Sepintas lalu : Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah ?



Assalammualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara nikmat yang diberiNya. Alhamdulillah.

InsyaAllah, kami dalam proses penerbitan buku terbaru dari seorang ulama Melayu yang berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di Fakulti Teologi Oxford. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK). Beliau yang kami maksudkan ialah Dr Afifi Al Akiti. Untuk maklumat lanjut tentang beliau , boleh klik sini.

Karya beliau merupakan satu hadaman baik untuk masyarakat Malaysia yang kian keliru tentang permasalahan amalan orang hidup untuk arwah.

Banyak khilaf yang terjadi dalam masyarakat kita kini. Ada yang mengatakan amalan orang hidup sudah semestinya akan sampai kepada arwah dan ada juga yang mengatakan sebaliknya.

Rentetan itulah, kami berharap dengan terbitnya buku kecil yang serba lengkap lagi melengkapi ini, akan dapat memberi pencerahan kepada mereka yang mencari jawapan tuntas dalam permasalahan ini mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyairah wal Maturidiyah).

Dapatkan buku karya Dr Afifi Al Akiti ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang akan bermula pada Jumaat (22.04.11) minggu ini hingga Ahad (1.05.11) , insyaAllah.

Moga-moga buku ini dapat menjernihkan fikiran masyarakat yang kusut dengan pandangan-pandangan khilaf , insyaAllah :)

2 comments:

Anonymous said...

Salam...

Ustaz, harga buku tu berapa? dan di Pesta Buku nanti discount berapa???

Wassalam

fadz said...

saya dah beli, murah saja, RM5, ada diskaun lagi!

Post a Comment