Pengumuman Pemenang Pertandingan Cerpen Islami Anjuran Pelima Media

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Didoakan semoga anda semua sentiasa bersama rahmat Allah. Amin


Makluman kepada semua peserta Pertandingan Cerpen Islami Anjuran Pelima Media dengan tema ' YA RASUL ALLAH AKU RINDU PADAMU'


Alhamdulillah, pihak Pelima Media telah mengenalpasti pemenang untuk pertandingan ini. Pemenang akan dihubungi secara peribadi oleh pihak kami. Walau bagaimanapun, nama pemenang akan disiarkan di laman blog ini dan laman Facebook Pelima Media sebagai rujukan pada hari rabu 20 April 2011 ini.


Acara penyampaian hadiah akan diadakan di tempat dan masa seperti berikut :


Tempat : Bilik Kedah

Tarikh : 23 April 2011

Masa : 2.00-4.00 petang


Untuk makluman, pada masa yang sama diadakan satu program bedah buku Fikh Kerahsiaan Wanita. Peserta boleh rujuk sini untuk atucara majlis.


Perhatian juga kepada semua peserta yang telah menghantar penyertaan cerpen untuk hadir sama ke majlis tersebut untuk menuntut cenderahati sebagai tanda penghargaan kerana menyertai kami.


Sekian, terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada para pemenang. Kepada yang kurang berjaya, anggaplah ini sebagai satu kemenangan yang tertangguh. Jangan mudah berputus asa. Perjalanan kita masih jauh lagi untuk memperbaiki diri dalam dunia penulisan. Semoga usaha pihak penganjur akan dilanjutkan lagi untuk masa hadapan demi mencungkil bakat generasi muda dalam seni kreatif yang berunsurkan islam.

Anonymous said...

Bilik Kedah kt mana?
kalau 23 haribulan tu x leh datang,cmner?

pelimamedia said...

1 ) Setuju. Bagi yang belum berjaya, teruskan perjuangan kalian berdakwah melalui penulisan. Anda boleh menghantar karya-karya anda ke majalah, suratkhabar, buletin sekolah/universiti. Bakat dan kekreatifan anugerah Allah itu jangan dipersiakan. Sememangnya, untuk memilih pemenang pada kali ini amat sukar, memandangkan penceritaan setiap peserta luar biasa dan AWESOME!

Teruskan menulis.

2) Bilik kedah terletak bersebelahan Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Selepas melalui legar putra, anda akan bertemu kedai tudung Ariani di sebelah kanan dan cafe di sebelah kiri. Belok ke kanan selepas melalui kedai tudung Ariani. Semoga info ini membantu.

Anonymous said...

Salaam....
kalau pada hari tersebut saya tidak dapat hadir bagaimana ya?

Post a Comment