Keputusan rasmi pemenang Pertandingan Menulis Cerpen Islam dengan tema " Ya Rasul Allah, aku rindu padamu "

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga semua sahabat dan kenalan sentiasa bersama rahmat dan barakah Allah. Amin
Selawat ke atas junjungan Nabi kekasih Allah Sayyidina Muhammad SAW bersama-sama.

Seperti yang sedia maklum, pada bulan Mac yang lepas Pelima Media telah menganjurkan aktiviti Pertandingan Menulis Cerpen Islam dengan tema "Ya Rasul Allah, aku rindu padamu".


Alhamdulillah, dan syukur penyertaan daripada orang ramai terhadap aktiviti ini sangat luar biasa dan ternyata bakat-bakat yang ada agak memeningkan kepala para juri untuk memilih mereka yang terbaik antara yang terbaik sebagai pemenang.


Pesanan dan sedikit nasihat buat mereka yang belum ada rezeki bergelar pemenang, jangan sia-siakan bakat anda. "Teruskan perjuangan dakwah melalui penulisan dan kekreatifan anugerah Allah buatmu!"

Berikut adalah keputusan rasmi pemenang Pertandingan Menulis Cerpen Islam dengan tema "Ya Rasul Allah, aku rindu padamu" :





Pemenang pertama :
Memenangi wang tunai RM 500


Nama : Siti Nor Aishah binti Yazid
Tajuk Cerpen : Pesona Sebuah Cinta



Pemenang kedua :
Memenangi wang tunai RM 300


Nama : Badariah binti Arbain


Tajuk Cerpen : Gugusan Rindu
Emel : diahkejora_81@yahoo.com.my , badariaharbin@gmail.com


Pemenang ketiga :

Memenangi wang tunai RM 100


Nama : Nur Afiqah binti Rosali
Tajuk Cerpen : Saviour of Society



10 pemenang saguhati :

Memenangi wang tunai RM 50 setiap orang



  1. Wan Jumanatunnailiah binti Wan Mohd Shaghir


  2. Wardatul Janah binti Fajar


  3. Muhammad Ghazali bin Mohd Ros


  4. Amerull Zaihiril Edham bin Abd Wahab


  5. Syazleen binti Razak


  6. Abdul Wahid bin Abdul Rahman


  7. Iqbalsyarie bin Shaari


  8. Ummul Barakah


  9. Siti Nor Izliana binti Nordin


  10. Nur Anis binti Abd Halim

Tahniah! Pihak kami akan menghubungi semua pemenang untuk sesi penyampaian hadiah. Klik sini untuk info lanjut.



Kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam penyertaan pertandingan ini juga dijemput untuk memeriahkan majlis penyampaian hadiah ini kerana ada sedikit cenderahati disediakan sebagai tanda penghargaan kami kepada semangat dan usaha anda. Klik sini untuk info.




Sekian, terima kasih.

11 comments:

Anonymous said...

Salam..
kalau pemenang tak dapat hadir macamana ye?Boleh ke hadiah diposkan ke rumah je?

pelimamedia said...

Salam,

Boleh emel kami butir-butir diri yang lengkap dan maklumat akaun bank untuk kemasukan wang tunai ke media@pelima.com.my

Terima kasih

Anonymous said...

Wassalam..
Alhamdulillah dah ada wakil utk tolong ambilkan..
Terima kasih atas cadangan..
jazakumullah khair pd semua yg terlibat..

Anonymous said...

Salam,

Cerpen para pemenang tu pihak Pelima Media tak terbitknkah? nak juga kami baca...kongsi2 ilmu yg ada...
hrp2 akn ada lg prtndgn mcm ni pd masa akn dtg yek..

pelimamedia said...

1) Mohon maklumkan kepada wakil untuk maklumkan kehadiran kepada pihak kami. boleh sms 0123141422 atau emel media@pelima.com.my. Sekiranya sudah dimaklumkan, tidak mengapa.

2) Salam, Masya Allah cadangan yang bagus!
Insya Allah akan kami bincangkan. Terima kasih

Anonymous said...

Salam,
Saya nak tanya, wang hadiah cerpen tu masuk akaun dalam bentuk tunaikah atau cek? saya harap pihak penganjur akan maklumkan pemenang apabila proses pembayaran selesai. Terima kasih.

Anonymous said...

iyalah... bagaimana dengan hadiah wang tunai itu? bagaimana cara pembayarannya?

Anonymous said...

Salam..

teruja jugak untuk baca cerpen-cerpen para pemenang.
Mungkin pihak pelima media boleh hasilkan antologi cerpen para pemenang termasuk pemenang saguhati..(^_^)

Anonymous said...

Salaam..soalan yg sama dengan kotak 2 dan 3 di atas...

pelimamedia said...

Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh

Terima kasih kepada yang bertanya.

Untuk makluman semua, pemenang yang lengkap memberi info diri telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai bayaran. Cuma masih terdapat 2 orang pemenang saguhati yang tidak dapat dihubungi dan kami menanti mereka untuk menghubungi kami untuk mendapatkan info mereka bagi tujuan pembayaran hadiah. Pembayaran akan dibuat melalui cek dan akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Bagi pemenang yang masih belum menerima sebarang pembayaran, diminta menghubungi kami untuk semakan. Terima kasih

Insya Allah kami memang mempunyai cadangan untuk mengumpulkan cerpen-cerpen terbaik ke dalam sebuah buku. Doakan semoga ia berk\jalan dengan baik.Amin

boni kacak said...

tahniah kepada para pemenang :)

Post a Comment