Ucapan Salam

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa hebat setiap hari.

Tempoh hari ramai di antara sahabat-sahabat saling menziarahi antara satu sama lain, bukan? Saya juga tidak ketinggalan dengan aktiviti menziarahi sanak saudara dan kenalan terdekat. Apa yang menjadi kegusaran saya selama ini adalah ungkapan salam dalam budaya melayu.

Ungkapan 'Assalamu'alaikum' adalah bermakna salam sejahtera ke atas kamu yang membawa maksud mendoakan kesejahteraan orang yang diberi salam tersebut. Ia juga bertujuan sebagai ucapan untuk bertegur sapa sesama manusia disamping merapatkan lagi ukhwah yang terjalin. Memberi salam adalah sunat ini bermakna pahala diperolehi setiap kali salam diberikan manakala menjawab salam seorang Muslim itu hukumnya wajib.





Kurangnya ucapan salam

Walau bagaimanapun, rata-rata manusia dalam masyarakat kita lebih senang dengan ungkapan, hai berbanding ucapan salam dalam budaya bertegur sapa.

"Hai Johan! Jom ke masjid!"
"Hai Adibah, nak kemana tu?"

Lebih mudah dan simple katanya. Lebih friendly bunyinya. Lebih moden juga. Tidak terlalu panjang nak menyebutnya.

Ucapan salam yang salah

"Assalamu'alaikoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooom!!"
Begitulah gaya sebenar masyarakat melayu memberi salam. Samada di alam realiti mahupun di kaca-kaca TV. Sehinggakan menjadi ikutan dari generasi ke generasi. Hakikatnya, salam yang diberikan tidak sampai maksudnya, justeru doa kesejahteraan tidak diiring bersama salam yang diberikan.
"Semekom"
"Askum"
"Salamz"

Ish,ish,ish. Begitulah bermacam-macam gaya salam diberikan oleh orang-orang yang hidup dalam zaman teknologi. Agaknya, ada lagi gaya salam yang akan wujud pada masa-masa akan datang. Inilah yang terjadi apabila salam diberikan sekadar bersahaja dan tanpa niat yang ikhlas.

"Akum"

Perkataan "Akum" adalah gelaran oleh orang-orang yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud "binatang" dalam bahasa Ibrani. Ia adalah singkatan Avde Kokhavim U Mazzalot yang membawa maksud hamba-hamba binatang dan orang-orang yang sesat.



Begini ucapan salam yang betul.

"Assalaamu'alaikum"

atau begini untuk ucapan salam yang lebih pendek dan mudah yang biasa digunakan dalam sms,

" Salam"
"As-Salam"

atau begini untuk ucapan salam yang lebih panjang dan mendoakan kesejahteraan, kerahmatan dan barakah Allah kepada penerima salam,

"Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"

Salam bukan sekadar ucapan

Mengapa salam diberi pada setiap kali menziarahi kenalan atau sedara mara?
Apakah itu sekadar adab? atau sekadar ikutan? atau sekadar untuk pastikan tuan rumah ada di rumah atau tidak?

Mengapakah salam diberi setiap kali memulakan bicara ketika berucap, menulis surat atau ber-sms?
Apakah itu sekadar pembuka kata? atau sekadar penyedap ucapan? atau sekadar bukti kesopanan kita?

Setiap individu memberi ucapan salam untuk tujuan yang berbeza. Kembalilah kita semua kepada tujuan sebenar salam dalam Islam.
  • Mendoakan kesejahteraan manusia
  • Sebagai pengikat ukhwah sesama Muslim
  • Sebagai tanda penghormatan sesama insan
  • Sebagai pembuka kata untuk membina ukhwah
  • Beroleh pahala memberi salam
Allah berfirman:

"Dan apabila kamu diberikan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah dia dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)

(An-Nisaa' : ayat 86)

Begitulah cantiknya Islam sehingga perkara memberi salam juga diberi perhatian di dalam al-Quran. Di sini boleh saya tekankan bahawasanya hal dalam mengucapkan salam adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main kerana salam itu adalah ungkapan doa. Jika sebutannya salah dan membawa maksud yang berbeza, dikhuatiri kita mendoakan sesuatu yang tidak elok kepada orang lain. Bukan itu sahaja, pahala sunat memberi salam pun lesap.

Ayuh, berilah peringatan sesama kita untuk sentiasa menghidupkan budaya salam sesama kita dengan ungkapan salam yang betul! Jangan pula nanti orang kafir pula yang bersungguh-sungguh memberi salam kepada kita.


2 comments:

Anonymous said...

nak radd sikit

yg aku tau "Avde Kockavim U Mazzalot" ni maksud dia penyembah bintang (bukan binatang ek) dan planet... jauh betul lari maksud dia...

kalau nak make a point pun jgn la lebih2 sangat tipunya

cerita lama dah ni... kaji balik posting2 yg seakan2 ni... sahih ke? kang tak pasal2 kita fitnah agama org lain...

kalau a*kum pulak mcm mana? * tu sebagai wildcard...

wassalam.

Unknown said...

maklumat yang penting adalah penggunaan perkataan akum itu salah dan makna yang tersasar.amalkan yang betul.

Post a Comment