Awesome Islamic Photo Challenge


Pertandingan Foto Islami


Tema : Bebas


Kriteria : foto individu, sekumpulan orang, binatang/ serengga, pemandangan, bangunan, dan lain-lain yang boleh dikaitkan dengan mesej Islami mengikut kekretivitian anda.


Tarikh penyertaan : 1/4/2011 – 1/5/2011


Metod penyertaan




2. ‘Like’ Fan Page pelimamedia


3. Upload/ muatnaik foto anda di pelimamedia Facebook Wall dengan disertai butiran berikut :


a. Nama anda

b. Tema foto

c. Mesej


*Hanya penyertaan yang mempunyai butiran yang lengkap sahaja diterima. Terima kasih atas kerjasama anda.

Metod undi bagi mereka yang ingin mengundi

1. Lawati www.facebook.com/pelimamedia

2. ‘Like’ Fan Page pelimamedia

3. Klik album gambar bertajuk ‘Pertandingan Foto Islami’


4. Pilih gambar pilihan dan tekan butang ‘like’. Undian ‘like’ di fan photo tidak dikira.

*Undian bermula daripada 21/3/2011 sehingga 21/5/2011 tepat jam 11.59pm


5. Setiap orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, dan seluruh kenalan boleh mengundi foto anda. Sebarkan dan maklumkan kepada mereka mengenai keistimewaan dan keunikan foto anda.


* Bagi memudahkan kenalan melihat foto anda, klik ‘share’ di bahagian foto anda di dalam album ‘Pertandingan Foto Islami’ dan bukan di dalam album fan photo.


Hadiah pemenang :


1 foto yang mendapat undian tertinggi akan memenangi wang tunai sebanyak RM 100 + novel Isabella.


Manakala


10 foto yang mendapat undian kedua sehingga kesepuluh tertinggi akan mendapat novel Isabella.


Berita baik untuk semua peserta:


Foto-foto anda akan disimpan oleh Pelima Media dan berpeluang menjadi cover depan buku-buku yang bakal diterbitkan kami. Sekiranya foto anda terpilih, nama anda akan diberi kredit di helaian pertama buku.


Syarat-syarat penyertaan :


1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia


2. Pemenang dipilih mengikut undian ‘like’paling tinggi


3. Pelima Media mempunyai hak ke atas foto-foto yang dihantar sebagai penyertaan


4. Pelima Media akan mengumumkan pemenang pada 30 Mei 2011 Isnin di pelimamedia Facebook Wall. Keputusan adalah muktamad


5. Pemenang akan dihubungi Pelima Media untuk pemberian hadiah. Mohon perhatian kepada semua peserta untuk menyemak keputusan pertandingan pada 3 Mei 2011 di www.facebook.com/pelimamedia


Sekiranya ada pertanyaan, boleh emel soalan anda di media@pelima.com.my ataupun di www.facebook.com/pelimamedia




Read more »

Video | Surah Al-Fatihah

Sekadar selingan di hari Selasa ini



Menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim meyakini bahawa al-Fatihah merupakan sebuah manhaj atau gaya hidup yang sesuai dengan apa yang Allah perintahkan. Tidak hairanlah jika surah yang hanya terdiri daripada 7 ayat ini diulang sebanyak 17 kali sehari dalam mempersembahkan ibadah yang paling penting iaitu solat.

Al-Fatihah adalah pembuka al-Quran yang sangat Agung. Maka, ia juga adalah pembuka kepada minda manusia yang memerlukan kebenaran. Ia juga pembuka kepada hati yang memerlukan perlindungan, belaian kasih sayang dan pengisian yang menyegarkan.
Read more »

Baru Terbit | Isabella

Sebuah novel klasik yang pernah tampil buat pertama kalinya di khalayak pembaca di Malaysia lebih 20 tahun lalu. Kini tampil semula menemui generasi baru, anak-anak kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang pernah mendapat suntikan inspirasi daripada kisah perjuangan Isabella mencari dan mendakap erat kebenaran Islam.


Nama buku : Isabella

Penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Penterjemah : Dato' Abdullah bin Hussain

Harga : RM 16.00

Nombor ISBN : 978-967-5999-02-4

Terbit : Februari 2011

Mukasurat : 271

Isabella | Kiblat hidup Isabella adalah kebenaran dan itulah yang menjadi buruannya. Menjadi puteri kepada ketua paderu besar Cordoba tidak menumpulkan kepekaannya untuk menangkap "signal-signal" kebenaran hakiki. Ikuti kisahnya hidupnya, dilimpahi hidayah dan bertemu Islam sebagai suatu cara hidup yang mengisi puas akal dan jiwa manusianya. Dia peruntukkan hidup dan matinya demi keyakinannya. Suatu hadiah bergarga untuk pencinta Islam dan kedamaian ..
Read more »

Video | Tazkirah@pelima : Fikh Kerahsiaan Wanita Bahagian 3 [hukum berkhatan bagi wanita]

Tazkirah@pelima kali ini masih lagi membincangkan kupasan buku Fikh Kerahsiaan Wanita hasil penulisan Dr Saadun Mus'ad Hilali seorang ulama' Mesir oleh penterjemah buku tersebut Ustaz Fauwaz Fadzil. Menyentuh bahagian 3 bab 1 buku tersebut,hukum berkhatan bagi wanita.

Sekiranya anda mempunyai cadangan dan komen, kami berbesar hati menerimanya di ruang komen. Terima kasih

Read more »

Pertandingan Menulis Cerpen Islami

Photobucket

Tema
“YA RASUL ALLAH, AKU RINDU PADA MU”

Penerangan

Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekelian alam. Umat manusia di sepanjang zaman, tanpa dibatasi oleh ras bangsa dan warna kulit telah bangun menukilkan episod-episod tertentu kehidupan Baginda yang sangat mengesankan hati terdalam mereka.

Umat Islam di sepanjang zaman tidak pernah puas menukilkan prosa rasa memuji dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Pemuka sejarah di kalangan non-muslim juga tidak lekang daripada menyebut kehebatan Baginda. Napoleon Bonaparte, Gandhi, Montgomery Watt dan banyak lagi nama yang mewakili bangsa, negara dan profesi masing-masing telah bangun menyatakan kekaguman mereka terhadap ketokohan baginda Rasulullah SAW.

Kini telah tiba masanya bagi kita umat Islam, yang telah menikmati anugerah Iman dan Islam hasil jerih payah perjuangan baginda Rasulullah dan para sahabat untuk tampil berkongsi rasa dan cerita dari lubuk hati terdalam umat akhir zaman tentang baginda Rasulullah SAW.

Semoga inti cinta yang didasari keimanan yang tulus ini dapat dikongsi oleh seramai mungkin umat manusia untuk berupaya melihat dan merasai rahmat cinta kasih yang tumbuh bersama datangnya Nabi Muhammad SAW. Sungguh tiadalah kita terpisah dengan Rasulullah SAW dengan kewafatan baginda. Mengasihi Rasulullah adalah mata rantai untuk kita meraih kasih sayang Allah SWT.

Skop

Skop pengkaryaan adalah bebas.
Kongsikan kisah-kisah anda/teman anda yang pernah dilalui, dirindui dan dihayati.

Hadiah

Hadiah Pertama: RM 500.00
Hadiah Kedua: RM300.00
Hadiah Ketiga: RM 100.00
10 Hadiah Saguhati : RM 50.00 setiap satu

Tarikh tutup
27 Mac 2011


Syarat-syarat
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia kecuali staf Pelima Media Sdn Bhd..

2. Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting, menerbit dan mencetak cerpen.

3. Cerpen hendaklah menerapkan nilai-nilai dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.

4. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas berdasarkan tema tetapi tidak menyentuh unsur-unsur politik dan unsur-unsur yang boleh menimbulkan spekluasi negatif di kalangan masyarakat majmuk Malaysia amnya.

5. Panjang manuskrip bagi cerpen mestilah tidak kurang daripada 3,000 patah perkataan.

6. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau satu baris.

7. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada kulit naskah.

9. Karya mestilah asli, dan bukan adaptasi daripada mana-mana pihak serta tidak pernah diterbitkan dalam apa jua bentuk sekalipun.

10. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria pihak juri yang dipilih Pelima Media dan keputusan adalah muktamad.

11. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada penganjur sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 27 March 2011 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Pelima Media Sdn Bhd
No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di 016-2099454/03-89267746 atau emel di media@pelima.com.my
Read more »

Video | Tazkirah@pelima : Fikh Kerahsiaan Wanita Bahagian 2 [aurat faraj wanita]



Tazkirah@pelima kali ini masih lagi membincangkan kupasan buku Fikh Kerahsiaan Wanita hasil penulisan Dr Saadun Mus'ad Hilali seorang ulama' Mesir oleh penterjemah buku tersebut Ustaz Fauwaz Fadzil. Menyentuh bahagian 2 buku tersebut, aurat faraj wanita samada bagi diri sendiri, suami isteri dan bagi tujuan rawatan.

Sekiranya anda mempunyai cadangan dan komen, kami berbesar hati menerimanya di ruang komen. Terima kasih
Read more »

Kedai Buku Syabab, Bandar Baru Bangi


Buku-buku Pelima Media juga boleh didapati di Kedai Buku Syabab yang berlokasi di tingkat 2, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.
Info ringkas mengenai kedai buku tersebut, ia diasaskan oleh Hj Mohd Bukhari bin Bachok dan ditubuhkan di awal pembukaan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi sekitar tahun 2000. Aktiviti utama Kedai Buku Syabab adalah menjual al-Quran, buku-buku berbentuk keagamaan, motivasi dan rujukan sekolah.
Berita baik untuk semua, dapatkan potongan harga buku di Kedai Buku Syabab sebanyak 15% dengan mendaftar sebagai ahli di kedai tersebut.
Read more »

Diskaun buku sempena Maulidur Rasul

Berita baik!

Terasa gembiranya hati setiap kali menjelang ulangtahun kelahiran nabi junjungan Muhammad Sallahu 'alaihi wassalam. Bersempena dengan sambutan Maulid Rasulullah, Pelima Media berbesar hati mempelawa teman-teman semua dapatkan potongan hebat sebanyak 25% untuk semua buku-buku Pelima Media melalui pembelian secara online sahaja. Layari www.pelima.com.my/media untuk pembelian.
Tempoh potongan harga buku sah dari 7 Februari 2011 sehingga 20 Februari 2011. Sebarkan kepada teman-teman semuanya.
Mohon komen dan cadangan daripada anda semua dalam penambahbaikan sistem jualan online kami. Terima kasih
Read more »