Pertandingan Menulis Cerpen Islami

Photobucket

Tema
“YA RASUL ALLAH, AKU RINDU PADA MU”

Penerangan

Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekelian alam. Umat manusia di sepanjang zaman, tanpa dibatasi oleh ras bangsa dan warna kulit telah bangun menukilkan episod-episod tertentu kehidupan Baginda yang sangat mengesankan hati terdalam mereka.

Umat Islam di sepanjang zaman tidak pernah puas menukilkan prosa rasa memuji dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Pemuka sejarah di kalangan non-muslim juga tidak lekang daripada menyebut kehebatan Baginda. Napoleon Bonaparte, Gandhi, Montgomery Watt dan banyak lagi nama yang mewakili bangsa, negara dan profesi masing-masing telah bangun menyatakan kekaguman mereka terhadap ketokohan baginda Rasulullah SAW.

Kini telah tiba masanya bagi kita umat Islam, yang telah menikmati anugerah Iman dan Islam hasil jerih payah perjuangan baginda Rasulullah dan para sahabat untuk tampil berkongsi rasa dan cerita dari lubuk hati terdalam umat akhir zaman tentang baginda Rasulullah SAW.

Semoga inti cinta yang didasari keimanan yang tulus ini dapat dikongsi oleh seramai mungkin umat manusia untuk berupaya melihat dan merasai rahmat cinta kasih yang tumbuh bersama datangnya Nabi Muhammad SAW. Sungguh tiadalah kita terpisah dengan Rasulullah SAW dengan kewafatan baginda. Mengasihi Rasulullah adalah mata rantai untuk kita meraih kasih sayang Allah SWT.

Skop

Skop pengkaryaan adalah bebas.
Kongsikan kisah-kisah anda/teman anda yang pernah dilalui, dirindui dan dihayati.

Hadiah

Hadiah Pertama: RM 500.00
Hadiah Kedua: RM300.00
Hadiah Ketiga: RM 100.00
10 Hadiah Saguhati : RM 50.00 setiap satu

Tarikh tutup
27 Mac 2011


Syarat-syarat
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia kecuali staf Pelima Media Sdn Bhd..

2. Setiap penyertaan adalah hak milik penganjur dan pihak penganjur berhak menyunting, menerbit dan mencetak cerpen.

3. Cerpen hendaklah menerapkan nilai-nilai dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.

4. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas berdasarkan tema tetapi tidak menyentuh unsur-unsur politik dan unsur-unsur yang boleh menimbulkan spekluasi negatif di kalangan masyarakat majmuk Malaysia amnya.

5. Panjang manuskrip bagi cerpen mestilah tidak kurang daripada 3,000 patah perkataan.

6. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau satu baris.

7. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

8. Judul cerpen hendaklah ditaip pada kulit naskah.

9. Karya mestilah asli, dan bukan adaptasi daripada mana-mana pihak serta tidak pernah diterbitkan dalam apa jua bentuk sekalipun.

10. Karya akan dinilai berdasarkan kriteria pihak juri yang dipilih Pelima Media dan keputusan adalah muktamad.

11. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada penganjur sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 27 March 2011 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Pelima Media Sdn Bhd
No 3-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di 016-2099454/03-89267746 atau emel di media@pelima.com.my

15 comments:

Badariah said...

Salam, saya Badariah dari Sandakan, Sabah. Saya ingin mengikuti pertandingan menulis cerpen islami ini. Bolehkah saya sertakan biodata diri sedikit pada kertas berlainan dengan manuskrip cerpen? Maksud saya, nama penuh, alamat, emel, no.tel dan no.kad pengenalan untuk pihak tuan kelak. Sekian, terima kasih.

pelimamedia said...

Salam cik puan Badariah.

Terlebih dahulu Pelima Media mengucapkan jutaan terima kasih atas minat terhadap pertandingan ini. Berkenaan biodata diri cik puan dibenarkan untuk disertakan di atas kertas yang lain dengan manuskrip cerpen Namun, diharap helaian tersebut dapat dikepilkan bersama dengan manuskrip tersebut. Semoga info ini membantu. Terima kasih.

Syukri Sapuan said...

Assalamualaikum.

Adakah penghantaran cerpen wajib melalui pos, atau boleh dihantar juga melalui email?

yui said...

kalau hantar guna email boleh x?

Shirou said...

betul, saya pun nak hantar..
melaui e mail..

Jamal Ali said...

Assalamualaikum w.b.t.

Saya mahu bertanya. Apakah maksudnya cerpen yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur? Maksud saya di sini ialah apakah penulis asalnya sudah tidak berhak ke atas karyanya selepas dihantar ke sayembara ini?

Seperti contoh apabila dikompilasikan menjadi buku, penulis tidak berhak untuk menerima sebarang insentif atau bayaran yakni royalti?

Bagaimana pula dengan karya yang tidak berjaya dalam penilaian, apakah ia tetap juga menjadi hak milik penganjur atau si penulis boleh mengemukan permohonan untuk mengambil karyanya semula?

Diharap pihak Pelima Media dapat menjawab kemusykilan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Salam,

Saya inginkan sedikit penerangan. Maafkan atas ketidakfahaman saya kerana inginkan kepastian.

Adakah cerpen ini mengisahkan kehidupan Rasulullah atau kisah semasa yang menampilkan kebesaran Rasulullah?

Sekian terima kasih dari Pembaca.

pelimamedia said...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu mohon maat atas kelewatan respon dari pihak kami. Untuk makluman semua yang bertanya, insya Allah Kami menerima penyertaan melalui emel. Hantar kan karya anda ke alamat media@pelima.com.my beserta dengan nama penuh, alamat, nombor telefon dan pekerjaan.

Seterusnya, maklumkan kepada kami samada di kotak mesej di blog atau mesej di Facebook mengenai penghantaran karya bagi mengesahkan penghantaran emel.

Ini bertujuan bagi memastikan karya anda selamat sampai kepada kami untuk dinilai.

Harap info ini membantu. Terima kasih

pelimamedia said...

Assalamualaiku warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara Ibnu Jamaluddin.

Terima kasih kepada pertanyaan yang diajukan.

Berkenaan persoalan itu, setiap penyertaan yang berjaya atau akan menjadi hak milik penerbit.

Namun, bagi penyertaan yang tidak berjaya, penulis boleh memohon kepada Pelima Media untuk mendapatkan hak cerpen itu kembali.

Silakan bertanya lagi sekiranya masih terdapat kemusykilan. Terima kasih

pelimamedia said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada saudara/saudari Anonymous,

Terima kasih kerana bertanya mengenai kandungan cerpen.

Mengikut tema adalah yang berkaitan kecintaan dan kerinduan kita kepada rasulullah. Skopnya terlalu luas. Antara tujuan lain cerpen ini adalah untuk meluahkan rasa cinta dan rindu kita terhadap Baginda.

Jadi, pada dasarnya cerpen adalah mengenai kisah yang berlaku pada zaman kita, yang berlaku di sekeliling kita yang boleh dikaitkan dengan pendidikan/ ajaran yang ditinggalkan Baginda kepada kita umatnya

Anonymous said...

Salam,

Tuan, saya ingin mendapatkan kepastian berhubung syarat no. 5.

Adakah panjang cerpen itu mesti tidak kurang 3,000 patah perkataan?

Benarkah 3,000?

Atau 300?

Terima kasih.

amin

Rahimah Humaira said...

Salam...Saya mempunyai karya islami, cerita pendek yang saya rangkumkan daripada pengalaman seorang rakan serta sedikit fiksyen. Walaupun tarikh pertandingan ini telah tamat, bolehkah saya menghantar cerpen saya ke penerbit untuk dinilaikan seterusnya di terbitkan dalam mana-mana keluaran?

Anonymous said...

Salam, harap pertandingan ini dapat dilakukan pada tahun-tahun akan datang. Terima kasih

syahzanani huda said...

Salam...
Saya ada membuat karya islami,tetapi saya baru tahu tentang pertandingan ini. Walaupun tarikh pertandingan ini telah tamat,bolehkah kalau saya menghantar karya saya itu kepada penerbit untuk dinilaikan atau perlukah saya menunggu pertandingan akan datang?

Izzatul Islam said...

salam... boleh tak kalau saya nak berkongsi karya saya.. cerpen ni saya buat masa saya tingkatan 5... ia adalah cerpen tentang kehidupan ibu saya.

Post a Comment