Tema “YA RASUL ALLAH, AKU RINDU PADA MU”
Penerangan
Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekelian alam. Umat manusia di sepanjang zaman, tanpa dibatasi oleh ras bangsa dan warna kulit telah bangun menukilkan episod-episod tertentu kehidupan Baginda yang sangat mengesankan hati terdalam mereka.
Umat Islam di sepanjang zaman tidak pernah puas menukilkan prosa rasa memuji dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Pemuka sejarah di kalangan non-muslim juga tidak lekang daripada menyebut kehebatan Baginda. Napoleon Bonaparte, Gandhi, Montgomery Watt dan banyak lagi nama yang mewakili bangsa, negara dan profesi masing-masing telah bangun menyatakan kekaguman mereka terhadap ketokohan baginda Rasulullah SAW.
Kini telah tiba masanya bagi kita umat Islam, yang telah menikmati anugerah Iman dan Islam hasil jerih payah perjuangan baginda Rasulullah dan para sahabat untuk tampil berkongsi rasa dan cerita dari lubuk hati terdalam umat akhir zaman tentang baginda Rasulullah SAW.
Semoga inti cinta yang didasari keimanan yang tulus ini dapat dikongsi oleh seramai mungkin umat manusia untuk berupaya melihat dan merasai rahmat cinta kasih yang tumbuh bersama datangnya Nabi Muhammad SAW. Sungguh tiadalah kita terpisah dengan Rasulullah SAW dengan kewafatan baginda. Mengasihi Rasulullah adalah mata rantai untuk kita meraih kasih sayang Allah SWT.
Skop
Skop pengkaryaan adalah bebas.
Kongsikan kisah-kisah anda/teman anda yang pernah dilalui, dirindui dan dihayati.
Hadiah
Hadiah Pertama: RM 500.00
Hadiah Kedua: RM300.00
Hadiah Ketiga: RM 100.00
10 Hadiah Saguhati : RM 50.00 setiap satu
Tarikh tutup
27 Mac 2011
Syarat-syarat1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia kecuali staf Pelima Media Sdn Bhd..
2. Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting, menerbit dan mencetak cerpen.
3. Cerpen hendaklah menerapkan nilai-nilai dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
4. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas berdasarkan tema tetapi tidak menyentuh unsur-unsur politik dan unsur-unsur yang boleh menimbulkan spekluasi negatif di kalangan masyarakat majmuk Malaysia amnya.
5. Panjang manuskrip bagi cerpen mestilah tidak kurang daripada 3,000 patah perkataan.
6. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau satu baris.
7. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada kulit naskah.
9. Karya mestilah asli, dan bukan adaptasi daripada mana-mana pihak serta tidak pernah diterbitkan dalam apa jua bentuk sekalipun.
10. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria pihak juri yang dipilih Pelima Media dan keputusan adalah muktamad.
11. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada penganjur sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 27 March 2011 dan dihantar kepada alamat yang berikut:
Pelima Media Sdn Bhd
No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di 016-2099454/03-89267746 atau emel di media@pelima.com.my
Read more »