Laporan ke Sri Pentas untuk Slot Buku di MHI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sekian lama menyepi daripada memberi sebarang perkembangan mengenai Pelima Media. Untuk entri kali ini, saya berbesar hati ingin berkongsi pengalaman menarik kami ke Sri Pentas untuk bersiaran dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada 12 Mac 2010 dan 9 April 2010.
Pada 12 Mac 2010, kami ke Sri Pentas untuk menceritakan sedikit kupasan mengenai buku Menyingkap Tabir Bahagia bersama penulis buku tersebut Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin dan Khairil Syazwan Khalil selaku wakil penerbit. Hos MHI pada sesi tersebut adalah Wardina Safiyyah yang teserlah kewibawaannya sebagai hos yang berpengalaman. Bukan sahaja seorang yang ramah, malah petah berkata-kata.
Pada 9 April 2010, sekali lagi kami diberi peluang untuk bersiaran di slot buku MHI dan kali ini kami mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai buku Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan bersama penulisnya iaitu saudara Abdul Shahiid Shafuddin. Hos yang mengendalikan slot pada ketika itu Abby Fana, soalan-soalan yang ditanya oleh beliau dijawab dengan baik oleh penulis. Sekali lagi Abby Fana membuktikan keprofessionalannya sebagai hos dengan mengeluarkan soalan-soalan dan pendapat secara sponan.
Ikuti vidio rakaman di bawah bagi yang tidak sempat mengikuti siaran tersebut tempoh hari.






Sekian dulu untuk entri kali ini..
Read more »