Mutiara-mutiara keimanan.

Setiap manusia pasti mahukan sesuatu perhiasan untuk diri mereka. Bagi wanita, barang kemas seperti gelang, rantai dan sebagainya menjadi pilihan mereka untuk kelihatan menarik dan cantik. Manakala bagi lelaki pula, fesyen rambut yang cantik, aksesori-aksesori canggih untuk kenderaan mereka dan sebagainya merupakan antara pilihan mereka.


Memang sudah menjadi lumrah manusia yang mahukan sesuatu yang cantik. Sebagai contoh, apabila kita memakai sesuatu yang cantik(dalam pandangan kita), kita akan rasa yakin , potensi diri kita bertambah dan kita akan merasa seronok hari tu. Kiranya pakaian yang cantik itu telah menjadikan kita seorang yang cantik dari segi lahiriahnya.


Sama juga halnya dengan keimanan kita.
Iman sesuatu yang abstrak tapi hakikatnya kewujudan iman dalam diri seseorang boleh diperlihatkan menerusi perwatakannya dan peribadinya.


Sama seperti pokok. Yang kita nampak secara konkritnya ialah sebatang pokok yang berdiri teguh di atas bumi. Tapi apa yang kita tidak nampak ialah akar yang menyokongnya dari dalam (bawah tanah). Mustahil jika akar tidak kuat dan baik akan menghasilkan pokok yang segar. Akar berusaha mencari air untuk meneruskan kelangsungan hidup pokok tersebut. Jadi analogi iman sebagai akar dan pokok sebagai lahiriah kita amat bertepatan dalam memudahkan kita untuk memahami tugas keimanan dalam diri kita.

Untuk menambahkan iman kita memerlukan ilmu.
Ilmu akan mendorong kita untuk beramal.
Amal akan membuahkan akhlak yang baik.
Dan akhlak yang baik akan mewujudkan kasih sayang dan kemesraan dalam kehidupan.
Sesungguhnya kehadiran iman dalam diri menghasilkan lahiriah yang unggul bagi kita.


Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah ketaqwaannya, maka tidak ada suatupun yang bertambah dalam dirinya kecuali jauh dari Tuhan."


Justeru, kita perlu meningkatkan ilmu yang dapat mendekatkan diri kita denganNya. Dengan keimanan yang teguh dalam diri kita, nescaya kita akan menjadi antara perhiasan-perhiasan dunia. Macam menarik je bunyinya..


Tapi, bagaimana caranya untuk mendapatkan mutiara-mutiara keimanan ini ?


Apakah yang perlu dilakukan?


Menerusi buku terbitan kami , 'Mutiara-mutiara Keimanan' karya Syeikh Nawawi al-Bantani menyediakan bait-bait syair yang memujuk hati untuk menggilap mutiara-mutiara itu agar dapat menyinari kehidupan seharian kita.

Selamat membaca !



0 comments:

Post a Comment