Setahun lagi berlalu..Selamat datang 1431


Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Alhamdulillah, umat Islam bakal menyambut tahun baru pada esok hari. Satu tahun yang penuh dugaan, cabaran dan keceriaan berlalu lagi. Harapan terbesar pada setiap tahun baru muncul, juga seperti tahun-tahun sebelumnya adalah untuk menjadi lebih baik.

Jangan lupa amalan tahunan menjelang tahun baru iaitu bacaan doa akhir tahun menjelang waktu Maghrib dan bacaan doa awal tahun setelah Maghrib 1 Muharram.

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun



Mari hayati maksudnya :


Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan pada tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada apa yang aku melakukannya dan belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku lakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhoinya dan menjanjikanku dengan pahala sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan!Wahai yang Maha Pemurah! Wahai yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu daripadaku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun


Doa awal tahun




Mari hayati maksudnya :

Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga
dan sahabat-sahabatnya baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan daripadaMu di sepanjang tahun ini daripada syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha mendekatkanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat kepada penghulu kami Muhammad S.A.W. Nabi yang ummi dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Jom, kemaskini 'mind-setting' dan peribadi kita. Niat untuk sentiasa memperbaiki diri dan mengajak sahabat-sahabat serta keluarga untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Jangan terlepas untuk melaksanakan amalan di atas dan adalah lebih cantik jika dapat mengajak ibu, ayah, abang, kakak, adik, kawan-kawan dan teman sekerja untuk turut berjemaah mengamalkan doa ini bersama, bukan?


Amalan yang baik dijadikan ikutan..

0 comments:

Post a Comment