Terbitan Baru!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Maaf kerana lama menyepi.

Menyepi bukan bermakna diam tanpa apa-apa hasil.

Tetapi..

Alhamdulillah, berkat doa sahabat-sahabat dan keluarga sekalian, inilah menyepi yang membuahkan dua naskah buku terbitan terbaru Pelima Media Sdn Bhd!


Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri
RM 20.00
oleh Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin





Naskah yang bersaiz 7" x 8" dan mempunyai 174 mukasurat ini, memuatkan kaedah sistematik ulama tradisi membentuk jiwa tauhid sekaligus menjernihkan kembali status kehambaan insani.


Ilmu Tauhid menyuluh persoalan iman, sedang Tasawwuf mengasuh untuk merasakan manisnya iman. Tasawwuf menitip adab, menyusun akhlak sehingga tumbuh rasa-rasa jiwa yang layak sebagai hamba. Ketika ditanya tentang ihsan, Nabi S.A.W menjelaskan bahawa ihsan adalah merasa seakan-akan melihat Allah atau setidak-tidaknya merasa dilihat Allah.


"Buku ini menghubungkan keyakinan dengan rasa, tahu dan mahu"

"Buku ini memuatkan penerangan mengenai Ilmu Tauhid dan Sifat 20 Allah"



Agar lapangan hidup ini, dapat kita jadikan medan untuk berdamai dan berharmoni dengan takdir Allah S.W.T, Tuhan yang menciptakan kita, yang kuasaNya tidak tersanggah oleh suatu apa jua pun.


Hayatilah kehidupan ini sebagai anugerah, nescaya setiap hari yang dilalui akan menjadi indah. Tiada yang mulia tanpa kehambaan dan tiada hina dengan pengabdian kepada Allah. Makna kehambaan ada dalam diri dan kehidupan, jika kita fahami hakikat bahawa kita hanyalah penumpang di dalam lautan anugerah Allah S.W.T.


Kembalilah kepada Allah dengan menghayati bahawa kehidupan yang dimiliki ini sesungguhnya bersifat sementara. Kembalilah kepada Allah dengan menginsafi bahawasanya kehidupan yang abadi disediakan oleh Allah untuk para hambaNya adalah di akhirat.



Menyingkap Tabir Bahagia
RM 19.00
oleh Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaludin






Naskah ini juga bersaiz 7" x 8" dan mempunyai 139 mukasurat.


"Mencari bahagia ..."


Ungkapan ini sering berlegar-legar di benak fikiran setiap manusia. Mengapa bahagia? kebahagian adalah antara nikmat Allah S.W.T yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara sifat pemurah Allah S.W.T kepada manusia.


Namun, ramai manusia gagal mencarinya. Mengapa?

Ini kerana, manusia cuba mencari makna kebahagiaan selain daripada makna kebahagiaan sebenar. Oleh itu, semakin manusia mendekati makna kebahagiaan ciptaannya, semakin dia menjauhi makna kebahagiaan hakiki dan abadi. Oleh kerana itu, semakin dia mencari "bahagia", semakin dia temui duka dan sengsara.


Maka, hadirnya buku yang serba ringkas ini, untuk mengajak manusia agar mereka melalui jalan kebahagiaan hakiki dengan meninggalkan kebahagiaan palsu yang lahir daripada angan-angan dan persepsi. Bahagia itu mulanya pada perjalanan kita menuju bahagia. Kalau seseorang menuju kebahagiaan hakiki dan abadi, maka setiap langkah dalam menuju kebahagiaan hakiki tersebut adalah kebahagiaan, begitulah sebaliknya.


Ia bermula daripada kita memperbaiki makna kebahagiaan dalam diri kita dengan makna kebahagiaan hakiki, lalu kita terus melangkah menujunya dengan langkah yang teliti berdasarkan petunjuk Ilahi. Pada ketika itulah, kita akan menjalani sebuah kehidupan Rabbani yang membawa kebahagiaan abadi, di dunia ini dan di akhirat nanti.

0 comments:

Post a Comment