Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana sekian lama menyepi daripada memberi sebarang perkembangan mengenai Pelima Media. Untuk entri kali ini, saya berbesar hati ingin berkongsi pengalaman menarik kami ke Sri Pentas untuk bersiaran dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada 12 Mac 2010 dan 9 April 2010.Pada 12 Mac 2010, kami ke Sri Pentas untuk menceritakan sedikit kupasan mengenai buku Menyingkap Tabir Bahagia bersama penulis buku tersebut Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin dan Khairil Syazwan Khalil selaku wakil penerbit. Hos MHI pada sesi tersebut adalah Wardina Safiyyah yang teserlah kewibawaannya sebagai...