Kejayaan.Apakah kejayaan? Sering saya bertanya pada diri sendiri apa itu kejayaan. Acapkali jawapannya akan berubah-ubah mengikut persekitaran dan masa. Contohnya pada tahun saya menduduki PMR, kejayaan yang 'ultimate' ialah mendapat 8A kerana ramai senior yang hebat dan yang saya kagumi mendapat keputusan cemerlang juga.Alhamdulillah. Tetapi sekarang, keputusan 8A itu tidak menjanjikan apa-apa pula kerana keputusan SPM yang bakal keluar pada bulan Mac ini bakal menentukan haluan akademik saya. Mengapat 9A bagi saya sekarang merupakan kejayaan...