Cerita Pagi Jumaat yang Damai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dugaan itu sentiasa ada.

Tetapi kita sekali-kali tidak buruk sangka kepada Allah kerana Ia menduga kita itu dan ini. Jangan! Kerana Allah itu Maha Menyayangi kita. Dan itu adalah berbeza dengan sangat menyayangi. Dan kita hendaklah selalu beringat bahawa Allah hanya akan menguji kita dengan ujian yang kita mampu hadapi.
Sastera habis ni.
Sebagai pendatang baru dalam dunia perniagaan dan sangat baru dalam indsutri buku, cabaran dan kesusahan adalah perkara yang paling perit berlaku. Kami adalah kerdil, kecil, tidak dikenali, tidak diyakini, tidak disukai, tidak dilayani, tidak dan tidak. Itu adalah biasa. Biasa untuk yang kecil. Ingat, tidak akan besar sesuatu apapun kalau tidak mula daripada kecil.

"Sesuatu yang besar bermula daripada yang kecil". Bilang seorang teman menyuntik semangat. Ouch!


small_before_big

Bolehkah begini?


Beruntung rasanya dikelilingi orang yang bagus-bagus dan supportive samaada di dalam atau di luar industri buku ini. Juga punya rezeki bertemu (secara maya) dengan penulisan Puan Ainon, seorang ibu yang sangat murah hati kepada semua orang dan dirinya sangat dekat di hati setiap individu yang mendekatinya. Setiap hari membaca penulisannya tidak pernah jemu, ternyata bagus sekali pengisian dan penyampaiannnya. Malah setiap bait kata itu penuh dengan ilmu dan maklumat serta pengalamannya yang tinggi dan sangat berguna dalam memperbaiki tugasan kami yang baru mula menapak dalam industri ini. Pasti lebih ramai yang sepertinya di luar sana, cuma belum punya rezeki bertemu. Insha Allah, tidak sabar mahu bina ukhwah itu!


UNIKA

Layari www.universitipts.com bagi mereka yang berminat untuk mendalami bidang penulisan dan penerbitan secara maya dan mudah. Selain itu, banyak ditekankan juga tentang pemasaran buku pelbagai genre di Malaysia.

Ini bukan entry luahan perasaan. Ini adalah cerita yang boleh dikongsi dan saya yakin setiap daripada anda pasti mempunyai cerita yang sama cuma watak dan jalan ceritanya berbeza. Betul kan? Sama-sama kerap kali bina semangat yang kadang-kadang muncul lama, kadang-kadang menghilang entah ke mana.

Ada satu-satu masa, rasa diri lemah terlepet tewas dek taufan daripada majikan atau penyelia. Ada satu-satu masa, rasa diri paling bahagia dalam dunia apabila jumlah bonus diberikan cukup untuk bercuti di London sekaligus selambak pujian majikan tentang projek yang berjaya diselesaikan. Perasan tak?

Itu biasa.

Sepohon pokok yang rendang, ada buah yang elok. Ada yang busuk. Hidup kita juga begitu. Hari ini sedih. Esok bahagia. Senyum dan senyum lagi!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nurul

Maaf, saya baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

0 comments:

Post a Comment