Mencari Penulis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga pembaca sekalian dirahmati Allah sentiasa.



Seperti yang semua maklum, setiap individu dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang amat penting antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan sesuatu kerja berjalan dengan lancar dan sempurna dalam mencapai target organisasi tersebut.

Bagi kami sebuah syarikat penerbitan, daripada bahagian pengurusan, kewangan, grafik, editor mahupun penulis semuanya amat dititikberatkan mengenai peranan masing-masing. Walaupun masih baru berkecimpung dalam dunia ini, kami dapat merasakan kepuasan dan kebahagiaan dapat berkongsi sesuatu yang sedikit daripada kepakaran ini bersama masyarakat dengan menerbitkan buku-buku yang menjadi keperluan umum.

Penulis

Penulis juga antara tonggak utama dalam penghasilan sesebuah buku. Tanpa penulis, buku tidak dapat diterbitkan. Tidak salah rasanya kami katakan yang penulis umpama jantung sebuah organisasi penerbitan buku. Sehubungan dengan itu, kami sedang mencari dan ingin memberi peluang kepada penulis-penulis yang ingin berkongsi idea, ilmu mahupun pengalaman mereka dengan masyarakat umum untuk menerbitkan buku hasil nukilan sendiri dan sekaligus menjadi koleksi umum .

Pesta Buku 2010

Berita baik kepada mereka yang mempunyai manuskrip yang lengkap dimana, buku anda akan diterbitkan pada Pesta Buku 2010, jika penulisan anda dipilih.*Perkara ini bergantung kepada tempoh perbincangan dan urusan dua belah pihak. Antara bentuk buku yang ingin diterbitkan buat masa ini adalah :
  • Ilmiah
  • Kupasan isu-isu berkenaan remaja
  • Motivasi Pemangkin Semangat
  • Kupasan isu-isu berkenaan wanita
  • Novel
  • Lain-lain (lihat kepada perbincangan)
Ini adalah antara target kami bersempena Pesta Buku 2010 yang akan diadakan pada bulan Mac 2010. Doa kami semoga apa jua bentuk kerjasama yang akan dijalinkan kelak adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengajak manusia ke arah kebaikan seterusnya semoga kerjasama tersebut sentiasa dirahmati Allah. Amin

3 comments:

Nurul Farehah Jaamad said...

Assalamualaikum,

Sangat menarik. Saya merupakan penulis muda. Sangat meminati bidang penulisan. Berminat untuk menulis novel. Boleh hubungi saya di effa_nurul19@yahoo.com jika tidak keberatan...Terima kasih. Saya akan menyokong penerbit ini.

Unknown said...

saya juga berminat untuk mengirim karya saya ke syarikat penerbitan ini. Cuma saya tidak mengetahui caranya. Bolehkah jika saya tinggalkan emel saya disini? iqbalsyarie@gmail.com

syed mahadzir said...

Saya merupakan seorang penulis yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan. Ingin menulis untuk Pelima Media Sdn Bhd. Banyak manuskrip dalam simpanan. Bolehkah pihak tuan menerbitkan karya saya? Saya boleh dihubungi di talian 019-6472084 - SYED MAHADZIR

Post a Comment