Penulis Buku Travelog Turki Bumi Khalifah

Seorang individu yang sukakan cabaran dan sentiasa mencari-cari peluang menceduk pengalaman baru setiap kali berada di negara orang.

Mohd Jhaznarul bin Juharul Zaman atau nama penanya Jhaz Kitaro, lahir pada 6 Ogos 1982 di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar dan menyambung pengajian pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar. Dengan kecemerlangan dalam PMR, melayakkah diri beliau menyambung peringkat menengahnya di MRSM Taiping. Setelah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau ditawarkan menyambung pengajian di Kolej MARA Banting bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti College Dublin, Ireland. Buat masa sekarang, beliau berada dalam tahun akhir ijazah perubatan.

Hobi mengembaranya sudah membawa beliau ke 43 buah negara di benua Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Australia. Idola yang begitu berpengaruh menyuntik semangat dan inspirasinya adalah Rasulullah SAW, Ibnu Sina dan Ibnu Battuta.

Misi hidupnya ialah ingin menjadi seorang doktor perubatan yang berdedikasi dan juga ingin menjejakkan kaki ke seberapa banyak negara di muka bumi Allah SWT ini. Insya Allah.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat beliau.

0 comments:

Post a Comment