Buku Baru Terbit : Travelog Turki Bumi Khalifah


Nama buku : Travelog Turki Bumi Khalifah
Penulis : Jhaz Kitaro
Harga : RM 45.00
Nombor ISBN : 978-983-44630-7-6
Mukasurat : 288




Menyorot kisah Turki dari kacamata seorang anak muda Melayu..

Turki bukan hanya tanah penyambung antara benua Asia dan Eropah tetapi juga jambatan penghubung zaman Nubuwwah dengan zaman kini. Semboyan Baginda Rasulullah tercipta oleh pendiri Empayar Uthmaniah setelah lebih 800 tahun umat bertarung silih berganti untuk menduduki kota Constantinople. Gelaran Sultan terbaik dan ketumbukan tentera terhebat nyata milik Sultan Uthmaniyah dari generasi ke tujuh. Peristiwa itu menyuntik kesegaran iman, kejernihan iltizam, keterikan rasa bersama yang kukuh. Kini lebih 500 tahun peristiwa itu berlalu, hikmah pengajaran daripada kekuatan silam harus jangan dikesampingankan.




Kita ikuti citra rasa pengembaraan anak Melayu meredah sejarah, memetik hikmah di Bumi Khalifah ini..



Isi kandungan :

Prolog
Hari 1 Istanbul I : Istana Topkapi, Sultanahhmet, Masjid Biru, Hippodrome, Masjid Sokullu Mehmet Pasha.
Hari 2 Istanbul II : Makam Sultan Ahmet, Rumah Mandi Roxelana, Hagia Sophia, Basilica Citern, Makam Sultan Mahmud II, Eminonu, Masjid Yeni, Spice Bazaar, Menara Galata, Masjid Suleymaniye, Grand Bazaar.


Hari 3 Istanbul III : Kiz Kulesi, Masjid Ortakoy, Jambatan Bosphorus, Taksim Square.

Hari 4 Ankara : Turkish Grand National Assembly Building, Zafer Square, Masjid Haci Bayram, Ankara Citadel, Anitkabir, Atarturk Mausoleum.

Hari 5 Konya : Muzium Mevlana, Masjid Alaeddin

Hari 6 Ephesus : Kota Ephesus

Hari 7 Troy : Kota Troy

Hari 8 Bursa : Makam Osman Gazi, & Orhan Gazi, Masjid Ulu, Koza Park, Masjid Orhan Gazi, Koza Han, Makam Hijau, Masjid Hijau, Zafer Plaza.

Hari 9 Edirne : Masjid Selimiye, Masjid Eski, Masjid Uc Serefeli.

Hari 10 Istanbul IV : Turkish Delight, Masjid Rustem Pasha.

Hari 11 Istanbul V : Istana Dolmabahce, Birbindirek Cistern Basilica Cistern.

Hari 12 Istanbul VI : Masjid Eyup Sultan, Makam Abu Ayyub al-Ansari, Valens Aqueduct, Masjid Fatih, Maka, Sultan Muhammad al-Fateh, Masjid Beyazid II, Istanbul University.

Hari 13 Istanbul VII : Hagia Sophia

Epilog



Turki mungkin mempunyai sejarah gemilang, namun belum tentu bangsa Turki yang paling pintar mengambil ibrah daripadanya. Sesiapa sahaja mungkin bangun di atas formula kesolehan dan ketakwaan. Sepertimana hak kempimpinan bukan milik bangsa Arab sahaja, maka ia juga bukan milik mutlak bangsa Turki.

Read more »

Pengumuman!

Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sama-sama kita memahami sedikit maklumat mengenai buku al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan bersama penulis buku tersebut, abdul Shahiid Shafruddi pada Hari Jumaat 9 April 2010 pada jam 7.15 pagi.


Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: 22 - 28 Mac 2010

Bersambung lagi..























































































Dan kunjungan istimewa daripada 2 orang jaguh..









Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: Promosi!Promosi!

Mari membeli belah di Sufi Cube sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 dan jangan lepaskan untuk nikmati pomosi hebat kami!
Diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada setiap pembelian buku di booth Pelima Media dan penanda buku yang menjadi pilihan anda sebagai cenderahati daripada kami.

Nikmati juga diskaun sehingga 25% dengan pembelian "Pakej Instrumen Asas Menghidupkan Kembali Peranan Hati" seperti berikut :

Klik imej untuk pembesaran

Klik imej untuk pembesaran

Sila rujuk 1 set buku yang diikat reben di hujung sebelah depan meja yang dipenuhi buku. Itu adalah contoh promosi untuk 1 set buku - 8 buah buku pilihan dengan harga RM 165. Harga asal adalah RM 207.


Kami nantikan kedatangan anda di Sufi Cube, Ok? Sekian buat masa ini, terima kasih.
Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 7: Debaran 20 Mac 2010

6Pesta Buku 2010 telah pun bermula sejak 19 Mac 2010. Namun, kami tidak berkesempatan merakamkan detik-detik bersejarah itu pada hari pertama PBAKL 2010 kerana tidak berkesempatan akibat setiap staf tidak menang tangan dalam melayan pengunjung. Al-maklumla, budak baru belajar. Heheh.

MasyaAllah ramainya orang. Agak terkejut kerana kedatangan pengunjung tidak putus-putus sejak hari pertama lagi.

Walaupun begitu, pada 20 Mac 2010, hari Sabtu sedikit foto sempat dirakam untuk tatapan sahabat-sahabat semua.





Penulis buku al-Fatihan Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan turut memeriahkan booth Sufi Cube. Terima kasih tuan!




Sekian dulu untuk kali ini, akan kami berusaha untuk update aktiviti seterusnya.

Read more »

Kemaskini Pesta Buku 2010 Episod 5: Debaran 18 Mac 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga sahabat-sahabat sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah.
Kali ini, tiada ucapan panjang yang ingin diperkatakan, sekadar tatapan foto-foto di sekitar persiapan susun atur booth Pelima Media di Dewan Tun Hussein Onn G03.

Tidak dapat digambarkan apakah perasaan kami saat ini, kerana ini adalah pengalaman hebat yang bakal dilalui kami buat kali pertamanya. Berdepan dengan pencinta-pencinta buku dan ilmu pastinya saat yang dinanti-nantikan. Berikut foto-foto yang sempat dirakam buat tatapan sahabat-sahabat semua.


Berfikir-fikir dan merancang apa lagi yang boleh menarik perhatian pengunjung


Inilah tanda pengenalan kepada booth kami Sufi Cube


Beli 8 buku pilihan terbitan kami dengan potongan 25%


Hampir selesai, phew


Ok, 80% siap susun atur


Gambar pemandangan Masjid di Turki sebagai kenangan pengunjung untuk berfoto di sini.

InsyaAllah, akan kami kemaskini lagi untuk hari-hari akan datang.
Read more »

Penulis Buku Travelog Turki Bumi Khalifah

Seorang individu yang sukakan cabaran dan sentiasa mencari-cari peluang menceduk pengalaman baru setiap kali berada di negara orang.

Mohd Jhaznarul bin Juharul Zaman atau nama penanya Jhaz Kitaro, lahir pada 6 Ogos 1982 di Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar dan menyambung pengajian pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar. Dengan kecemerlangan dalam PMR, melayakkah diri beliau menyambung peringkat menengahnya di MRSM Taiping. Setelah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau ditawarkan menyambung pengajian di Kolej MARA Banting bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti College Dublin, Ireland. Buat masa sekarang, beliau berada dalam tahun akhir ijazah perubatan.

Hobi mengembaranya sudah membawa beliau ke 43 buah negara di benua Eropah, Timur Tengah, Afrika Utara dan Australia. Idola yang begitu berpengaruh menyuntik semangat dan inspirasinya adalah Rasulullah SAW, Ibnu Sina dan Ibnu Battuta.

Misi hidupnya ialah ingin menjadi seorang doktor perubatan yang berdedikasi dan juga ingin menjejakkan kaki ke seberapa banyak negara di muka bumi Allah SWT ini. Insya Allah.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat beliau.
Read more »