Islam boleh dijadikan panduan serta inspirasi dalam menjalani kehidupan yang penuh berkah.



Read more »

Mengapa dinamakan Fikh Kerahsiaan Wanita?

Fikh Kerahsiaan Wanita adalah tajuk terbaik untuk buku ini. Buku ini berbeza dengan fikh wanita kerana ia mengkhususkan tentang permasalahan berkenaan faraj wanita.


Kebanyakan antara kita lebih senang dengan tidak berbicara tentang isu ini kerana beranggapan ia adalah sesuatu yang aib untuk dibicarakan. Lantas, maklumat dan ilmu yang penting itu tidak diketahui umum dan seterusnya hukum terus diabaikan walaupun. Contohnya hukum aurat antara suami dan isteri, ia adalah salah satu hukum yang sering diendahkan.



Fikh Kerahsiaan Wanita menyentuh tentang pemahaman secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita dan para suami. Segan dan malu sering menjadi halangan untuk membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut.


Dengan memahami beberapa pendapat atau mazhab dari setiap permasalahan, sedikit sebanyak membantu kaum wanita menjalani ibadah tanpa rasa was-was. Mengelakkan was-was adalah satu tanggungjawab yang perlu diutamakan dikhuatiri ibadah tidak diterima. Nau`uzubillah.

Untungnya bagi mereka yang mengutip ilmu biarpun berdikit-dikit, kerana kehidupan ke syurga bukan diambil dari jalan yang mudah da sambil lewa.


Read more »

Baru Terbit | Jalan Selamat Pulang Menuju Allah



Nama buku : Jalan Selamat Pulang Menuju Allah

Penulis : Syeikh al-Akbar Muhyiddin Ibnu 'Arabi

Harga : RM 16.00

Nombor ISBN : 978-967-5999-01-7

Terbit : Januari 2011

Mukasurat : 96
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Uniknya manusia :)

Manusia merupakan ciptaan Allah yang unik. Kalau tak percaya, cuba teliti bahasa pertuturan yang kita gunakan di serantero dunia. Macam di Malaysia, kita guna bahasa Melayu untuk bertutur, di Amerika Syarikat , bahasa Inggeris digunakan manakala di India , bahasa Tamil diaplikasikan untuk melunaskan tuntutan komunikasi sesama insan.

Secara mekanismenya, kita semua membuka mulut untuk berbicara dan mengeluarkan bunyi untuk menyampaikan maksud-maksud tertentu. Semuanya sama. Tapi apa yang membezakan kita ialah, keadah bunyi yang menjadi penghantar isyarat.


Kalau kita sebut "yaaa" dalam konteks bahasa Melayu bermaksud setuju tetapi dalam bahasa lain mungkin membawa konotasi yang berbeza.
Kalau kita teliti makhluk ciptaan Allah yang lain seperti kucing. Tidak kira dimana, Afrika atau Jepun, bunyi mereka sama sahaja , "meooww" .
Tapi kita berbeza. Sungguh, berbeza dan unik.


Walaubagaimanapun, disebalik perbezaan bahasa yang kita gunakan, tapi ada satu persamaan yang tidak boleh dinafikan dalam diri kita semua. Persamaan apakah itu ?
Kita semua sedang menuju ke satu destinasi yang sama iaitu, pulang menuju Allah.
Tidak kira apa bangsa sekalipun, semuanya sedang pulang menuju Allah.


Lantas, apakah kita bersedia untuk pulang menujuNya?
Buku terbaru terbitan kami 'Jalan Selamat Pulang Menuju Allah' oleh Ibnu Arabi memberi panduan khusus untuk kita dalam menyiapkan diri pulang menuju Allah agar kepulangan kita tidak sia-sia.

Read more »

Sumbu Jiwa berwajah baru!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masih ingat lagi dengan terbitan pertama kami, Sumbu Jiwa Surah-surah Amalan Para Solihin Sepanjang Zaman? Klik sini untuk lihat semula.

Kini ia tampil dengan wajah baru dan segar untuk tatapan umum. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua pemilik Sumbu Jiwa.

Berita baik untuk anda, kini Sumbu Jiwa dilengkapi bacaan terjemahan bagi setiap surah oleh pemilik suara terkenal, Tuan Nasran Hassan. Bacaan terjemahan yang penuh penghayatan, InsyaAllah










Dapatkan segera dengan harga hanya RM 25.00 senaskah baik untuk diri sendiri atau dijadikan buah tangan untuk teman atau keluarga.

Read more »

Edaran Melalui Kedai

Info bagi pemilik kedai yang berminat mengedar buku-buku terbitan Pelima Media.

Kedai buku/ Gerai buku/ Kedai

Kaedah : Consignment

1. Potongan sebanyak 30% daripada jualan buku, jumlah potongan harga akan dikaji dari masa ke masa mengikut jumlah invois.

2. Penerbit boleh menukar buku lama yang tidak terjual dengan buku baru
3. Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah kutipan jualan buku

Kaedah : Credit Term

1. Potongan sebanyak 40% daripada jualan buku, jumlah potongan harga akan dikaji dari masa ke masa mengikut jumlah invois.

2. Tempoh pembayaran buku ditetapkan oleh pihak penerbit
3. Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah invois


*Pemberian nilai diskaun atau komisen adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak syarikat dan boleh diubah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis •

Kembali ke laman pengedaran
Read more »