Jangan cepat melatah


Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dalam limpahan rezeki Allah,

Siapa yang pernah antara kita tidak pernah ditipu. Baik sekecil-kecil hingga sebesar-besar penipuan. Untuk entry kali ini, suka saya berkongsi sedikit kisah dari pengalaman yang saya lalui baru-baru ini. Kisah ini disampaikan dalam bentuk novel dengan harapan bakat tulisan saya dapat diasah dengan lebih tajam lagi. Semoga penyampaian ini dihayati oleh sahabat-sahabat dan bolehlah dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang merasakan ada kaitan terhadap cerita ini.

Scamming

Kautsar seorang yang cekap membuat kerja. Setiap masalah yang timbul pasti Kautsar dapat selesaikan dengan pantas. Cara dia berfikir cukup kreatif dan bisa mengeluarkan idea yang bernas dan memberangsangkan.

Pada suatu hari.....(bermulalah kisah)

Kautsar masuk kerja seperti biasa. Perkara pertama yang kautsar akan lakukan ialah membuka komputernya dan sementara menunggu komputernya selesai loading dia akan membaca surah Yassin. Seusai membaca surah Yassin, email syarikat dibuka untuk melihat sekiranya terdapat pesanan, mesej ataupun email untuk diproses.

Alangkah terkejutnya Kautsar apabila salah satu email yang dibacanya mengatakan email dimana memaklumkan bahawa akaun banknya telah diakses terlalu banyak dan perlu ubah aksesnya. Kautsar panik. Lalu dia terus menekan butang pautan maybank2u.com.my di bawah "page". (seperti di bawah)






Tanpa rasa curiga dengan link yang tidak sama dengan url yang diberi Kautsar terus dibawa ke laman maybank2u.com.my




dengan cemas,login dimasukkan seterusnya kata laluan.

"Alhamdulillah", katanya. "Boleh masuk maybank2u.com.my tanpa masalah", tambahnya lagi. Tapi masih keliru, kenapa boleh lepas login akaun sedangkan ada masalah login seperti diberitahu melalui emel.

Tiba-tiba akses laman berubah meminta nombor TAC dimasukkan untuk memastikan login akses yang betul. Dengan automatiknya, handphone Kautsar berbunyi menandakan ada sms yang masuk. Nombor TAC diberikan melalui sms untuk dimasukkan kedalam laman web tipu Maybank2u.com. Hati Kautsar yang lega sebentar tadi bertukar curiga dan pelik. Allah mengurniakan kecekapan mata dan hati kepada Kautsar supaya menyemak kembali apa yang sedang berlaku. "Aduh, kejadian pagi ini benar-benar menguji diri aku", bisik kecil hati Kautsar.

Dengan kandungan laman web maybank2u.com.my yang separa lengkap, banyak kesalahan ejaan contohnya becouse dan susun atur yang tidak sempurna. "Ini macam dah soheh tipu. Duit memanglah tak banyak dalam akaun, tapi duit tetap duit. Kena selamatkan!" Kautsar makin ligat berfikir dan makin berkecamuk.

Kautsar kembali gusar kerana sebelum ini tidaklah pernah dia mengalami perkara seperti ini.Tergerak hati dia bertanya kepada rakan sekerjanya digelarnya mat IT - Kasyfi.

Kasyfi yang berkebolehan dalam bidang IT sepantas kilat bertindak menyuruh Kautsar menukar kata laluan maybank2u.com.my melalui website yang betul setelah mengesyaki akaun yang Kautsar masuk sebentar tadi adalah laman web tipu yang selalu mencari mangsa dikalangan orang yang kurang berpengalaman. Seterusnya, kerana hati memberontak memikirkan keselamatan wang di dalam akaun, dengan tergesa-gesa Kautsar ke bank untuk memindahkan wangnnya ke dalam bank yang lain.

Cuba kita hayati kaedah penipuan melalui internet yang boleh melibatkan jumlah wang yang besar. Mereka adalah golongan yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini kepada sesiapa pun tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Contohnya Kautsar yang baru mula menabung dan wang yang tinggal untuk perbelanjaan adalah sedikit. Ini belum dikira mangsa-mangsa penipuan lain yang terdesak menggunakan wang untuk merawat penyakit, membayar hutang dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sikap berhati-hati jangan lekang dari diri kita dalam setiap situasi. Penipuan boleh berlaku dengan sekilas pandang, sekelip mata. Jangan ambil sikap ambil mudah kerana yang akan rugi adalah diri sendiri.

Sekian dulu, harapan saya sampai-sampaikanlah pesanan ini kepada orang lain terutama yang baru mula berjinak dengan alam internet ini. Dunia, dunia.. nampak seperti urusan semuanya mudah, rupa-rupanya ada juga susahnya di sebalik senang.


0 comments:

Post a Comment