Pages of Islam di Masjid As-Saidah Sabak Bernam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

semoga sahabat-sahabat semua ceria di hari Isnin ini.

Alhamdulillah atas sokongan sahabat-sahabat semua, semangat kami di Pelima Media semakin tinggi dan bertenaga. Bersama ini, saya sertakan imej beberapa 'Pages of Islam' terbitan Pelima Media yg menjadi santapan rohani di sebuah masjid di Sabak Bernam, Masjid As-Saidah.

Jutaan terima kasih buat Tuan Helmizan yang menangkap gambar-gambar tersebut dan berkongsi dengan kami serta kepada Masjid As-Saidah di atas sokongan kalian. Semoga usaha ini mendapat rahmat dan barakah daripada Ilahi. Amin!

Kami mendoakan lebih banyak pengeluaran bahan terbitan Islami daripada Pelima Media sebagai rujukan dan panduan untuk setiap lapisan masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu dan bermacam-macam pengalaman dalam kehidupan khususnya.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Kemaskini 2010

Buat masa ini Pelima Media sedang berjuang dan bertempur di medan penerbitan dalam usaha menerbitkan beberapa lagi buah buku sebagai persediaan menghadapi Pesta Buku 2010. Dengan izin Allah jua, mudah-mudahan segala proses tersebut berjalan lancar dan kami juga berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti supaya setiap wang yang dilaburkan ke atas sesebuah buku berbaloi untuk kedua-dua pihak.

Novel

Kami juga sangat berbesar hati untuk menerima manuskrip novel dan cerpen kerana hajat di hati, kepingin juga menerbitkan sebuah novel yang menceritakan sebuah kehidupan. Jika ada rezeki antara Pelima Media dan sahabat semua, bisa bekerjasama nanti!

Apapun, doa kalian untuk kejayaan kami bagi meneruskan usaha menyebarkan pendidikan melalui penulisan ini sangat kami hargai dan semoga Allah jualah yang membalas kebaikan anda..
Read more »

Setahun lagi berlalu..Selamat datang 1431


Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Alhamdulillah, umat Islam bakal menyambut tahun baru pada esok hari. Satu tahun yang penuh dugaan, cabaran dan keceriaan berlalu lagi. Harapan terbesar pada setiap tahun baru muncul, juga seperti tahun-tahun sebelumnya adalah untuk menjadi lebih baik.

Jangan lupa amalan tahunan menjelang tahun baru iaitu bacaan doa akhir tahun menjelang waktu Maghrib dan bacaan doa awal tahun setelah Maghrib 1 Muharram.

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun



Mari hayati maksudnya :


Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada apa yang aku melakukannya dan belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku lakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhoinya dan menjanjikanku dengan pahala sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan!Wahai yang Maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu daripadaku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun


Doa awal tahun




Mari hayati maksudnya :

Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga
dan sahabat-sahabatnya baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan daripadaMu di sepanjang tahun ini daripada syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha mendekatkanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat kepada penghulu kami Muhammad S.A.W. Nabi yang ummi dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Jom, kemaskini 'mind-setting' dan peribadi kita. Niat untuk sentiasa memperbaiki diri dan mengajak sahabat-sahabat serta keluarga untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Jangan terlepas untuk melaksanakan amalan di atas dan adalah lebih cantik jika dapat mengajak ibu, ayah, abang, kakak, adik, kawan-kawan dan teman sekerja untuk turut berjemaah mengamalkan doa ini bersama, bukan?


Amalan yang baik dijadikan ikutan..
Read more »

Terbitan Baru!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Maaf kerana lama menyepi.

Menyepi bukan bermakna diam tanpa apa-apa hasil.

Tetapi..

Alhamdulillah, berkat doa sahabat-sahabat dan keluarga sekalian, inilah menyepi yang membuahkan dua naskah buku terbitan terbaru Pelima Media Sdn Bhd!


Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri
RM 20.00
oleh Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin





Naskah yang bersaiz 7" x 8" dan mempunyai 174 mukasurat ini, memuatkan kaedah sistematik ulama tradisi membentuk jiwa tauhid sekaligus menjernihkan kembali status kehambaan insani.


Ilmu Tauhid menyuluh persoalan iman, sedang Tasawwuf mengasuh untuk merasakan manisnya iman. Tasawwuf menitip adab, menyusun akhlak sehingga tumbuh rasa-rasa jiwa yang layak sebagai hamba. Ketika ditanya tentang ihsan, Nabi S.A.W menjelaskan bahawa ihsan adalah merasa seakan-akan melihat Allah atau setidak-tidaknya merasa dilihat Allah.


"Buku ini menghubungkan keyakinan dengan rasa, tahu dan mahu"

"Buku ini memuatkan penerangan mengenai Ilmu Tauhid dan Sifat 20 Allah"



Agar lapangan hidup ini, dapat kita jadikan medan untuk berdamai dan berharmoni dengan takdir Allah S.W.T, Tuhan yang menciptakan kita, yang kuasaNya tidak tersanggah oleh suatu apa jua pun.


Hayatilah kehidupan ini sebagai anugerah, nescaya setiap hari yang dilalui akan menjadi indah. Tiada yang mulia tanpa kehambaan dan tiada hina dengan pengabdian kepada Allah. Makna kehambaan ada dalam diri dan kehidupan, jika kita fahami hakikat bahawa kita hanyalah penumpang di dalam lautan anugerah Allah S.W.T.


Kembalilah kepada Allah dengan menghayati bahawa kehidupan yang dimiliki ini sesungguhnya bersifat sementara. Kembalilah kepada Allah dengan menginsafi bahawasanya kehidupan yang abadi disediakan oleh Allah untuk para hambaNya adalah di akhirat.



Menyingkap Tabir Bahagia
RM 19.00
oleh Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaludin






Naskah ini juga bersaiz 7" x 8" dan mempunyai 139 mukasurat.


"Mencari bahagia ..."


Ungkapan ini sering berlegar-legar di benak fikiran setiap manusia. Mengapa bahagia? kebahagian adalah antara nikmat Allah S.W.T yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara sifat pemurah Allah S.W.T kepada manusia.


Namun, ramai manusia gagal mencarinya. Mengapa?

Ini kerana, manusia cuba mencari makna kebahagiaan selain daripada makna kebahagiaan sebenar. Oleh itu, semakin manusia mendekati makna kebahagiaan ciptaannya, semakin dia menjauhi makna kebahagiaan hakiki dan abadi. Oleh kerana itu, semakin dia mencari "bahagia", semakin dia temui duka dan sengsara.


Maka, hadirnya buku yang serba ringkas ini, untuk mengajak manusia agar mereka melalui jalan kebahagiaan hakiki dengan meninggalkan kebahagiaan palsu yang lahir daripada angan-angan dan persepsi. Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia. Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki dan abadi, maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan, begitulah sebaliknya.


Ia bermula daripada kita memperbaiki makna kebahagiaan dalam diri kita dengan makna kebahagiaan hakiki, lalu kita terus melangkah menujunya dengan langkah yang teliti berdasarkan petunjuk Ilahi. Pada ketika itulah, kita akan menjalani sebuah kehidupan Rabbani yang membawa kebahagiaan abadi, di dunia ini dan di akhirat nanti.
Read more »

Alangkah indahnya hidup ini apabila ...

Hati yang tenang membuahkan kedamaian jiwa

Firman Allah S.W.T :

"..(Iaitu) orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram. "

( Ar-Ra'ad : 28)
Read more »

Nak bangun awal?

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dalam limpahan rezeki Allah.

Kadang-kadang saya terpaksa berdepan dengan masalah bangun lewat. Kalau diikutkan, masalah ini wujud sejak berada di IPTA. Takkan nak menyalahkan kelewatan tidur dek kerja-kerja kumpulan, pembentangan, perbincangan dan lain-lain kerja pula? Tidak mungkin..

Saya terbaca satu artikel tentang tidur di sebuah blog. Suka saya berkongsi dengan sahabat semua di laman ini.

http://qhazanah.wordpress.com/2009/05/21/al-hadith-hari-ini-tidur-dan-sunnah/

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.. InsyaAllah, di laman sesawang ini para pembaca yang sudi menziarahi boleh rujuk hadith berkaitan topik ini serta dzikir dan doa juga amalannya di bawah mukasurat ini. Teruskan membaca..

Ramai di kalangan kita yang memberi perhatian dan keutamaan kepada bilik tidur demi keselesaan semasa berada di dalamnya.

Orang ramai banyak merujuk kepada pakar-pakar interior design untuk memiliki bilik tidur idaman mereka. Ada juga di kalangan kita yang banyak membelanjakan wang ke arah buku-buku untuk memperhias dan mencantikkan bilik tidur.

Setelah itu ribuan ringgit dicurah dalam melahirkan konsep bilik tidur idaman dengan harapan ia akan membina suasana yang menampilkan ketenangan jiwa. Tetapi, adakah ia menepati tuntutan Islam..? Cuba renungkan sejenak..

Nak Bilik Macam Ini..?

Nak Bilik Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Yang Ini Pun Nak..?

Yang Ini Pun Nak..?

Dengan harapan yang tinggi menggunung itu, bilik tidur dihias dengan pelbagai hiasan seperti;

1.Almari pakaian dari kayu jati.

2. Almari solek dengan cermin yang luas.

3. Jendela dan pintu masuk bilik dihias dengan langsir yang warnanya memikat.

4. Warna dinding bilik yang serasi dengan suasana idaman kontemporari.

5. Ciri-ciri bilik ‘ala spa’

6. Tak lupa katil beserta ‘pintu gerbangnya’ yang berhias, yang tilamnya ribuan ringgit beserta cadar dan sarung bantal dan bantal yang licin dan gebu.

7. Ciri-ciri ‘feng-shui’ yang dirujuk kepada si pakarnya.

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

(Kalau ada sesuatu yang penulis tertinggal atau tak sertakan sila komen ya..) Segala-galanya adalah demi keselesaan semasa berada di bilik romantis ini.. Tetapi masih ada satu persoalan..

- BAGAIMANA ANDA TIDUR..? -


Jangan Lah Ada Pengalaman Tertidur Seperti Ini

Janganlah Ada Pengalaman Sampai Tertidur Seperti Ini

Menurut kajian penulis,:

- Ada individu memberi keutamaan untuk bilik tidur yang cantik,

- Ada mahukan kualiti tidur

- Juga yang mahu masa tidur yang cukup

- Selain itu ada juga yang tak kisah tidur di mana dan bila masa

- Cuma segelintir sahaja tidur mengikut ajaran Islam.

Jadi amatlah rugi kita menumpukan kepada kaedah tidur yang menjauhi ruh Islam sehingga banyak wang dihabiskan serta jauh dari kasih sayan

g Allah..

Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi

Tidur Anak-Anak Juga Perlu Dibentuk Dari Rebung Lagi

Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;

1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)

2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.

Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.

Yang pertama, tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan d

iri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.

Yang kedua, tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.

Yang ketiga tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.

Yang keempat, tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.

Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seanda

inya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada sesiapa pun..

Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..

Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..

Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah..

Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?

Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..

Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur

“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)

Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.

Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

Cara Tidur Yang Betul

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci ol

eh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur


Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasa

llam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulh

uwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Falaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebany

ak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 1

Doa-Sebelum-Tidur

“Dengan nama-MU ya Allah, aku mati dan hidup” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Doa Sebelum Tidur 2

Doa Sebelum Tidur 2

Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghid

upkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)

Doa Agar Dapat Tidur Malam


Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni)

Doa Apabila Membalikkan Tubuh Pada Waktu Malam

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun”. (Riwayat Al Hakim)

Dzikir Apabila Terjaga Daripada Tidur Di Tengah Malam

Dzikir Apabila Terjaga Dari Tidur Di Tengah Malam

Maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Barangsiapa yang terjaga dari tidur dan berzikir pada waktu malam dengan menyebut ‘La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, Lahul mulku wa lahul hamd, wahuwa ‘ala kulli syai ‘in qadir, alhamdulillah wa subhanallah wala ilaha illallah wallahu akhbar wala haula wala quwwata illa billa, atau berdoa ‘Ya Allah ampunkanlah bagiku’ atau berdoa, maka dimustajabkan doanya. Jika dia berwudhuk dan bersolat maka akan diterima solatnya.” (Riwayat Bukhari)

Doa Bangun Dari Tidur

Doa-Bangun-Daripada-Tidur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mencuci Tangan Apabila Bangun Dari Tidur

“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.” (Riwayat Muslim)

Syaitan Bermalam Di Dalam Rongga Hidung

“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walau letih atau penat macamana sekalipun, jadikanlah amalan ini sebagai suatu kebiasaan sebelum tidur. marilah kita tanya diri kita “Bagaimana aku mulakan tidur dan bagaimana aku bangun dari tidur..?” Apakah yang membezakan tidur seorang muslim dan seorang kafir. Dengan mengamalkan apa yang baginda didik sudah pasti kita tidur di dalam keadaan tenang dan senang hati mengenangkan tidur kita didatangi pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah dalam menyemai sunnah baginda dalam amalan tersebut.

InsyaAllah, isi laman ini akan diperkemaskinikan lagi dalam memantapkan kandungannya.. Komen yang membina amat dialu-alukan dari para pembaca sekalian. Juga mohon doakan kejayaan penulis menyampaikan yang terbaik demi Islam.


Komen:

  1. Jom cuba sama-sama kaedah ini. Saya dah cuba! Alhamdulillah berjaya bangun awal, anda bagaimana? Tapi perlu diingat hendaklah beramal dengan hati yang ikhlas, insyaAllah Allah bantu.
  2. Sumber artikel ini diambil daripada blog yang memperkenalkan amalan pemakanan sihat menurut sunnah Rasulullah seperti kurma, madu asli, buah tinn buah zaitun dan sebagainya. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Read more »

Jangan cepat melatah


Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dalam limpahan rezeki Allah,

Siapa yang pernah antara kita tidak pernah ditipu. Baik sekecil-kecil hingga sebesar-besar penipuan. Untuk entry kali ini, suka saya berkongsi sedikit kisah dari pengalaman yang saya lalui baru-baru ini. Kisah ini disampaikan dalam bentuk novel dengan harapan bakat tulisan saya dapat diasah dengan lebih tajam lagi. Semoga penyampaian ini dihayati oleh sahabat-sahabat dan bolehlah dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang merasakan ada kaitan terhadap cerita ini.

Scamming

Kautsar seorang yang cekap membuat kerja. Setiap masalah yang timbul pasti Kautsar dapat selesaikan dengan pantas. Cara dia berfikir cukup kreatif dan bisa mengeluarkan idea yang bernas dan memberangsangkan.

Pada suatu hari.....(bermulalah kisah)

Kautsar masuk kerja seperti biasa. Perkara pertama yang kautsar akan lakukan ialah membuka komputernya dan sementara menunggu komputernya selesai loading dia akan membaca surah Yassin. Seusai membaca surah Yassin, email syarikat dibuka untuk melihat sekiranya terdapat pesanan, mesej ataupun email untuk diproses.

Alangkah terkejutnya Kautsar apabila salah satu email yang dibacanya mengatakan email dimana memaklumkan bahawa akaun banknya telah diakses terlalu banyak dan perlu ubah aksesnya. Kautsar panik. Lalu dia terus menekan butang pautan maybank2u.com.my di bawah "page". (seperti di bawah)






Tanpa rasa curiga dengan link yang tidak sama dengan url yang diberi Kautsar terus dibawa ke laman maybank2u.com.my




dengan cemas,login dimasukkan seterusnya kata laluan.

"Alhamdulillah", katanya. "Boleh masuk maybank2u.com.my tanpa masalah", tambahnya lagi. Tapi masih keliru, kenapa boleh lepas login akaun sedangkan ada masalah login seperti diberitahu melalui emel.

Tiba-tiba akses laman berubah meminta nombor TAC dimasukkan untuk memastikan login akses yang betul. Dengan automatiknya, handphone Kautsar berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Nombor TAC diberikan melalui sms untuk dimasukkan kedalam laman web tipu Maybank2u.com. Hati Kautsar yang lega sebentar tadi bertukar curiga dan pelik. Allah mengurniakan kecekapan mata dan hati kepada Kautsar supaya menyemak kembali apa yang sedang berlaku. "Aduh, kejadian pagi ini benar-benar menguji diri aku", bisik kecil hati Kautsar.

Dengan kandungan laman web maybank2u.com.my yang separa lengkap, banyak kesalahan ejaan contohnya becouse dan susun atur yang tidak sempurna. "Ini macam dah soheh tipu. Duit memanglah tak banyak dalam akaun, tapi duit tetap duit. Kena selamatkan!" Kautsar makin ligat berfikir dan makin berkecamuk.

Kautsar kembali gusar kerana sebelum ini tidaklah pernah dia mengalami perkara seperti ini.Tergerak hati dia bertanya kepada rakan sekerjanya digelarnya mat IT - Kasyfi.

Kasyfi yang berkebolehan dalam bidang IT sepantas kilat bertindak menyuruh Kautsar menukar kata laluan maybank2u.com.my melalui website yang betul setelah mengesyaki akaun yang Kautsar masuk sebentar tadi adalah laman web tipu yang selalu mencari mangsa dikalangan orang yang kurang berpengalaman. Seterusnya, kerana hati memberontak memikirkan keselamatan wang di dalam akaun, dengan tergesa-gesa Kautsar ke bank untuk memindahkan wangnnya ke dalam bank yang lain.

Cuba kita hayati kaedah penipuan melalui internet yang boleh melibatkan jumlah wang yang besar. Mereka adalah golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini kepada sesiapa pun tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Contohnya Kautsar yang baru mula menabung dan wang yang tinggal untuk perbelanjaan adalah sedikit. Ini belum dikira mangsa-mangsa penipuan lain yang terdesak menggunakan wang untuk merawat penyakit, membayar hutang dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sikap berhati-hati jangan lekang dari diri kita dalam setiap situasi. Penipuan boleh berlaku dengan sekilas pandang, sekelip mata. Jangan ambil sikap ambil mudah kerana yang akan rugi adalah diri sendiri.

Sekian dulu, harapan saya sampai-sampaikanlah pesanan ini kepada orang lain terutama yang baru mula berjinak dengan alam internet ini. Dunia, dunia.. nampak seperti urusan semuanya mudah, rupa-rupanya ada juga susahnya di sebalik senang.


Read more »