Marah itu emosi yang menggila

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya adalah salah seorang moderator untuk blog Pelima Media Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, saya bukanlah seorang penulis yang baik dan masih banyak perkara perlu dipelajari. Mohon diperbetulkan pada mana-mana kesalahan yang ada. Untuk entry kali ini, satu bentuk penulisan tentang marah ingin dikongsi bersama semua.

Apakah reaksi anda ketika marah?


Begini?



Atau begini?



atau begini?


atau sekadar begini?

Jika melihatkan reaksi-reaksi di atas buruk benar wajahnya ketika marah. Apabila marah, seseorang tidak lagi dapat berfikir atau bertindak secara rasional dan ini dikenal sebagai tindakan reflaksi. Tempoh marah dianggap kritikal dan masa untuk berfikir adalah singkat. Oleh yang demikian Iman memainkan peranan penting dalam menghadapi sesuatu situasi.

Kenapa?

Marah. Itu adalah lumrah. Mengapa mesti marah? Kalau tidak marah, itu tidak normal.

Suami/isteri curang? berpengalaman ditipu atau pecah amanah yang berkali-kali? menerima kritikan (kutukan) pedas dari individu atau masyarakat? bengang dengan manusia yang semakin kurang adab?

Banyak perkara yang boleh mengundang kemarahan dan ia sering dikaitkan dengan tidak puashati. Antara satu faktor utama yang boleh menjinakkan tabiat marah seseorang adalah tekanan dan ketidakstabilan emosi. Tekanan daripada keluarga, kenalan, kerja, dan persekitaran juga memainkan peranan penting dalam meledakkan lagi letupan kemarahan. Sehubungan dengan itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan carilah keberkatan hidup kerana dengan bekalan Iman yang kukuh dapat mendidik dan memupuk amalan sabar yang tinggi dalam kehidupan sehari-harian.

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri Rasulullah saw bersabda

" Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meridlai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meredhaiya "(H.R. Ahmad).

Kesan

Setuju saya katakan marah itu mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan? Cuba kita kaji semula apa yang kita lakukan apabila marah. Daripada memaki hamun, baik dalam hati atau secara terang, bersangka buruk, tindakan yang lebih agresif contohnya bawa kereta melebihi had laju yang boleh mengakibatkan kemalangan, bertumbuk atau sebagainya, dan juga kadang-kadang berdendam dengan sipolan yang menjadi punca kemarahan.


Na'uzubillahi min Zalik


Oh, yang lebih buruk lagi, marah boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama kepada jantung manusia.

Satu lagi kajian pula mendapati, mood seseorang itu mempengaruhi tekanan ke atas jantung dan bukan sebaliknya.

Kertas kajian yang disediakan oleh penyelidik University College London pula menemui, lelaki yang mudah meradang dan panas baran besar kemungkinan diserang penyakit koronari berbanding mereka yang tidak bersikap demikian.

Kajian itu menemui beberapa teori mengenai emosi marah yang diterjemahkan dalam bentuk serangan jantung fizikal. Ini kerana, golongan panas baran mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.

Golongan panas baran ini pada mulanya langsung tidak menghadapi risiko, tetapi akhirnya mengalami 19 peratus kemungkinan lebih tinggi diserang penyakit jantung koronari.

Sehubungan itu, adalah penting lelaki atau wanita tidak membiarkan diri tenggelam dalam emosi kerana boleh merosakkan mental dan organ dalaman yang paling penting iaitu jantung.

Sumber : Utusan Malaysia

Begini kaedahnya

Sebaiknya adalah kita berdepan dengan penyelesaian untuk mengurangkan kadar kemarahan. Mungkin beberapa tips yang diulang-ulang kepada kita sejak dibangku sekolah boleh kita hayati dalam mengendalikan tabiat marah dengan cara yang betul. Apabila marah :
  • Pause. Cari mana-mana cermin yang berdekatan dan lihat muka anda. Sesunggunya buruk sangat wajah ketika marah dan secara otomatik marah boleh dikurangkan dan bertukar kepada perbincangan. Cubalah!
Ini adalah kisah benar daripada seorang teman dimana beliau bekerja disebuah syarikat telekomunikasi di bahagian khidmat pelanggan dimana kebanyakan panggilan yang diterima adalah untuk dimarahi. Cermin disediakan di bahagian depan muka mereka supaya dapat dilihat muka mereka apabila bercakap dengan pelanggan yang bermacam-macam ragam. Dan ia berkesan mengurangkan kemarahan!

  • Mengucap Ta’awwudz. A’uudzu billah mina-syaithaani-r-rajiim yang bermaksud, "Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk "
  • Ubah kedudukan. Jika marah ketika berdiri, sila duduk. Jika marah ketika duduk sila baring. Jika marah ketika baring, sila tidur. Dan jika masih marah lagi, sila ke langkah seterusnya.
  • Berwudu' . Sumber dari Aisyah al-Aufi
"Sesungguhnya marah itu berasal dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api,dan api hanyalah dpt dipadamkan dengan air. Apabila di antara kalian marah,hendaklah berwuduk."
(H.R Ahmad,Abu Daud)

  • Mendiamkan diri. Dalam erti kata lain memupuk dan melatih tahap kesabaran supaya sentiasa berada di tahap yang tinggi.
Selain itu, kita cuba praktikkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan tekanan dan apabila jiwa tenang dan mood sentiasa baik, InsyaAllah kita menjadi lebih produktif dan mendatangkan hasil yang berkualiti baik dari aspek kekeluargaan mahupun kerjaya. Sebagai contoh, baiki hubungan dengan semua orang terutama keluarga dan sahabat-sahabat, sertai aktiviti yang mendatangkan ketenangan dan kegembiraan seperti rihlah bersama keluarga, khidmat masyarakat, bercuti dan sebagainya.

Memang benar berkata itu lebih mudah daripada praktikalnya. Tapi apasalahnya kita pasang niat dan betulkan semula mind-setting kita setiap hari sebagai motivasi untuk mengurangkan kemarahan kerana ia bermanfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Selamat berusaha!

Buat pembaca kesayangan kami semua ...




Sekadar selingan :


Kalau yang ini comel sikit.


Sumber imej- imej dipilih dari google.com

1 comments:

Anonymous said...

cute yg last skali tuh..

Post a Comment