Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: 22 - 28 Mac 2010

Bersambung lagi..























































































Dan kunjungan istimewa daripada 2 orang jaguh..









Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: Promosi!Promosi!

Mari membeli belah di Sufi Cube sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 dan jangan lepaskan untuk nikmati pomosi hebat kami!
Diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada setiap pembelian buku di booth Pelima Media dan penanda buku yang menjadi pilihan anda sebagai cenderahati daripada kami.

Nikmati juga diskaun sehingga 25% dengan pembelian "Pakej Instrumen Asas Menghidupkan Kembali Peranan Hati" seperti berikut :

Klik imej untuk pembesaran

Klik imej untuk pembesaran

Sila rujuk 1 set buku yang diikat reben di hujung sebelah depan meja yang dipenuhi buku. Itu adalah contoh promosi untuk 1 set buku - 8 buah buku pilihan dengan harga RM 165. Harga asal adalah RM 207.


Kami nantikan kedatangan anda di Sufi Cube, Ok? Sekian buat masa ini, terima kasih.
Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: Debaran 20 Mac 2010

6Pesta Buku 2010 telah pun bermula sejak 19 Mac 2010. Namun, kami tidak berkesempatan merakamkan detik-detik bersejarah itu pada hari pertama PBAKL 2010 kerana tidak berkesempatan akibat setiap staf tidak menang tangan dalam melayan pengunjung. Al-maklumla, budak baru belajar. Heheh.

MasyaAllah ramainya orang. Agak terkejut kerana kedatangan pengunjung tidak putus-putus sejak hari pertama lagi.

Walaupun begitu, pada 20 Mac 2010, hari Sabtu sedikit foto sempat dirakam untuk tatapan sahabat-sahabat semua.





Penulis buku al-Fatihan Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan turut memeriahkan booth Sufi Cube. Terima kasih tuan!




Sekian dulu untuk kali ini, akan kami berusaha untuk update aktiviti seterusnya.

Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 5: Debaran 18 Mac 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah.
Kali ini, tiada ucapan panjang yang ingin diperkatakan, sekadar tatapan foto-foto di sekitar persiapan susun atur booth Pelima Media di Dewan Tun Hussein Onn G03.

Tidak dapat digambarkan apakah perasaan kami saat ini, kerana ini adalah pengalaman hebat yang bakal dilalui kami buat kali pertamanya. Berdepan dengan pencinta-pencinta buku dan ilmu pastinya saat yang dinanti-nantikan. Berikut foto-foto yang sempat dirakam buat tatapan sahabat-sahabat semua.


Berfikir-fikir dan merancang apa lagi yang boleh menarik perhatian pengunjung


Inilah tanda pengenalan kepada booth kami Sufi Cube


Beli 8 buku pilihan terbitan kami dengan potongan 25%


Hampir selesai, phew


Ok, 80% siap susun atur


Gambar pemandangan Masjid di Turki sebagai kenangan pengunjung untuk berfoto di sini.

InsyaAllah, akan kami kemaskini lagi untuk hari-hari akan datang.
Read more »

Penulis Buku Travelog Turki Bumi Khalifah

Seorang individu yang sukakan cabaran dan sentiasa mencari-cari peluang menceduk pengalaman baru setiap kali berada di negara orang.

Mohd Jhaznarul bin Juharul Zaman atau nama penanya Jhaz Kitaro, lahir pada 6 Ogos 1982 di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar dan menyambung pengajian pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar. Dengan kecemerlangan dalam PMR, melayakkah diri beliau menyambung peringkat menengahnya di MRSM Taiping. Setelah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau ditawarkan menyambung pengajian di Kolej MARA Banting bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti College Dublin, Ireland. Buat masa sekarang, beliau berada dalam tahun akhir ijazah perubatan.

Hobi mengembaranya sudah membawa beliau ke 43 buah negara di benua Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Australia. Idola yang begitu berpengaruh menyuntik semangat dan inspirasinya adalah Rasulullah SAW, Ibnu Sina dan Ibnu Battuta.

Misi hidupnya ialah ingin menjadi seorang doktor perubatan yang berdedikasi dan juga ingin menjejakkan kaki ke seberapa banyak negara di muka bumi Allah SWT ini. Insya Allah.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat beliau.
Read more »

Buku Baru Terbit : Jalan Pintas Meraih Hidayah | 40 Prinsip Agama


Harga : RM 44.00
Mukasurat : 295
Terbitan : Pelima Media Sdn Bhd

Kitab al-Arba'in fi Ushul ad-Din Merupakan karya agung Imam al-Ghazali selepas Ihya' Ulumiddin.

Hidayah Allah merupakan sumber kebaikan, keamanan, kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tanpa hidayah, malang dan meranalah insan kerana terpisah dan terpinggir dari jalan kebenaran. Hidayah perlu dijemput untuk diraih dan dipelihara dengan perjuangan yang sungguh-sungguh, iltizam yang tiada terkalahkan. Firman Allah :
" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya, Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. "
al-Ankabut : 69

Isi kandungan :

Bahagian Pertama : 10 Prinsip Ilmu
  • Prinsip pertama : Zat
  • Prinsip kedua : Penyucian
  • Prinsip ketiga : Kuasa
  • Prinsip keempat : Ilmu
  • Prinsip kelima : Kehendak
  • Prinsip keenam : Maha Mendengar dan Maha Melihat
  • Prinsip ketujuh : Maha berfirman
  • Prinsip kelapan : Tentang Perbuatan-perbuatan
  • Prinsip kesembilan : Hari Akhirat
  • Prinsip kesepuluh : Kenabian
  • Tentang kitab-kitab yang dianjurkan untuk dipelajari berkenaan akidah

Bahagian Kedua : 10 Prinsip Amal Lahiriah

  • Prinsip pertama : Solat
  • Prinsip kedua : Zakat dan Sedekah
  • Prinsip ketiga : Puasa
  • Prinsip keempat Haji
  • Prinsip kelima : Membaca al-Quran
  • Prinsip keenam : Berzikir kepada Allah Stiap Masa
  • Prinsip ketujuh : Mencari (rezeki) yang Halal
  • Prinsip kelapan : Menegakkan Hak-hak Kaum Muslim dan Pergaulan Baik dengan Mereka
  • Prinsip kesembilan : Amr bil-Makruf dan Nayl anil-Munkar
  • Prinsip kesepuluh : Mengikut Sunnah
  • Penutup : Tentang Urutan Wirid dan Memerhatikan Sepuluh Masalah

Bahagian Ketiga : Membersihkan Hati dari Akhlak yang Tercela

  • Prinsip pertama : Banyak Makan
  • Prinsip kedua : Banyak Berbicara
  • Prinsip ketiga : Marah
  • Prinsip keempat : Hasad
  • Prinsip kelima : Kedekut dan Mencintai Harta
  • Prinsip keenam : Gila Pangkat
  • Prinsip ketujuh : Cinta Dunia
  • Prinsip kelapan : Sombong
  • Prinsip kesembilan Bangga Diri
  • Prinsip kesepuluh : Riya
  • Penutup Tentang Seluruh Akhlak dan Tempat-tempat penipuan di dalamnya

Bahagian Keempat : Tentang 10 Prinsip Akhlak Terpuji

  • Prinsip pertama : Taubat
  • Prinsip kedua : Khauf (takut)
  • Prinsip ketiga : Zuhud
  • Prinsip keempat : Sabar
  • Prinsip kelima : Syukur
  • Prinsip keenam : Ikhlas dan Benar
  • Prinsip ketujuh : Tawakal
  • Prinsip kelapan : Cinta
  • Prinsip kesembilan : Reda dengan Ketentuan Allah
  • Prinsip kesepuluh : Mengingati Mati dan Hakikatnya serta Bahagian-bahagian yang Bersifat Rohaniah
  • Penutup Tentang Bimbingan Jiwa
Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 4: Maklumat Booth Pelima Media




Tarikh : 19-28 Mac 2010
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn G 03 (rujuk sini)
Masa : 10.00 pagi - 8.30 malam
Tema Pelima Media PBAKL 2010 : Sufi Cube
Aktiviti :
  1. Jualan buku, poster, CD dan banyak lagi
  2. Ramah mesra & sesi soaljawab bersama penulis
  3. Sesi fotografi berlatarbelakangkan salah satu pemandangan di Turki
  4. Pertandingan menjawab kuiz
  5. Banyak lagi

Diskaun : Sehingga 25%

Sebarkan info ini pada kenalan dan teman-teman serta singgah ke booth kami untuk dapatkan hadiah percuma ikhlas daripada Pelima Media sebagai tanda penghargaan kami buat anda.

Read more »

Penulis Buku Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan & Fikiran Insan

Seorang insan yang kaya dengan senyuman di bibir. Penuh kesopanan dan sentiasa menjaga tatatertib ketika berbicara. Kelembutan terserlah melalui bahasa yang disampaikan.

Itulah dia Tuan Abdul Shahiid Shafruddin yang dilahirkan di Leeds, United Kingdom pada 26 Mei 1985.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Bangi dan menyambung pendidikan di peringkat menengah di Pondok Modern Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia. Seterusnya, beliau menyambung pengajiannya di peringkat lebih tinggi di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir dalam Jurusan Pengajian Am, Fakulti Bahasa Arab.

Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke tanahair dan berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang menarik dan bisa membawa masyarakat kepada sebuah kesedaran bahawa al-Fatihah itu sungguh luas maknanya berbanding dengan yang kita semua sedia maklum selama ini.

Sama-sama kita hayati sebuah surah pendek dan mudah iaitu al-Fatihah dengan mendapatkan buku beliau bermula dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 nanti.

Malah, bagi mereka yang berminat untuk bertemu dengan penulis secara peribadi, boleh lawati kami di booth LP G03 bersebelahan Bilik Kedah, PWTC.
Jumpa di sana..
Read more »

Sumbu Jiwa Berwajah Baru!

Alhamdulillah, kini Sumbu Jiwa

  • diterbitkan sebagai edisi jimat dan
  • boleh didapati dengan harga RM 16.00 senaskah
  • Didatangkan tanpa CD bacaan Quran seperti edisi sebelumnya.
  • Sesuai dijadikan cenderahati di majlis-majlis keramaian

.

.

.

.


Sumbu Jiwa: Surah-surah Amalan Para Solihin Sepanjang Zaman
Read more »