Perkhidmatan Pelima Media




Antara aktiviti-aktiviti syarikat yang disediakan adalah :
  • Penerbitan buku * poster * kad undangan * penanda buku * kalendar
  • Kempen Pengiklanan
  • Identiti Korporat
  • Iklan Korporat
  • Laporan Tahunan
  • Pembungkusan Barangan
  • Brosur dan Katalog
  • Makalah dan Buletin
  • Fotografi
  • Cenderahati untuk Majlis Undangan
Read more »

Pembukaan Pelima Media Sdn. Bhd



Pelima Media Sdn Bhd ditubuhkan pada 9 April 2009 bagi memeriahkan lagi industri penerbitan dan percetakan di Malaysia. Antara aktiviti utama Pelima Media :

1) Penerbitan dan pengedaran buku-buku keagamaan dan motivasi serta CD audio
2) Penganjuran seminar, ceramah dan majlis

Beberapa perkara dan pendekatan diambil kira dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah institusi penerbitan dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Antaranya adalah misi dan dasar editorial serta pendekatan syarikat dalam menjayakan usaha penerbitan ini :

Misi Syarikat
Menyampaikan mesej Islam melalui pelbagai media dalam rangka menyulam kembali nilai dan Memperkasa Tradisi Hidup Para Salafussoleh ke dalam masyarakat dengan :
1) Mengoptimumkan pengunaan sumber kehidupan untuk membentuk nilai diri terbaik pada pandangan Allah SWT.
2) Memperkasa diri insani dengan kemantapan sikap dan kemahiran diri yang tinggi dalam agenda membina kebaikan dan kemajuan
hidup bermasyarakat di dunia.

Dasar Editorial

Demi menjaga kesahihan ilmu dan kemurnian amal, keutuhan kefahaman dan kesejahteraan akhlak Islami, Pelima Media menetapkan dasar editorial kepada sumber ilmu yang jelas dan benar, berpaksikan kepada pegangan majoriti umat Islam iaitu dengan Mazhab Tauhid aliran Asya'iroh/al Maturidiyyah, Feqah Mazhab Syafie (bermazhab) dan Tasauf Imam Al Ghazali (yang sealiran dengannya).

Pendekatan

Menyampaikan ilmu Islam ke tengah masyarakat melalui :

1) Mesej Islam yang jelas dan mudah difahami oleh masyarakat umum
2) Corak dan gaya persembahan grafik kontemporari yang unik dan menarik.

Demikianlah antara usaha dan rancangan Pelima Media Sdn. Bhd. Semoga usaha, doa dan barakah Allah memudahkan urusan dalam menyampaikan kebaikan, InsyaAllah.
Read more »

Hubungi Kami

Bahagian perhubungan kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam waktu bekerja dengan cara yang anda pilih. Pastikan alamat emel atau telefon anda betul untuk memastikan pihak kami tidak menghadapi masalah untuk menghubungi anda. Kami juga mahu komen daripada anda tentang laman web kami. Jika anda ada apa jua rancangan untuk memperbaiki laman ini, sila kemuka kan kepada kami supaya kami dapat mengatur laman ini dengan lebih efektif kepada pelanggan.

Pelima Media Sdn Bhd (852961-A)

Alamat :
No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia


No Tel : +603-8926 7746
No Fax : +603-8927 3479
Emel : media@pelima.com.my
Laman Web : www.pelima.com.my/media






View Larger Map
Read more »

Selamat datang

Sila layari www.pelima.com.my/media untuk keterangan lanjut
Read more »







Komen dan pandangan anda

Nama *



Alamat Emel *



Website



Perkara



Mesej *








age Verifiation

captcha


Please enter the text from the image:

[Refresh Image] [What's This?]






Powered byEMF HTML Form
Report Abuse
Read more »

Katalog buku-buku Pelima Media

Klik sini untuk download katalog berformat .pdf

MENJIWAI TAUHID, MEMURNIKAN DIRI
• RAJA AHMAD MUKHLIS

Menganjak fokus diri kepada fokus Ilahi. Ilmu tauhid adalah jalan untuk mengenal Allah dengan pengenalan yang sebenar benarnya.Pangkal bahagia itu adalah dengan mengenal, sedang hakikat bahagia itu ada pada rasa. Tahu itu stesennya di akal, sedang rasa itu adalah hadaman jiwa. Takkan murni jiwa insan tanpa pengenalan yang sahih. Ikuti perbahasan ini, yang menyatu hidangan akal dan jiwa di dalam suatu hidangan tauhid tasawwuf yang indah.

ISBN 978-983-44630-2-1
174 ms, RM 20.00



MENYINGKAP TABIR BAHAGIA
• RAJA AHMAD MUKHLIS

Bahagia di kala senang itu biasa, namun bahagia dan tenang saat dilanda derita, itu luarbiasa. Pemilik bahagia sebegini akan lebih halus dan terisi makna bahagianya sewaktu tenteram. Apakah hakikat bagi bahagia itu, apakah faktor pembangun bahagia bagi manusia, apakah semua insan boleh mencerap rasa bahagia itu? Kunci bahagia ada pada setiap diri menanti untuk ditemui. Miliki kunci itu agar nilai bahagia yang versatile itu bakal menjadi khazanah jiwa yang sejati.

ISBN 978-983-44630-1-4
139 ms, RM 19.00



MUTIARA-MUTIARA KEIMANAN
• SHEIKH NAWAWI AL BANTANI

Iman itu sifatnya kadangkala bertambah dan kadangkala berkurangan. Dalam menghadapi kitaran turun-naik iman ini, as Sheikh Nawawi al-Bantani, dengan tunjang al-Quran dan Hadis Nabawi, menyajikan formula ampuh untuk terus memastikan Iman senantiasa berada pada prestasi puncak dengan menghidupkan nilai dan amalan. Sungguh kadar Iman itu bertambah seiring dengan keseriusan insan mendirikan seluruh cabang- abang Iman dan menyusut musnah seiring kealpaan insan dalam memelihara kesuburan cabangcabangnya.


ISBN 978-983-44630-5-2
166 ms, RM 20.00


AL-QURAN BERBICARA TENTANG TAQWA
• RAJA AHMAD MUKHLIS

Taqwa adalah elemen struktural yang menunjangi energi kekuatan seorang insan dalam mengunyah setiap liku-liku cabaran kehidupan. Dengan taqwa, seseorang itu mampu melihat hikmah tersirat di sebalik setiap ketentuan yang berlaku, lalu membentuk suatu daya serap yang harmonis dan membahagiakan dalam wajah reda dan yakin akan kasih sayang dan keadilan Allah. Sungguh, taqwa adalah modal termahal dan paling ampuh untuk seorang insan.

ISBN 978-983-44630-4-3
146 ms, RM 19.00




AL-FATIHAH - MENYUSUN STRUKTUR
PERASAAN & FIKIRAN INSAN
• ABDUL SHAHIID SHAFRUDDIN

Al-Fatihah adalah formula untuk menyusun potensi seorang Muslim, mendidiknya menjadi seorang yang adil dengan menunaikan maksud kehambaannya dengan setepat-tepatnya dan menjayakan misi khalifahnya dengan sebaik-baiknya. Namun, aplikasi formula “al-Fatihah” ke dalam kehidupan tidaklah semudah menerapkan formula matematik dalam perkiraan. Interpretasi kepada formula al-Fatihah ada selengkapnya di dalam al-Quran. Buku ini mengupas mesej besar itu dengan garapan yang mudah dan jelas.InshaAllah.


ISBN 978-983-44630-6-9
204 ms,RM 22.00


TURKI BUMI KHALIFAH
• JHAZ KITARO

Turki bukan hanya tanah penyambung antara benua Asia dan Eropah tetapi juga jambatan penghubung zaman Nubuwwah dengan zaman kini. Semboyan Baginda Rasulullah disambut oleh pendiri Empayar Uthmaniyah setelah lebih 800 tahun umat bertarung silih berganti untuk menundukkan kota Constantinople. Gelar Sultan terbaik dan ketumbukantentera terhebat nyata milik Sultan Uthmaniyah dari generasi ketujuh. Peristiwa 500 tahun lalu cuba diterokai semula oleh pengembara muda Melayumemetik hikmah di Bumi Khalifah ini.


ISBN 978-983-44630-7-6
288 ms, RM 45.00


FIKH KERAHSIAAN WANITA
DR. SAADUDIN MUS’AD HILALI
Terjemahan • FAUWAZ FADZIL

Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan ‘dalaman’ yang wajar difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. bertanya
tentangnya sering mengundang rasa segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati.

ISBN 978-983-4463-08-3
184ms, RM 20.00







MUARA RASA ~ HIMPUNAN DOA
SALAFUSSOLEH

105 ms, RM 16.00



















SUMBU JIWA ~ SURAH-SURAH AMALAN PARA SOLIHIN SEPANJANG ZAMAN (BONUS CD MP3)

ms105, RM 25.00














Read more »