Penulis Buku Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan & Fikiran Insan

Seorang insan yang kaya dengan senyuman di bibir. Penuh kesopanan dan sentiasa menjaga tatatertib ketika berbicara. Kelembutan terserlah melalui bahasa yang disampaikan.

Itulah dia Tuan Abdul Shahiid Shafruddin yang dilahirkan di Leeds, United Kingdom pada 26 Mei 1985.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Bangi dan menyambung pendidikan di peringkat menengah di Pondok Modern Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia. Seterusnya, beliau menyambung pengajiannya di peringkat lebih tinggi di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir dalam Jurusan Pengajian Am, Fakulti Bahasa Arab.

Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke tanahair dan berjaya menghasilkan sebuah penulisan yang menarik dan bisa membawa masyarakat kepada sebuah kesedaran bahawa al-Fatihah itu sungguh luas maknanya berbanding dengan yang kita semua sedia maklum selama ini.

Sama-sama kita hayati sebuah surah pendek dan mudah iaitu al-Fatihah dengan mendapatkan buku beliau bermula dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 nanti.

Malah, bagi mereka yang berminat untuk bertemu dengan penulis secara peribadi, boleh lawati kami di booth LP G03 bersebelahan Bilik Kedah, PWTC.
Jumpa di sana..

0 comments:

Post a Comment